Monday, May 7, 2012

Hakim + Irah, Bandung.

Beberapa bulan lepas (ya, aku tahu aku dah lama tak update blog. itu lain kali aku cerita), Hakim yakni housemate aku ada tanya mana tempat honeymoon yang best. Aku jawab secara sarkastik 'aku tak pernah gi honeymoon, so aku tak tahu haha'. Katanya, dia tanya sebab aku selalu travel sana-sini. Jadinya, aku suggest lah Bali. Walaupun aku tak pernah jejak Bali, tapi aku rasa itu lah tempat honeymoon yang orang selalu gi.

Dia tak nak Bali. Lepas tu aku cadangkan Krabi, Thailand atau Bandung, Indonesia. Lepas pung pang pung pang, dia dengan bini dia (masa tu baru tunang lah) nak gi Bandung. Aku pun ok lah, aku boleh cadangkan tempat-tempat yang menarik dan aku pun dah ada supir kat sana masa aku gi tahun lepas.

Tup tup dia kata nak ajak aku sekali. Bini dia a.k.a Irah pun suruh ajak aku sekali. Aku macam err, kenapa nak ajak aku? Korang nak honeymoon kot, nak bawa orang lain buat apa kan? Macam-macam lah reason dia kasi. Tak biasa kat negara orang lain, takut sesat lah, takut kena culik lah, itu lah, ini lah. Err.

"Takpo Do, kawe support demo"

Apalagas, aku terus setuju. *muahahaha*. Maka start dari situ aku jadi honeymoon planner dieorang. Dah alang-alang mengikut pengantin baru, aku pun konon-konon lah jadi photographer post wedding sekali.

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket

Terima kasih lah kepada Hakim dan Irah kerana men-sponsor aku gi Bandung. Boleh tahan banyak jugak lah si Irah ni shopping kat Pasar Baru sampai kena tambah luggage. Haha.

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia bersama hingga ke akhir hayat.
Tahniah bro!

notakaki: Nasib kami tak berapa baik sebab masa gi Kawah Putih hujan turun dan angin sangat kuat!

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.