Friday, August 10, 2012

Cerita hari Jumaat...

Alkisah ada seorang lelaki Islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Semasa terhendap-hendap di dalam semak, secara tak sengaja dia terlanggar dengan seekor Harimau yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak. 


Harimau itu pun tersedar daripada tidur dan mengaum dengan bengis.

Lelaki itu pun berdoa: "Ya Allah, ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat pada hari Jumaat yang mulia ini .."

"Ampunilah aku ya Allah .. makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah harimau yang ada di hadapan aku ini harimau yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Ditakdirkan, harimau yang nampak bengis tadi tiba-tiba bertukar menjadi harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua-dua kaki depannya mengarah ke langit, harimau itu pun berdoa, 


"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "


HAHA 

4 tukang komen:

Siti said...

Ok kelako. Tamatlah riwayat lelaki itu dibaham harimau beriman..

Kuwe said...

tak berapa nak beriman lagi harimau ni. tengahari buta. tunggu la doa Allahummalakusumtu..

Masy said...

hahahahahhha

Munirah Abd said...

hampeh punya ngimau

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.