petang hari kedua trip kami, kami pulang ke Surabaya menaiki Sancaka Sore.
macam masa otw datang Jogjakarta semalamnya, mula-mula naik keretapi mesti tidur. entah apa-apa. mungkin sebab badan penat sangat jalan sana-sini, sekali dapat kerusi empuk sikit, terus lena.
bangun tidur, hari dah gelap. takde lah lewat sangat, lebih kurang pukul 8 lebih macam tu. basuh muka apa semua, gi makan kat kafe dia. Amir dengan Man gi makan dulu, aku jaga barang-barang kat seat.
dah kenyang, semua mati kutu tak tahu nak buat apa. tadi petang kami bertolak dari Stasiun Tugu, Jogjakarta pada pukul 4 petang. dia punya ETA kat Stasiun Gubeng, Surabaya pukul 10 malam. lama lagi nak menyampai ni.
tiba-tiba keretapi berhenti kat satu stesen apa entah nama dia aku lupa dia. Stasiun Kernotoso kot. lama jugak dia berhenti kat situ. kami pun tak tahu apa pasal. aku dengan Man gi lepak kafe lagi sekali. sembang-sembang dengan pakcik kat situ, dia kata ada tanah runtuh kat landasan keretapi kat depan sana.
apa??? tanah runtuh???
yer, tanah runtuh. dia kata lama jugak nak tunggu dieorang siapkan. adoiyai. entah sempat ke tidak nak sampai Surabaya on time. kami rushing sebabnya, Pak Wong kata kena sampai sana paling lewat pukul 11 malam, paling-paling lewat pukul 12 tengah malam sebab nak gerak ke Gunung Bromo pulak. gunung tu jauh jugak. kalau sampai lambat, tak syok lah nak tengok matahari terbit. orang putih kata; sunrise!
*berlari ke tempat duduk*
aku suruh Amir text Pak Wong cakap pasal kejadian tanah runtuh tu. tak lama lepas tu Pak Wong reply.
"ok. tapi cepat sikit"
lah, macam lah kami yang drive keretapi tu. lawak jugak Pak Wong ni rupanya. selepas sekian lama menunggu, akhirnya keretapi bergerak semula. hoyeah! hoyeah! hoyeah! tapi bosan gak lah sebelum sampai ke Surabaya.
untuk menghilangkan kebosanan, kami lepak hisap rokok kat antara gerabak-gerabak. sempat sembang dengan sorang brader yang tengah hisap rokok jugak. dia cerita dia asal Jogjakarta blablabla kerja kat kilang kasut kat Surabaya blablabla awek kat Bali blablabla nak kahwin tahun depan blablabla. lepas tu aku masuk dalam sambung tidur.
lebih kurang pukul 11.30 malam kami sampai di Stasiun Gubeng. Pak Wong dah tercegat kat luar. lepak kejap selama sebatang rokok menyala, kemudian driver-Pak-Wong-aku-tak-ingat-nama bawa kami ke Gunung Bromo. Pak Wong tak ikut.
aku; masuk Toyota Rush dan tidur.
kejap-kejap bangun.
4 jam lepas tu sampai kat pertengahan Gunung Bromo.
masa buka pintu, perghhh! sejuk gila. dia punya sejuk, sejuk kat Genting Highland pukul 3 pagi pun kalah. dah nama pun gunung kan. apa laa.
kat luar tingkap, dah ramai penjual-penjual sarung kepala mafla sarung tangan apa semua. Man & Amir pakai kasut boleh lah tahan sejuk. aku ni pakai sandal aje, mana tahan beb. kena lah beli stoking harga IDR 10,000. si Man pulak tak bawak baju sejuk, lagi haru. dia punya akalan; pakai baju tshirt 4 lapis. lapisan ke4 adalah baju lengan panjang.
driver tu tunggu situ je. kami teruskan perjalanan naik jeep untuk sampai ke atas selama 20 minit. lepas tu sambung naik kuda pulak setengah jam lagi. lepas tu sambung lagi jalan kaki setengah jam untuk sampai ke puncak Gunung Bromo.
tinggi siot!
sekarang sudah sampai. sementara tunggu matahari bangun tidur, kami lepak-lepak dulu.
*dari tadi asyik bercerita aje sebab dalam gelap mana nampak apa nak ambil gambar. sekarang nah layan gambar*
dah tengok matahari terbit, kami turun cepat-cepat sebab nanti sesak-sesak orang nak turun pulak. ouh, kami terserempak dengan sekumpulan gadis-gadis dari Malaysia. dieorang mintak tolong ambilkan gambar dieorang dan semestinya kami mintak dieorang ambil gambar kami pulak. tapi lupa nak ambil gambar dengan dieorang. terasa agak rugi.
turun jalan kaki, naik kuda, naik jeep menuju ke Gunung Pananjakan pulak. gunung ni sebenarnya gunung berapi yang dah tak aktif tapi asap-asap dia masih keluar.
jeep tu berhenti kat satu kawasan lapang, dan kuda-kuda yang kami naik tadi ada kat situ jugak. tak perasan pulak dia ikut kat belakang. sambung naik kuda lagi sebelum naik tangga bapak-ar-tinggi-gila-weh! untuk sampai ke bibir kawah gunung berapi.
*tercungap-cungap*
nota celah : kos untuk jeep dan kuda adalah IDR 250,000.
pukul 9 pagi lebih kurang, kami gerak balik ke Surabaya. macam biasa, naik kereta je mesti tidur. buka mata sebelah, tengok pemandangan sikit-sikit tutup mata balik.
sampai Surabaya lebih kurang pukul 2 petang. singgah mandi kat masjid jap kemudian pusing-pusing. memandangkan flight balik adalah pada pukul 5.35 petang, jadi pukul 4 petang dah kena ada kat sana.
dah sampai airport, flight delay pulak. takpe, ada masa nak rehat kejap. gila apa jalan-jalan 3 hari tak berhenti. habis semua otot-otot kepenatan. tapi takde hal lah. berbaloi kot datang Surabaya/Jogjakarta ni.
lepas delayed sejam, penerbangan QZ 7615 berlepas ke Kuala Lumpur. bubye Surabaya!
baju merah: Amir. peluk beg: Man.
TAMAT.
notakaki : entry Singapura tahun depan baru aku buat.
Wednesday, December 28, 2011
Surabaya/Jogjakarta : part #5 finale.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 11:38 PM 5 tukang komen
Labels: gegambaran, jenjalan
Thursday, December 8, 2011
Surabaya/Jogjakarta : part #4
hari Rabu, seawal pukul 4 pagi kami dah check out hotel.
sepatutnya kami dapat sarapan pagi sekali, tapi dah time tu kami check out, mana ada sarapan lagi. tapi takpe, sebab malam tadi dieorang dah sediakan teh untuk kami sebab kami dah cakap awal-awal kami tak sempat nak bersarapan keesokan harinya.
masa tu Pak Sulis dah tunggu kat depan hotel. masuk mpv Suzuki, gerak.
menurut Pak Sulis, perjalanan ambil masa lebih kurang sejam. maknanya sempat lagi lah aku nak berdengkur. nak tengok pemandangan kiri kanan pun bukannya nampak apa. gelap gelita. tapi sempat singgah Indomaret untuk beli bekalan makanan sikit-sikit.
aku dengan Man berdengkur kat belakang, tinggal Amir je duk bersembang dengan Pak Sulis. gasak kau lah Amir.
kroh kroh kroh sampai.
masa bangun aku tak tahu tempat apa yang kami dah sampai. yer lah, dah nama pun 1st time, mana nak tahu. Pak Sulis kata, tu tempat yang kami akan tengok sunrise. dia kata ada 1 tempat lagi nak tengok sunrise dari belakang Borobudur, tapi tempat tu berbayar. patut lah dia bawa kami ke ceruk kampung mana entah ni.
keluar dari van kesejukan mencengkam sehingga ke dalam tulang (sekali sekala nak ayat skema). (1) sebab pagi (2) sebab atas bukit. tempat ni kat kawasan persendirian, jadinya kena lalu ikut celah-celah rumah orang.
masa nak balik, ada sorang brader ni suruh singgah rumah dia. ajak minum kopi katanya. Pak Sulis suruh minum je sebab kami dah bayau cukai nak masuk tanah dia tu. lama jugak sembang sebab Candi Borobudur buka lambat lagi.
ada guest book juga. isi je lah. masa aku belek-belek tu, aku rasa kami je yang dari Malaysia. ke ada? entah aku lupa dah. lain-lain tetamu kebanyakan dari Eropah.
sembang pung pang pung pang, kami gerak ke Candi Borobudur. ayuh!
tempoh perjalanan dari situ ke Borobudur tu kejap je. lebih kurang 15 minit. masa ni lah kamera Man buat hal; bateri habis. 2nd bateri tak boleh guna pulak dan tak bawa charger. terbaik kan? pengajarannya, lain kali bawalah barang-barang yang sepatutnya dibawa ketika travel.
sekarang sudah sampai di depan Candi Borobudur!
*lompat keterujaan*
bayaran untuk masuk wisata (tempat pelancongan) Borobudur ni adalah IDR 120000 bagi pelancong asing, lebih kurang MYR 42. bapak mahal. kalau untuk pelancong tempatan cuma lebih kurang MYR 17 je. damn.
sebelum masuk kena pakai batik dulu. seluar tak payah tanggal, cuma ikatkan batik tu kat pinggang. bila aku tanya awek jaga kaunter tu kenapa kena pakai, dia jawab "kerana mahu melestarikan pemakaian batik sebagai hak milik Indonesia". whatever! *rolling eyes*
ouh, kat kaunter tu ada juga disediakan kiosk (komputer sebijik siap dengan internet) dan jugak wifi. apa lagi, check in 4square, update tuiter dan fesbuk lah dulu!
sekarang, penerokaan Candi Borobudur bermula!
turun dari candi, jenguk-jenguk Muzium Samudera dan kawasan sekitar pulak.
keluar dari tempat wisata tu, macam biasa lah mesti ada tempat jual ole-ole. tapi kami tak beli apa-apa pun sebab mahal, takde bajet, takde bajet dan takde bajet.
dah jumpa Pak Sulis, kami gerak ke bandar Jogjakarta semula. mula-mula plan nak gi Prambanan, tapi macam erm tak payah lah. kami dah gugel siap-siap. tiket masuk wisata Prambanan lagi mahal dan yang ada cuma candi-candi kecil.
sampai Jogjakarta, terus ke Stasiun Tugu untuk beli tiket keretapi balik ke Surabaya.
tiket Sancaka Sore adalah berharga sama dengan semalam dan pada pukul 4 petang. makanya, kami ada masa lagi untuk dibunuh. eh, betul ke translate macam ni? lantak.
mula-mula kami ke Kraton.
apa benda Kraton ni? Kraton ni adalah istana bagi pemerintah wilayah Jogjakarta. istana tu sangat luas, ada tempat yang boleh dilawati dan ada yang tidak boleh. kami pusing pusing pusing nampak macam bosan so kami decided nak keluar. masa nak keluar tu terjumpa seorang akak pemandu pelancong ni. nama dia Mbak Chinta.
Mbak Chinta ni bawa kami pusing-pusing istana Kraton dan perkampungan Kraton sambil bercerita itu ini. Man dah macam pening sebab lapar. tapi aku paksa dia jalan jugak. HAHA
ouh btw, bayaran masuk ke Kraton ni IDR 12500, dan kena bayau IDR 10000 untuk setiap kamera. tapi kami sorokkan kamera-kamera kami dalam beg.
akhir sekali, kami makan. masa tu dah pukul 2 lebih kurang. keluar dari perkampungan Kraton, nampak kedai makan terus terjah. buffet kau. mentekedarah semahu-mahunya.
sebelum balik, Amir hulur sikit kat Mbak Chinta. makan dia pun kami yang bayaukan. heh!
agenda ke2; Jalan Malioboro.
apa yang boleh dibuat di sini hanyalah tengok tengok dan beli beli. Jalan Malioboro ni lah yang kami jalan-jalan malam tadi. sekarang dah siang, ramai lah penjualnya. jalan ni lurus sehingga ke Istana Kraton dan sepanjang-panjang jalan ni, kiri kanan orang duk menjual.
aku tak jumpa orang jual fridge magnet kat sini, jadinya takde ole-ole. *alasan kukuh* kalau korang tak cukup duit, jangan risau sebab ada ATM CIMB Niaga kat situ. dah beli sikit sorang, terus gerak ke Stasiun Tugu.
kecewa tak sempat ke Pantai Trangtitis. *menangis bersandar kat bahu Man* Man bersandar kat pintu keretapi sebab kecewa jugak.
lepas bayau apa yang patut kat Pak Sulis, bergambar kenang-kenangan sikit, kami masuk ke stesen. lebih kurang pukul 4 petang, Sancaka Sore bergerak menuju ke Surabaya.
dan kami; kroh kroh kroh.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 4:13 PM 6 tukang komen