Saturday, September 19, 2009

esok atau lusa, kita tetap akan raya...

ramai orang kata esok akan raya.
tapi kalau esok raya, maknanya kita puasa tak cukup 30 hari.
tak kira esok atau lusa, kita semua tetap akan beraya jugak.

kepada yang pertama kali beraya sebagai manusia bergaji, ya kita berada dalam kasut yang sama.
raya punya pasal, kepala pening memikirkan bajet.
raya punya pasal, badan penat ulang alik Sogo untuk beli handbag, purse, kasut, seluar apa semua untuk ahli keluarga.
raya punya pasal, hati risau takut-takut bos tak luluskan cuti.

kepada yang terpaksa bekerja pada 1 Syawal, pandai-pandai la korang melaksanakan tugas masing-masing sambil makan kuih raya (itu pun kalau ada) dan mengesat air mata. haha.

di kesempatan yang ada ni, (malam nanti kang akak aku nak guna broadband dia ni) aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kawan-kawan yang ada.
kawan yang pernah kenal muka, atau kawan yang langsung aku tak pernah jumpa muka, aku nak mintak maaf kalau ada salah silap.
semoga Hari Lebaran yang tiba akan memberi keberkatan dan kegembiraan kepada kita semua. InsyaAllah.

Photobucket

psst : banyak kerja menanti di rumah, tak sempat nak design kad raya elektronik. ni je idea paling kreatif aku boleh fikir. haha.

entri ni aku buat khas untuk ko...

reflect

selamat hari lahir ke 23 weh.
ko memang kawan baik aku ar.
tempat luah masalah apa semua.
sanggup teman gi mana-mana je. haha.
jangan tanya hadiah lagi sekarang.
bajet aku hanya untuk raya dan konvo dulu.
May all the good things will be yours.

Tuesday, September 15, 2009

posto...posto...

bulan-bulan puasa dekat nak raya ni, ramai lah yang duk sibuk pos kad raya sana sini. pesen bizi memanjang, hantar pakai e-kad je. murah, senang dan cepat. moden dan urban la katakan. rasanya tahun ni tak dapat lagi kad raya. tak tahu lah kalau ada sampai kat rumah kat kampung sana.

walaupun tak dapat kad raya, tapi aku dapat poskads (lebih dari satu di situ yer). dapat pulak poskad dari luar negara. bangga juga seposen dua. ni semua gara-gara main Postcrossing punya pasal. thank you guys! i love your nice and beautiful postcards. (kena tulis orang putih sikit sebab ada postcrosser yang tak faham bahasa melayu. haha)

from Marisha, Holland.
from marisha

from Eric, Canada.
eric from canada

from Simona, Italy.
simona from italy

from Gnoe, Netherlands.
gnoe from netherlands

from Pat, USA.
Pat from USA

notakaki : siapa tahu mana nak cari poskad yang menarik atau pelik?

Tuesday, September 8, 2009

semua orang buat diari Ramadan, aku pun nak buat jugak...

PAGI

hari ni hari Isnin. tak, semalam hari Isnin sebab aku buat entri ni pada pukul 1 lebih. Isnin semalam a.k.a. Cuti Nuzul Quran. Selangor cuti, tapi company aku tak cuti. pelik kan? budak-budak enjin ajak gi Melaka untuk mengambil gambar Alumni. UPK*, kami akan berkonvo 2 minggu selepas raya ni. kerana mereka berdua cuti dan nak ke Melaka, jadi aku pun nak ikut. apa lagi, aku pergi klinik mintak MC.

sampai klinik, doktor tanya sakit apa aku jawab gastrik, lepas tu dia tanya kat mana. aku tunjuk kat perut tepi pusat tu, dia kata gastrik bukan kat situ. mana aku tahu gastrik kat mana. sumpah tak tahu sebab aku tak pernah kena gastrik. dia tanya aku kerja dan nak MC ke? aku angguk kepala je. haha. nampak sangat aku tak reti menipu. muka inecen la katakan.

keluar dari klinik, rasa nak potong rambut sebab nanti sampai Melaka tak nak lah amek gambar Alumni berambut panjang. si budak enjin bernama Joe pun aku agak masih di Subang menyetelkan kerja on call dia. masuk kedai gunting rambut prang prang prang pakcik tu gunting rambut aku. aku tak tahu macam mana aku tak sedar dia dah potong rambut aku sampai jadi pendek gila-gila. sampai nampak kulit kepala aku cakap kau. bengang aku dengan pakcik tu. kau faham-faham sendiri lah orang mana yang banyak bukak kedai gunting-gunting rambut ni. lepas bayar 9 hengget start motor balik rumah sambil memaki hamun dalam hati di bulan puasa.

sampai rumah naik atas terus mandi. siap-siap semua semua dah ready nak gerak. entah macam mana perbualan aku dengan Joe, tetiba aku tercakap kasar dan Joe marah aku balik. sorry Joe, aku tak niat nak marah kau. tapi nasib baik Joe cepat cool dan kami sudah boleh bergurau senda mengambil gambar sama-sama ketika di Dataran Pahlawan.

TENGAH HARI

sampai di Durian Tunggal, semua mata sangat kagum sampai nak terkeluar biji mata melihat kampus tetap selepas kagum melihat kemajuan Ayer Keroh. Hakim dan Pok Den sangat teruja. oh lupa, Pok Den classmate Joe masa sekolah menengah dulu pun mengikut sekali.

kami sampai waktu rehat tengah hari, jadi terpaksa lepak sekejap di bangunan Canselori sambil melihat gelagat-gelagat junior. teringat member-member yang masih belajar, tapi takut mengganggu pula. sorry Zaren, tak sempat nak roger-roger kau. jangan kecik hati bro. peace V. haha.

pukul 2 baru gi Bahagian Amek Gambar Konvo. nasib arini tak ramai orang. masing-masing pakai jubah senget senyum-senyum depan kamera tapp lepas tu gambar diambil. semua puas hati sebab itu gambar paling hensem untuk dibuat kad Alumni. lepas tu terus ke bandar Melaka. sorry Shepha dan Mija takleh join korang main bowling kat pusat bowling terbesar di Malaysia tu. gua cuma menumpang beb. T_T

PETANG

pusing-pusing bandar Melaka sebab Pok Den tak pernah jalan-jalan Melaka. aku ikut aje sambil menembak sini sana. penat woh naik bukit belakang A Famosa bulan-bulan puasa ni. kalau diikutkan kami musafir, jadi dibolehkan berbuka. tapi iman masih kami masih teguh seteguh A Famosa untuk meneruskan puasa. ceh, padahal semua pahala semua dah kurus sebab asyik merungut dahaga dahaga dahaga.

kemudian pergi menempah makanan berbuka puasa di kedai poktek dekat-dekat dengan dNangka. kemudian terus ke param Peringgit. dua tahun dah kut tak datang beli makanan berbuka kat sini. awek-awek yang datang dan yang menjual boleh tahan jugak cunnya. penjual-penjual pulak rata-rata muka sama je. cuma slogan nak tarik pelanggan je yang bertukar tahun ni. makcik-jual-ayam-goreng-seringgit masih lantang memanggil pelanggan. seringgit dik!! seringgit dik!!

on the way ke kedai poktek, ternampak Hyundai Matrik kaler hitam JLR-apa nombor aku tak ingat dah. tapi aku pasti tu Mr Blacky Ujie yang punya. terus sambar henset konon-konon nak telefon Ujie, sekali...aku takde nombor dia? macam mana nombor parti-buih-mate pun takde ni.

MALAM

lepas berbuka makan nasi putih tomyam poktek ikan kerapu masak 3 rasa daging masak merah sayur kalian eh sayur kailan air sirap limau 2 jag, semua dah bertukar!! jadi ular sawa. bilas winston dunhill sepam dua, terus blah balik Puchong. 3 orang duk pung pang pung pang cakap pasal apa entah, aku tak amek kesah dah. aku tidur start masuk Tol Ayer Keroh sampai pintu pagar rumah.

sampai rumah terus fesbuking. duk sedap-sedap komen, tiba-tiba ter-small heart-kan sorang kawan baik ni. sorry weh, gurau semata-mata je tu. memang takde niat nak gurau macam tu. nanti teman aku shopping kat Sogo yeh. *sengih nampak gigi* sambil-sambil fesbuking sambil layan 3 brader tu bersembang letup sana letup sini tembak sana tembak sini. bila masing-masing dah berdengkur, aku tak tahu nak buat apa. aku buat lah entri ni. hahaha.

* UPK = untuk pengetahuan kamu. haha. saje je malas nak letak FYI.

Sunday, September 6, 2009

bersepah-sepah...

atas tivi ada satu.

atas meja ada satu.

dalam almari kain baju ada dua.

dalam tandas ada satu.

tepi sinki ada satu.

celah-celah sofa pun ada satu.

dalam poket seluar memang confirm lah ada satu.

pendek kata, merata-rata lah lokasi lighter berada dalam rumah ni.
kalau tetiba blackout, senang lah sikit hidup, kan.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.