Thursday, January 14, 2016

Vientiane, Laos: Bahagian #3 (Bahagian Terakhir)

Assalamua'laikum!

Entah kenapa hari ni aku rasa nak update blog. Hahaha. Mungkin sebab baru retrieve balik gambar-gambar lama masa travel dulu-dulu. Hari tu laptop rosak, ingatkan hard disk corrupted. Sekali graphic card je yang rosak. Ni, selepas 2 tahun baru aku sambung entry Laos ni. Haha. Basi pun basi ler.

Lepas daripada Laos ni aku still travel lagi secara runcit-runcit. Nak kata backpacking pun tak sangat. Lebih kepada travel secara murah. Kang kalau label diri sendiri as backpacker kang ada yang geli tengkuk pulak. Kah kah kah!

Tapi perihal travel selepas Laos ni takde pulak aku rajin nak update blog. Lebih kepada micro blogging kat Instagram. Kalau rajin gi lah skodeng. Cari nama 'mohdyiyis'. Hee hee.

Sebelum sambung Bahagian 3 (terakhir) ni, gi kat Bahagian #1 & Bahagian #2 ni untuk refresh ingatan. Dah 3 tahun lebih kot. Mana lah aku ingat. Ni pun update berdasarkan gambar jer.

Ahad, Hari Kedua, 9 Disember 2012.

Pagi kena breakfast dulu. Kang takde tenaga nak jalan-jalan. Aku makan roti dengan telur mata. Tapi breakfast ni included sekali lah dengan bilik hotel

Roti keras + 2 biji telur
Tempat breakfast kat depan hotel.


Dah kenyang, ayuh kita jalan-jalan. Jalan kaki dari hotel lebih kurang sekilometer untuk sampai ke Patuxay. On the way ke sana nampak seketul stupa ni.
Black Stupa
Ini lah dia Patuxay.Nak naik kena bayar tapi tak ingat berapa. Murah jer for sure. Around seringgit lebih kurang.

Dari jauh
Dari dekat
Tampal muka sendiri sekeping hahaha
Versi takde muka sendiri

Dalaman Patuxay

Ini siling dia.
Sebenarnya Patuxay ni tak siap 100%.
Dalam tu ada jual sebinier juga.

Apa dia Patuxay? Baca lah sendiri. Huhu.

No wonder bentuk dia macam familiar.

Atasan Patuxay
Mengadap utara Vientiane
Mengadap selatan Vientiane

Hadapan Patuxay


Agak-agak dah penat, gi makan tengah hari dulu. Tak ingat dah kat mana dan berapa harga. Makan nasi goreng jer lah tapinya.

Nasi goreng dan kuah kari. #OnlyInLaos

Sudah kenyang dan sewa motor dulu sebab tak larat nak jalan dah. Panas kot masa tu. Sewa motor lebih kurang MYR15 untuk 24 jam. Minyak isi sendiri. Tak ingat harga minyak tapi dia punya RON92 lagi mahal dari kita punya RON95. Masa tu lah.

Tukar hotel lain pulak. Hotel kedua ni Hotel Bouchadakhan. Setel dan sambung jalan-jalan.

Gambar dari phone. Sebab tu gegar sikit. Haha.
Vientiane ni kecik jer. Pusing-pusing dah bosan. Petang tu gi temple apa nama entah kat selatan Vientiane ni.

Belah malam pulak ke Talat Sao Mall untuk dinner dan cari barang-barang sikit. Terjumpa ramai atlit-atlit Malaysia dan sanak-saudara mereka tapi semua stok kerek jer. Gi mati lah. Haha.

Ni lah Talat Sao Mall. Macam Pasar Gombak je kan? Haha.

Malam tu takde buat apa sangat. Balik awal ke hotel. Nampak kat lobi orang layan bola Piala Suzuki. Tapi siapa lawan siapa tak ingat. Tumpang layan kejap.

Serupa menonton RTM1.

Isnin, Hari Ketiga, 10 Disember 2012.

Bangun tidur, turun breakfast lepas tu naik bantai megi cup pulak, bantai sambung tidur sampai tengah hari.

Bau-cadar hotel.

Check out dan tukar hotel lagi. Haha. Kali ni hotel apa entah. Singgah 7-Eleven kejap untuk beli bekalan makanan.

Lobi dia agak 3 bintang. Ada PC boleh main free. Wifi laju.

Hotel ni agak selesa. Aircond kuat dan tilam empuk adalah kombinasi yang tak boleh dilepaskan untuk membuta sampai malam.

Dah malam baru rasa lapar. Keluar gi cari makan kat pasar malam tepi sungai.

Bukan kat Krabi je ada mende alah ni.

Makan, pusing-pusing, cari ole-ole sikit lepas tu gi lepak kat fountain.


Dieorang dah habis nyanyi, aku pun balik tidur lah. Tema hari ni adalah tidur dan makan dan lepak saja. Kan dah cakap datang Vientiane ni nak lepak-lepak jer. Hehe.

Selasa, Hari Keempat (hari terakhir), 11 Disember 2012.

Hari terakhir ni lagi lah takde apa-apa aktiviti sebab flight balik KL awal pagi. Flight dah check in siap-siap dan boarding pass pun dah print. Luggage pun takde untuk disumbat.

Jadi pagi tu lepas breakfast kat hotel terus ke airport dan balik KL. Sampai KL around tengah hari kot.


Akhirnya habis juga entry Laos aku ni. Haha.

Kalau tanya aku apa yang best kat Vientiane ni, aku akan jawab takde apa yang best selain dari lepak. Tapi kalau nak tengok view cantik kat Laos ni, try gi bahagian utara; Luang Prabang dan Vang Vieng. Bahagian selatan pun cantik juga cuma jauh sikit lah.

Chow!

4 tukang komen:

Zilla said...

uihhh *kesat mata berkali2..benarkah apa yang aku lihat? benarkahhh?? ahniah keri, akhirnya..mana lama menghilang?

Masy said...

akhirnye berupdate jua lulz

فاتن الصاوى said...


افضل الخدمات المنزلية المقدمة بمدينة الخبر من شركة تاج 0551844053 فخدمات شركتنا عديده ومتعددة ومنها شركة تنظيف منازل بالخبر
شركة تنظيف بالخبر
شركة تنظيف بيوت بالخبر
شركة تنظيف سجاد بالخبر
شركة تنظيف شقق بالخبر


شركة تنظيف فلل بالخبر
شركة تسليك مجاري بالدمام
شركة تنظيف مجالس بالخبر
شركة تنظيف بالقطيف
شركة طيوب لتسليك المجارى بالخبر

فاتن الصاوى said...


شركة المثالية للتنظيف بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف المنازل بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف المجالس بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف السجاد بالجيبل
شركة المثالية لتنظيف الشقق بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف الفلل بالجبيل
شركة المثالية لرش المبيدات بالجبيل
شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف الكنب بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف البيوت بالجبيل

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.