Sambungan dari Bahagian #1.
Bangun, lapar. Last makan breakfast kat Mekdi LCCT. Siap-siap, jom cari makanan sambil ukur saiz Vientiane.
Petang tu tak berapa nak ukur saiz sangat sebenarnya. Cuma lepak kat dataran tepi Sungai Mekong tu je. Dataran ni agak luas, sepanjang bandaraya Vientiane tu. Riverside ni ramai orang Vientiane lepak. Kira macam tempat paling happening ar kat situ. Kat situ ada Chao Anouvong Statue.
Tinggi kot patung ni.
Sementara tunggu sunset, layan lepak dulu sambil baca buku. Kata gi untuk lepak kan. Lepak lepak sampai pasar malam kat dataran tu buka.
Pasar malam ni agak besau juga. Boleh tahan lenguh kaki menawaf sebanyak 7 kali. Mabrur katanya. Pusing-pusing je dulu. Usha-usha harga sourvenir. Awal lagi nak beli, malam esok boleh beli lagi..
Makanan kat sana nampak macam sedap. Tapi tak berani ler nak beli. Kang kena daging babi kang. Jenuh nak menyertu.
Dah puas pusing pasar malam, aktiviti seterusnya adalah melepak di Namphu Fountain. Kat sini ramai foreigner lepak sambil minum-minum. Tapi mostly ramai mat saleh ar. Aku pun dikira foreigner juga lah. Tapi takde lah lepak lepak mabuk mabuk. Lepak sambil minum Coke sambil layan live band nyanyi tepi air pancut tukar-tukar warna.
Penyanyi dia buleh tahan sedap juga suaranya. Hampir semua lagu adalah lagu omputeh yang sing-along-ble. Jadinya memang layan.
Tekak pun dah kering melalak kat public, mata pun dah kuyu, balik tidur ler. Nasib baik fountain ni dengan hotel tak sampai sekilometer.
Oh. Kereta kat Laos adalah left-hand drive.
Mandi, tidur.
6 tukang komen:
macam besttttt je huhu
aku boleh bayangkan atas mee/koeyteow goreng talam tu adalah hati/paru babi.
hahahahhaah
Wah roti2 & donut tu nampak menarik sgt. Cantik gambar dan sgt informative :)
Btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) kalau dpt exchange link pun ok. Hehe
www.thetravelling3o.com
Terima kasih!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
::: assalam bro, bestnye dpt pi jalan2 di Laos.. saya pon tak penah sampai lagi.. gambar semua cantik, gambar awan dan tepi sungai tuh very nice.. sorry tak sempat nak belek entry yang lain, time goes by so fast, lama betul saya menyepi. selamat berpuasa keri :)
woo mereiah, mcm best jer huhu
Post a Comment