Thursday, December 20, 2012

Bangkok & Ayutthaya: Part #6

Hari ketiga yang segar-bugar. Bangun tidur terus Instagram. Keh keh keh!

Lepas breakfast roti + serunding, siap-siap untuk melawat candi a.k.a wat yang ada kat sekitar Ayutthaya. Memandangkan Ayutthaya ni adalah ibu negara lama Siam zaman dulu kala, maka bersepah-sepah wat ada kat sini. Lebih dari 10 kalau tak silap.

Cakap banyak pun tak guna. Layan gambau je lah.
























Dah penat layan gambau? Aku pun penat nak upload.

Lepas habis aktiviti wat tour, kami balik ke guest house untuk kutip beg. Next destination, Ayutthaya Floating Market!

Tempat ni tak berapa jauh dari Pekan Ayutthaya. Lebih kurang 20 minit naik tuk-tuk. First impression; agak komersial. Moden sikit lah senang kata, kalau nak banding dengan pasar terapung lain-lain kat area Bangkok. Err, sebenarnya bukan terapung pun~

Mari pusing-pusing lagi!











Lebih kurang pukul 4 petang kami pelan-pelan gerak balik ke Bangkok. Ambil tuk-tuk untuk Stesen Keretapi Ayutthaya. Mula-mula memang cadang nak naik tren, tapi lepas je beli tiket, ada sorang makcik ni datang offer van untuk balik ke Bangkok.

Naik tren =  THB 250 = 2 jam
Naik van = THB 60 = 1 jam

Jual semula tiket tren, kami naik van.

*insert bunyi berdengkur*

Thursday, December 6, 2012

Bangkok & Ayutthaya: Part #5

Sambung lagi.

Lepas habis pusing-pusing Sungai Chao Phraya, pembawa-bot tu hantar kami tepi sungai yang ada pasar malam (pukul 7 petang dikira pasar malam lah dok?). Yezza! Perut pun dah mula berbunyi. Memang elok sangat lah untuk menasi barang sepinggan dua.

Sebelum pilih makanan, kami pusing-pusing dulu. Ukur jarak orang kata. Banyak jual pakaian seluar baju macam tu je. Ingat nak cari buah tangan, tapi takde. Yang ada, benda yang rare nak jumpa sekarang; kaset.



Agak-agak dah 7 kali tawaf pasar malam tu, baru lah pilih nak makan apa. Perut tengah lapau, semua benda pun nampak sedap. Oh, kat pasar malam ni banyak makanan halal. Tu yang macam rambang mata tengok semua makanan pun kami nak makan.

Tapi udang dan sotong aku elak. Makan jugak kalau, bengkak satu badan. Melainkan makanan laut tu segar, aku boleh makan. Memandangkan Ayutthaya ni bukan tepi laut, mesti dia punya makanan laut tak segar.

Malam tu kami makan nasi putih + tomyam campur + kerabu ayam. Kot. Aku pun dah lupa.







Sambil makan, sambil kaki elak anjing. Sini bersepah-sepah anjing. Kami nak makan pun tak senang. Anjing betul!

Makan, minum, kenyang, lepak, sembang pung pang pung pang. Lebih kurang lepas 2 jam kami balik. Itu pun sebab hujan.

Dah sampai bilik, mandi apa semua pergh nikmat gila. Tengah duk layan henpong, terdengar ada live band kat bar tepi guest house. Macam best. Jadi turun lah kami bertiga dengan niat nak melayan live band. Kami order Coke saja sebab Coke serve dalam botol. Bar, tahu-tahu je lah apa minuman yang ada.

Sedutan Coke pertama, ok layan. Masuk sedutan kedua, tekak dah rasa mual. Aik, rasa lain macam dah ni. Aku yakin yang aku minum tu adalah Coke, bukan minuman yang memabukkan. Minah 2 orang tu rilek je aku tengok.

Tak boleh jadi ni. Bayau, terus tuju guest house.

Bluek!

Bluek!

Bluek!

Bluek!

4 kali gua muntah. Lahanat. Apa benda yang aku salah makan ni? Fikir punya fikir, baru teringat aku termakan lala/kepah yang ada dalam tomyam campur masa makan kat pasar malam tadi. Baru lah aku sedar yang aku tak boleh makan binatang bercengkerang. Dah setel, naik tidur.

Baru nak lelap, Haziroh ketuk pintu bilik suruh pergi hospital. Aku macam, hospital? Tetengah malam? Kat Ayutthaya? Ikut saja lah.

Rupa-rupanya masa aku tidur tu diaorang duk kelam-kabut tanya makcik kedai serbaneka dan brader kat bar tu mana hospital buka pukul 12 malam. Tuk-tuk sampai dia bawak ke Hospital Ayutthaya. Si Haziroh tak menyempat tukau baju bertshirt dan berkain batik saja.

Dah sampai hospital satu hal; MA tak berapa fasih nak cakap mat saleh. Pung pang pung pang, amekau kena cucuk sekali lepas tu balik.

Sampai bilik, shut down terus.

Thursday, November 22, 2012

Bangkok & Ayutthaya: Part #4

Selepas 2 jam lebih, kami sampai kat Ayutthaya. Turun dari tren, mula-mula cari tandas dulu. Pesen senang bocor macam tu lah. Lepas tu baru melilau mana nak cari tempat yang boleh landing atas katil.

Kami sampai sana lebih kurang pukul 12 tengah hari. Panas kot, matahari terpacak atas kepala. Masuk 7e kejap cari air. Sambil tu tanya arah nak ke pekan sebab kami dah siap-siap target satu guest house ni. Kejap lagi aku cerita pasal guest house tu.

Pekerja 7e situ kurang pandai cakap omputeh sikit. Internet kat henpong Adilak pun lembab. Tak boleh nak gugel lokasi. Keluar 7e, main terjah saja lah. Tanya sana sini. Sebelum nak ke Pekan Ayutthaya, kena naik sampan menyeberang sungai dulu. Bayar THB 2 je.

*ketar-ketar tanda dah lama tak naik sampan*

Sampai sebelah sana, jalan lagi cari lagi melilau lagi. Cari punya cari jumpa jugak Ayutthaya Guesthouse ni.



Haa, ni la guest house tu. Murah je, lebih kurang MYR 19 satu malam. Aku dapat satu bilik besar untuk sorang. Whoah! *lompat atas tilam*

Check in, merebahkan diri atas tilam ah sedapnya sedapnya, lepas tu aku turun bawah lepak dengan tuan punya guest house.

Aku lupa dah apa nama orang tua ni.

Sembang punya sembang bla bla bla Thailand minyak mahal bla bla bla untung lah orang Malaysia minyak murah bla bla bla dulu guest house ni banjir paras leher aku cakap kau bla bla bla sambil aku pakai wifi free main tuiter.

Lebih kurang pukul 3 budak 2 orang tu turun sebab pukul 4 kami nak naik sampan lagi pusing-pusing Sungai Chao Phraya! Weehoo! Sebelum tu ada masa lagi nak jenguk pekan ni kejap.



Pusing-pusing pekan dia kejap. Tak besar sangat pun. Ada lah lebih kurang 1 kilometer je kami jalan dari guest house tu. Lepas tu patah balik guest house sebab ada tuk-tuk akan datang jemput kami untuk hantar ke jeti.

Dah sampai jeti, naik lah apa lagi duk terhegeh-hegeh!

















Banyak jugak tempat kami singgah sepanjang Sungai Chao Phraya ni. Tapi bosan lah jugak sebab semua kuil Buddha saja. Kalau singgah masjid ke surau ke boleh jugak singgah solat sunat. *betulkan kopiah*

Masa kami sampai Ayutthaya ni, musim hujan baru nak mula. Ada rumah-rumah kat tepi sungai ni yang dah naik air.

Sedar tak sedar, 3 jam jugak keliling sungai ni.

Masa sembang dengan tuan punya guest house tadi, dia kata nanti suruh brader-bawak-bot tu hantar kat pasar malam lepas habis river tour. Jadi aku pun cakap kat lah brader-bawak-bot tu suruh hantar kami kat pasar malam. Sedang elok perut masing-masing dah lapar.

Sampai pasar malam, ah nanti lah aku sambung lagi dalam next entry.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.