Wednesday, September 29, 2010
Tuesday, September 21, 2010
Snippet Syawal
1. lepas raya perut makin kembung sebab banyak makan. poket pulak makin kempis sebab pitih banyak habis.
2. walaupun poket kempis, tapi rezeki makin murah. ada je jemputan ke rumah terbuka. yang tak buka pun, kita bukakan aje.
3. walaupun makan dengan kuantiti yang banyak, seluar still maintain pakai macam biasa.
4. maaf lah kepada tuan rumah open house yang aku hadiri kerana menghabiskan kuih raya korang terutamanya almond london. maklumlah, saya hantu kuih raya.
5. maaf jugak kepada kawan-kawan yang nak datang beraya ke rumah aku. hari raya pertama aku sibuk beraya ke rumah saudara-mara. hari raya kedua menyibukkan diri di rumah terbuka kakak #1. hari raya ketiga aku dah blah ke Temerloh.
6. perasan tak, nak tunggu raya rasa macam bapak lama gila. lepas raya tak sedar dah raya ke 12.
7. masjid-masjid akan kembali lengang, tak macam awal Ramadhan dulu.
8. eh kejap. kalau namanya 'rumah terbuka', maknanya semua orang boleh datang lah kan?
9. lepas raya ni aku bet semua pekerja jadi lemau dan malas. cuti seminggu lebih, mana tak malas kan.
10. sebab malas lah aku buat entry pakai format snippet jer. idea nak update sokmo tak mari.
notakaki : aku belum start puasa 6 ni.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 12:30 PM 15 tukang komen
Labels: dari dalam diri
Wednesday, September 8, 2010
2 hari sebelum raya (kalau raya hari Jumaat)
tahun ni punya persiapan raya lebih kurang je dengan tahun lepas. beli ala kadar je untuk diri sendiri. cukup setakat sehelai jeans dan se______ (tolong isi penjodoh bilangan) wallet a.k.a beg duit lelaki. baju melayu? tak perlu kot. sebab aku dah ada 5 pasang baju-melayu-yang-aku-baru-pakai-sekali. 3 pasang pakai masa raya dan lagi 2 pasang lagi masa majlis kahwin kakak-kakak aku dulu. lagi pun fesyen baju melayu takde lah berubah sangat. macam tu juga.
sebelum aku balik kampung petang ni (lepas balik kerja terus balik), aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada kaum keluarga dan kawan-kawan dalam dunia blogging / silent reader (ada ke?) / fesbuk / twitterjaya. pendek kata kepada semua lah. pohon maaf zahir dan batin. sambut lah raya dengan meriah tetapi sederhana. jangan makan banyak. nanti seluar makin ketat. <-- peringatan untuk diri sendiri.
bye.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 4:43 PM 10 tukang komen
Labels: capcai
Sunday, September 5, 2010
berpuasa.ber-31-ogos.bertunang.
selamat bertunang Kak Yong dan Abang Farid!
* Kak Yong adalah sepupu kepada Zaren.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 7:37 AM 7 tukang komen
Labels: gegambaran, tunang/kahwin