Monday, February 14, 2011

Krabi : full version.

seminggu sebelum Tahun Baru Cina yang lepas, aku berlepas ke Krabi. err, ayat berlepas tak boleh blah. ok tukar ayat. aku naik AirAsia dari LCCT ke Krabi. ini 7,8 bulan punya plan ni. jadi mesti lah kena pergi. tahu tak Krabi ni kat mana? Krabi dekat Thailand. bukan pulau tapi tepi pantai. nak bagitahu lebih-lebih pun blog aku bukan Wikipedia.

halangan pertama sebelum pergi : bas dari KL Sentral ke LCCT rosak tepi highway MEX sebelum hentian rehat Sri Kembangan. pemandu bas pulak hilangkan diri. terpaksa aku tahan bas lain untuk ke LCCT. sampai LCCT, amazing race plak nak ke balai pelepasan antarabangsa. dah la dari imigresen ke gate 81 tu jauh. lepas berlari-lari kambing akhirnya sempat meloloskan diri ke dalam flight AK 804.

Photobucket
ni gambar dari kamera-lens-mata-ikan Kamil.
depan sekali : Kamil.
keliling belakang Kamil dari kiri : Shepha, Melur, Mek, Ramiza, Zaren, ehem-ehem.

keluar dari lapangan terbang je terus ada orang jemput hantar ke Scandinavian Residence; tempat penginapan kiteorang. tempat ni kira ok lah. agak murah cuma jauh sikit dari pantai Ao Nang. yang penting ada pool free. agak lama aku tak menjolok bola-bola kalerful tu.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

dah check in apa semua, masa untuk mencari pakej aktiviti yang boleh dibuat kat sini. jalan 2,3 langkah ternampak travel agency ni. lepas pung-pang-pung-pang tawar menawar harga, akhirnya berjaya mendapat pakej island hopping + snorkelling + naik gajah + kolam air panas + emerald pool dengan harga RM200 seorang untuk 2 hari. apa benda emerald pool ni nanti aku cerita.

sebenarnya kami datang sini konon-konon bekpeker. tapi dah tempah hotel siap-siap. kalau datang sini, jangan tempah pakej secara online. mahal. lebih baik sampai sini baru cari, lagi puas hati. kami siap boleh customize-kan pakej dieorang sesuka hati.

Photobucket

sekarang masa untuk mengisi perut. singgah kat pasar malam tapi takde yang menyelerakan. jalan lagi sampai jumpa restoran. kat sini susah sikit nak makan kalau orang kedai tak reti nak cakap omputih. kami 7 orang ni sorang pun tak reti cakap siam. kemudian jalan lagi dan jalan lagi sampai pantai Ao Nang.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

hampir tengah malam baru masing-masing reti nak balik hotel. hala balik tak larat dah nak jalan kaki 1.5 kilometer jadi naik tut-tut bayau 20 Baht sudah. *20 Baht = RM 2 lebih kurang*

hari kedua dimulakan dengan aktiviti melompat-lompat pulau atau dalam bahasa orang putih nya adalah island hopping. perangai orang siam ni lebih kurang je dengan perangai orang melayu. janji pukul 9 pagi, pukul 9.45 pagi baru nampak batang hidung. aku lupa apa nama pulau-pulau yang kami lompat hari tu. aku rasa lebih kurang 4 pulau kot. tengah hari berhenti makan nasik bungkus kat pulau mana entah. pastu sambung pusing pulau lagi.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

dari jeti, singgah kat kedai motor jap untuk sewa motor. kemudian rempit balik hotel. kami sewa petang tu sebab malam nya kami nak gi pekan Krabi. sempoi siot bawak motor tak pakai helmet. Kat Malaysia tak dapat lah beb. lepas maghrib, gerak ke pekan Krabi, terjumpa brader yang kami jumpa masa island hopping tadi. jadi dia tunjukkan jalan, tempat urut (muahaha!) dan tempat makan halal.

kalau rasa tak cukup duit, CIMB Thai ada kat pekan Krabi ni. tapi pastikan anda setting kasi baik punya kad atm korang kat CIMB Malaysia. kami semua kecewa sebab seorang pun tak setting. jadinya takleh nak keluarkan duit. T_T

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

ok. hari ketiga adalah hari menaiki gajah. sesiapa rasa nak cuba jadi pengembala gajah, boleh lah cuba kat sini. sambil naik gajah sambil nyanyi lagu shinchan "gajah gajah". cara dieorang handle gajah agak kejam aku rasa. guna cangkuk-cangkuk bagai. kinky >:)

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

kita tinggalkan gajah dengan taik-taik dia. sekarang masa untuk ke kolam air panas. kolam air panas ni lain sikit sebab dalam format air terjun/jeram. tapi takde lah besau mana pun. 15-20 orang je boleh muat. lepas makan tengah hari terus gerak ke emerald pool.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

ni lah emerald pool yang aku cakap tadi. kolam ni kolam biasa je cuma air dia jernih. air kaler hijau biru, letaknya di tengah-tengah hutan.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

malam terakhir kami di sini dihabiskan di Ao Nang sekali lagi. Ramiza menjadi penyelamat kami semua apabila kad atm RHB nya boleh mengeluarkan duit kat Thailand. maka masing-masing berkeliaran menghabiskan duit 1000 Baht.

pagi sebelum balik sempat lagi untuk pusing-pusing dan aktiviti shopping yang terakhir. dimulakan dengan breakfast tepi pantai dulu. tengah sedap makan roti ada brader sorang ni datang sembang-sembang. rupanya orang Malaysia kerja situ. Abang Yahya namanya. kalau nak hotel + pakej murah, sila lah telefon dia. Nombor telefon kat handphone Shepha.

kemudian shopping sourvenir secara menggila di satu kedai hujung ni. senang nak tawar-menawar dengan dia. jadi kami pakat borong kat kedai dia sahaja. kerana tak mahu kejadian amazing race di berulang kembali, jadi kami sampai awal di lapangan terbang.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

sampai LCCT semua dah kepenatan dan kebakaran. Melur agak kemarahan sebab tak boleh refund balik tiket bas rosak 3 hari lepas. papehal, Krabi memang terbayek!

notakaki : gambar-gambar manusia kat dalam fesbuk.

27 tukang komen:

rAmiZa.mY said...

pulau tup, poda, ciken n satu lg aku tak igt.


naseb bek ada debit rhb, kalau x mmg xda sebinier la sbb duit cukup utk otel..

❀aRaBeLLa❀ said...

Bajet agak2 berapa ek? ko gi berapa mlm? aku baru nak plan Phuket atau Krabi..

semy said...

you need a neutral density filter to take stunning landscape picture.

but yet your pics gave the story.

Shepha said...

rindu nak jadi pengembala gajah

Siti said...

letihsang bace n3 ni. byk ngat gambo. tp kuala lumper?
hakhakhak...

hanie said...

letih aku nak tunggu gambor loading. hahaha..

Lang Legar said...

penceritaan bersama visual yang bagus..

k.e.r.i. said...

ramiza.my ~
aku ingat chicken island je.
yeah nasib baik. boleh buat facial massage treatment.

arabella ~
3 hari 4 malam.
tak sampai RM800 termasuk tiket flight.

semy ~
thank for the info, and for the compliment too.

Shepha ~
mintak lah company baru ternak gajah. LOL

Siti ~
cer tengok sungalkolok.

h a n i e ~
hah, amek ko.
mintak aku upload sangat kan.
haha.

Lang Legar ~
macam travel blog tak?
miahahaha!

Masy said...

friend mussel??????

eyyyy kesian gajah tu smpi berdarah. demmittt!!! T_____T

Shepha said...

bila rindu saya tengok entry ni

Erina Asmawani said...

DEYM!!ok.aku sangat jeles! bestttnye weh..dahla gamba sume cantik..aku terasa macam kat Krabi skali bila tgk sume pic nih!

sila buat entry lanchang macam nii jugak eh..hoho

Jard The Great said...

mana kisah lanchang plak?

adie said...

waa...jelesnye.
gambar smua cantik-cantik cuma satu jer yg fail- gambar bulu kaki ko.hehe

ps/ : aku harap gambar ko berbikini tak jadi isu kat kosmo.hik3..

Liliyuli said...

fullllaaaaaaaammaaaaaaakkkk!!! jeles lak aku tgk. err..tang gambar kaki ko aku geli lak tgk bulu kaki ko...huhuhu

Ruziawati Bukhari said...

gambar2 cantek.. terbaek!

speedrider said...

Menarik! Teringin nak pi emerald pool tu

Anonymous said...

besh syiot jalan2!! tambah2 ngan dslr lg...huhu...

p/s: uptown trg? hahaha.....nyawa2 ikan dah...uptown danau kota x silap aku.

k.e.r.i. said...

masy ~
cuba ko tengok dia tulis mineral contest instead of mineral content.

shepha ~
setiap kali baca mesti rasa macam berada kat sana kan.

erina asmawani ~
gi lah hanimun kat sana.
best woh.

jard the great ~
sabau ler.
ikut susunan program ler.

mr penyubiru ~
apa gua kisah.
yang penting bulu-bulu kaki aku dah sampai krabi. HAHA

liliyuli ~
cakap jer lah lu jeles.
muahahaha.

ruziawati bukhari ~
tengkiu kak T.

speedrider ~
sila sila.

mr.ix ~
hahaha.
itu lah gunanya aku beli dslr.

mia sarah hemiza said...

nama aku kurang disebut. hohoho~

FarEast said...

yo yo yo ... alamak bro, lama menyepi rupanya ke krabi ... cantik juga dkt sana ye ... info yg bro bg pun not bad ... tapi bab amik gambar sun glass tu sebenarnya nak amik gambar awek berbikini tu ke? hehe ... gurau je ... ramai dah member2 yg pegi sana ... semua cakap mmg best ke sana ... kena plan ni ;)

k.e.r.i. said...

mek.mizah ~
kurang takpe. jangan tak sebut langsung.

FarEast ~
gi lah vacation ke sana bro.
tak rugi kalau gi.
*ehem ehem, sendiri paham lah. LOL

Sofie said...

Boleh bg no tel yahya tu , murah ke dia bg price utk 4 island dan emerld pool hot spring email to attituderose@hotmail.com. Please

Unknown said...

Salam..bro..blh mintk no.tel yahya tu x.asap...nk pg sana..tq bro..
Blh email. azanradzali@gmail.com

Rabiatul said...

Boleh bg no уahya x. Mail sy, milia_loveville@yahoo.com

syura said...

salam. boleh bg no yahya x? email sy ct.maishura@gmail.com
tq..

kasim said...

Saya, isteri dan 2 anak akan ke Krabi 24-27/12/15. Boleh bagi no en yahya. Email saya :dqasa.resources@gmail.com

kasim said...

Saya, isteri dan 2 anak akan ke Krabi 24-27/12/15. Boleh bagi no en yahya. Email saya :dqasa.resources@gmail.com

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.