Tuesday, November 23, 2010

pantun Cik Tat dan rakan-rakan...

rama-rama terbang melayang,
terbang melayang di waktu senja,
kenapa orang bunuh orang,
sungguh jahat orang itu.

gunung daik bercabang 3,
hancur badan dikandung tanah,
budi yang baik dikenang jua,
2,3 kucing berlari.

anak kambing jalan seorang diri,
membeli baju di rumah Norkumala,
kalau tuan membeli padi,
kenapa ingin menampal tayar.

2,3 kucing berlari,
mana sama si kucing belang,
ku pinang-pinang tak dapat-dapat,
cik tat yang ku ingin x&gdh%3ndg@#.

anak tenggiri di tengah kolam,
anak kolam di tengah tenggiri,
kalau ingin membeli ikan tenggiri,
janganlah membeli di dalam kolam.

2,3 monyet terbang,
mana nak sama tupai terbang,
kalau kita orang yang baik,
tentu kita banyak wang.

2,3 kedidi berlari,
gunung daik bercabang 3,
hancur badan dikandung tanah,
budi yang baik ditanak sudah.

kalau tuan membeli helikopter,
membeli helikopter di gunung daik,
persatuan negara memajukan negara,
ke mana kita membeli bendera.

menjual helikopter di tengah bandar,
bandar indah maju membangun,
negara malaysia negara yang maju,
perodua kancil engaku dah beli.

dari mana mahu ke mana,
dari johor mahu ke kedah,
kalau tuan pergi ke kedah,
jangan lupa beli laksa kedah.

anak kedidi memakan padi,
padi dimakan di tengah hari,
kenapa budaya lepak menjadi-jadi,
tolong jawab cik tat di sana.

burung serindit atas pokok,
burung merbuk di bawah pokok,
itu pokok ada burung serindit,
burung gagak itu dalam pokok,
kalau tuan panjat pokok,
budaya lepak bawah pokok.

sana burung sini pun burung,
atas burung bawah burung,
tepi burung kanan pun burung,
depan dan belakang di mananya burung.

anak sotong dalam laut,
anak laut dalam sotong,
itu sotong berenang dalam laut,
tidak boleh jumpa dalam taman burung.

* untuk live version, dengar sini.

notakaki : kuno punya pantun ni. sejak tingkatan 3 aku dah dengar. haram punya pantun.

Saturday, November 20, 2010

faceshirt...

tadi aku dengan Muslia (opismet) pergi uptown Shah Alam.
nampak sorang budak pakai baju biru, depan dia tulis 'Find me on Facebook'.
Muslia nampak berminat nak beli, tapi segan nak tanya budak tu mana dia beli.
kalau tahu ada orang jual mana-mana, bagitahu yer.
aku pun berminat jugak sebenarnya. ngee~



dapat yang macam ni pun boleh lah.

Monday, November 15, 2010

sekali-sekala menambahkan ilmu agama di dada cara jugak dok?

tadi masa aku turun sembahyang Asar, nampak surau gelap. sekali bukak, Abang Ajak tengah sembahyang. terus mari dalam kepala otak "eh, boleh ke sembahyang dalam gelap?". setahu aku, lampu kat surau tu tak rosak. tutup pintu, tuju ke pantry. kebetulan Saiful tengah lepak kat pantry, pekena rokok dulu sebatang sambil tweet/facebook ;

"Kawan gua pernah cakap dulu, sembahyang dalam gelap adalah makruh. Betul ke tak? Need answer."


lepas sembahyang, naik atas sambung buat kerja. lebih kepada buka facebook, twitter dan YM sebenarnya. muahaha! (shhh, jangan bagitahu bos gua)

ada lah beberapa saing yang respon post aku tu. Shepha siap kasi link. ini dia punya komen/jawapan.

"6.Bolehkah saya sembahyang di dalam gelap (hanya menggunakan lilin sahaja.)

Sunat kita sembahyang di tempat yang terang sebaliknya sembahyang di dalam gelap adalah makruh. Memakai lilin terletak kepada niat. Lilin boleh digunakan kalau memang larnpu sudah rosak tetapi kalau lampu ada mengapa perlunya memasang lilin.

http://hafizhood.wordpress.com/2009/04/07/tazkirah/"

jadi sekarang rasanya sudah mendapat jawapan. kalau ada pandangan lain, rasa percuma (baca : feel free) untuk bagitahu.


notakaki : aku copy sebijik-sebijik dari blog hafizhood tu. typo 'larnpu' pun aku tak tukau.

Tuesday, November 9, 2010

berada lebih tinggi daripada biasa...

aku tak berapa ingat bila kiteorang buat aktiviti panjat Bukit Tabur ni. aku rasa 3 minggu lepas kot. kalau korang rasa Bukit Broga tu tak mencabar, cuba acu try test panjat bukit ni pulak. kami naik pukul 8.30 pagi, turun pada 2.30 petang pada hari yang sama. sebelum naik bukit, pekena nasi dagang dulu.

Photobucket
Photobucket

ini baru sampai kat puncak #2 (tulisan kuning atas batu). masa ni masing-masing muka penuh tenaga lagi.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

baru sampai puncak #8+. ada sorang pakcik tu cakap, bukit ni ada berbelas-belas puncak. aku pun tak tahu betul ke tak. kalau dia tipu aku, maknanya aku tipu korang lah.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

dalam gambar kat atas ni, ada bendera Malaysia kecik je nampak kat belakang. jauh kot nak gi puncak sana. kat dalam gambar kat bawah ni, kami dah sampai kat bendera tu.

Photobucket

selepas puncak #9, masing-masing dah tak larat nak bergambar. aku pun tak larat nak keluarkan masukkkan keluarkan masukkan kamera Zaren. nampak UIA kat belakang bukit pun tak berapa teruja nak ambil gambar. nasib baik sempat turun awal. petang-petang area sana hujan kot.

notakaki : jom naik gunung!

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.