Wednesday, May 21, 2008

dialog ayam & lembu...

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

2 tukang komen:

sHe pHa said...

happy mother's day lembu.
hoho

k.e.r.i. said...

shepha adalah contoh anak yang baik..
da pandai minum susu, pandai le berterima kasih..
wakakaka...

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.