Tuesday, April 5, 2011

serius kompius.

semalam seperti yang dijanjikan dengan kawan-kawan, pukul 8.45 malam aku dah terpacak kat depan dewan badminton usj 23. seboleh-bolehnya aku tak nak lah buat janji melayu sebab booking main pukul 9. tapi yang lain-lain lambat jugak. pompuan 2 orang tu sampai pukul 9.05 malam dan lelaki 3 orang tu sampai pukul 9.15 malam.

sementara menunggu dieorang sampai, aku cucuh winston dulu sebatang. untuk mengisi masa lapang orang kata. kat bangku sebelah ada 2 orang brader tengah smokok jugak. tengok dari segi pemakaian memang gaya ready nak main dah tu. pastu datang seorang pakcik bersembang dengan brader-brader tu.

"datang main jugak ye kome. ingatkan tak jadi"

"jadi lah haji. kan dah janji" salah seorang brader tu membalas.

"bagus korang main badminton ni. bukan macam main bola sepak. dia sepak, dia kejar. pastu dia sepak lagi, dia kejar lagi. entah apa-apa."

brader 2 orang tu mengangguk seraya gelak-gelak kecil.

dalam hati aku "bukan ke lebih kurang bola sepak dengan badminton? shuttlecock tu sampai kat kau, kau pukul. dapat lagi, pukul lagi"

kompius jugak aku dengan statement pakcik tu. kompius sampai masuk ke dalam dewan. tapi takde lah sampai mengganggu performance aku. banyak menang daripada kalah lah senang cakap. tapi memang kompius ah dengan statement pakcik tu. serius kompius.

8 tukang komen:

ama said...

kehkeh.

zonaku said...

biarkan saja.. y ko susah payah nk pikir pehal?

sharamli said...

k0npius jugak

aim-a said...

hahahhaha.programmer mmg slalu pk complicated :P

k.e.r.i. said...

ama ~
gelak ikhlas ke tak tu?

zonaku ~
tak boleh. nak fikir jugak.

sharamli ~
kan kan kan?

aim-a ~
hor lah.
hanya programmer kenal programmer.

Masy said...

aku rasa maksud pakcik tu.. main bola, penat nk kejar2.. bila dah kejar, pas kat org plk..

main badminton, x payah kejar.. shatelkok tu yg dtg sndiri kat ko.. agaknye laaaaaa kan.

betul ke pakcik?

ama said...

kahkah.
ini cukup ikhlas aku nak gelak. ehehhehhehehhe.

k.e.r.i. said...

masy ~
herm. logik.

ama ~
ikhlas lah sangat.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.