Thursday, June 24, 2010

mana urat?

dalam bilik bedah. atas muka ada lampu terang besau-besau. sebelah kiri ada 3 meksi ( baca : jururawat ) tengah belek-belek tangan kiri aku. sambil belek sambil ketuk-ketuk belakang tapak tangan. tengah cari urat lah tu agaknya.


aku : tak jumpa urat eh?

meksi #1 : ha'ah. tak jumpa. genggam-genggam sikit tangan tu.

aku : (genggam-genggam tangan)

meksi #2 : masih tak jumpa lah. tangan tak pernah buat kerja berat ni.

aku : yer kot. kerja saya ketuk-ketuk keyboard komputer je.

meksi #1 dan meksi #2 : ouuhhh. patut lah.


tiba-tiba datang meksi #3 datang ketuk dengan kuat sekali. adeh. keras betul tangan meksi ni. macam tukul. terus nampak urat berselirat kaler hijau.

notakaki : workout lah sikit kasi nampak urat tangan, baru lah meksi tak ketuk.

Friday, June 18, 2010

gembira! gembira! gembira! gembira! gembira! gembira! gembira! gembira! gembira! gembira!

kenapa ada gembira! sampai 10 kali? sebab aku kena tag dengan kak Masy pasal 10 benda yang menggembirakan aku. tapi kena tag takde lah menggembirakan sangat.

1. dapat jumpa keluarga. mak bapak, abang-abang, kakak-kakak, anak-anak saudara, semua ahli keluarga lah senang cerita. keluarga aku besar kau tahu. kalau semua kumpul masa hari raya memang tak muat rumah ah. pastu duk cerita pasal hal masing-masing walaupun dah tahu cerita dari Facebook.

2. aku juga gembira bila aku ambil gambar, gambar tu menjadi. benda dah minat (walaupun tak berbakat), sekali dapat ambil gambar cantik, memang puas hati. gembira tak terkata wa cakap lu. lantak ah orang nak cakap aku poyo pun, memang aku poyo pun. LOL.

3. keluar dengan kawan-kawan pun gembira jugak. tak kisah ah keluar lepak karok ke, gi holiday sama-sama ke. lagi-lagi bila keluar dengan kawan sekepala gila-gila pastu lepak sampai tengah malam. pastu bahan sana-sini. gelak sampai nak keluar anak tekak.

4. bila benda yang dirancang semuanya menjadi, mesti lah gembira kan. rancang baik punya, pastu pada hari kejadian, semua ikut flow. wah. gembira tak terkata.

5. dapat makan kek. betul, aku gembira bila dapat makan kek. lagi lah gembira kalau kek itu kek coklat. walaweh. hantu kek betul aku ni. tadi pun aku makan kek Secret Recipe. nyum nyum. terima kasih yer Ramiza.

6. dapat hadiah atau duit. tak payah cerita banyak. semua orang suka, tambah lagi bila hadiah tu ada dalam wishlist. heaven.

7. sambutan hari lahir mengejut! memang aku suka dan gembira ah. pastu siap ada tambahan dari point #5 dan #6 bersama-sama dengan point #1 atau #3. double triple empat-el gembira lah jadinya.

8. dating tengok wayang makan jalan-jalan kat taman. lalalala~

9. buat programming pastu takde error. whoah! rasa nak berlari dalam opis sambil angkat baju letak kat muka macam player bola baru lepas sumbat gol.

10. bila boleh buatkan orang lain gembira, aku pun tumpang gembira. (ini serius)

dengan setelnya tag ni, bermakna sudah setel arahan supaya melangsaikan tag ni sebelum aku kena bedah esok. ouh, bab kena masuk hospital ni aku tak gembira.

Monday, June 14, 2010

lagi sorang budak kelas aku akan jadi ex-single...

Sabtu lepas aku ke Muar untuk majlis pertunangan Sofia a.k.a Sop dan Syukri. si Sop ni classmate aku masa belajar kat Melaka dulu. sebab Sop dah sebulan lebih ajak aku gi amek gambar kat majlis tunang dia, so aku pergi lah. classmate yang lain-lain takde yang datang selain aku. jadinya aku lah wakil kelas.

ini bukan betul-betul punya job, tapi Sop dan tunang ada lah menghulur. hoho. aku bukannya reti sangat pasal ni, tapi sebabkan Sop dah beriya, tak nak lah tolak permintaan kawan. kalau gambar tak cantik, jangan marah Sop eh. kalau ada otai-otai photog yang baca ni, sila lah komen. boleh lah aku improve kemahiran menembak dan mengedit.

DSC00743 copy

DSC00774 copy

DSC01020 copy

DSC00852 copy

DSC00844 copy

DSC00792 copy

DSC01141 copy

DSC01144 copy

DSC01080 copy

terima kasih banyak-banyak kepada Sop, Syuk, mak bapak Sop dan adik-adik Sop yang sangat ceria ketika bergambar.

Thursday, June 10, 2010

menyendat di Sungai Sendat...

Photobucket

Photobucket

aku rasa ni kali pertama aku tengok orang berkebaya berbaju kurung kat air terjun.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.