yeah, aku memang pesen lambat update blog. 2, 3 minggu baru nak update. macam biasa lah, aku kan sibuk atau buat-buat sibuk. tambah pulak dengan adanya sindrom taip-taip-delete.
ini semua cerita masa cuti Maulidur Rasul yang lepas. tak, aku bukan nak cerita aku masuk perarakan Maulidur Rasul kat Pahang. bab-bab berarak ni kasi kat budak-budak sekolah dan staff kerajaan je lah. aku gi Pahang ni adalah atas undangan Cik Wafa. undangan tuuu~ macam orang penting je bunyi nya.
agenda pertama adalah ke Deerland. apa menda Deerland ni? tempat ni macam mini zoo lah lebih kurang. ada rusa, ada burung unta, ada ular, ada ayam pelik-pelik, ada banyak lagi lah menatang-menatang kat sini.
lepas bermesra-mesra dengan menatang, kami balik ke rumah Wafa untuk majlis pemanasan rumah beliau. ouh, 'kami' di sini terdiri daripada Masy, Aima, Erina, Hemy dan isteri Hemy; Najwa.
agenda kedua adalah aktiviti bergajah kat Santuari Gajah Kuala Gandah. disebabkan aku dah naik gajah kat Krabi itu hari, jadi tak teruja sangat lah nak naik. bagi mereka yang 1st-timer je lah naik. (berlagak tak ayat ni?)
setel kedua-dua agenda, gerak balik lah apa lagi. kat LPT a.k.a Lebuhraya Pahang Terengganu, nampak signboard 'Bukit Tinggi', aku kasi signal ke kiri dan terus naik ke Bukit Tinggi untuk agenda ketiga. ini agenda ter-last. betul tak tipu.
dah habis agenda dah. dah sampai KL semua bertempiaran balik rumah masing-masing.
notakaki : harga tiket nak masuk Colmar Tropicale dah naik.