Monday, October 31, 2011

#30HariTanpaRokok

baca tajuk pun dah tahu isi entry dia ye dok? lagi-lagi lah kalau korang yang sedang baca ni adalah pengikut aku dalam Twitter dan/atau kawan dalam Facebook. dari pagi tadi aku duk bagitahu pasal benda alah ni. sekarang aku bagitahu dalam blog pulak. haha! *kalau menyampah sila gi buang sampah LOL*

sehingga semalam, genap lah 30 hari aku tak hisap rokok. tak percaya? aku sendiri pun tak percaya aku boleh tak sentuh rokok sampai 30 hari. seksa kau tahu tak perasaan menahan sangap? tapi untuk 3,4 hari pertama je sangapnya sangat kuat. lepas tu dah boleh control dah.

bila aku start kempen #30HariTanpaRokok aku ni dulu, banyak soalan yang aku dapat. antaranya;

(1) kenapa nak berhenti merokok?

aku percaya semua perokok tegar ada keinginan nak berhenti merokok. dan aku percaya semua perokok tahu keburukan merokok. so atas sebab tu lah aku cuba nak berhenti.

(2) tapi kenapa 30 hari je? kenapa tak berhenti terus?

kau ingat senang ke nak berhenti secara mengejut. nak berhenti 3 hari tu pun susah woi. ini bukan auta, ini pengakuan kawan-kawan aku ler. aku dulu pun susah jugak nak berhenti walaupun 3 hari. 30 hari tu adalah tempoh percubaan untuk diri sendiri dan nampak gayanya aku berjaya.

lagi pun bulan lepas aku berjaya mencabar diri sendiri dengan cabaran #30HariTanpaAis. so bulan Oktober ni cuba cabaran lain pulak.

berhenti terus? boleh je. ni sekadar nak tengok kemampuan diri je.

(3) macam mana kau boleh berhenti? apa petua?

soalan ni berbalik kepada perokok tu sendiri. macam brader opis aku a.k.a Adam cakap "walau banyak mana pun nasihat/petua orang kasi kat kau, tapi kalau kau tak nak ikut tak guna jugak. semua tu berbalik kepada diri sendiri". bernas, padat & tepat.

dulu pun aku pernah cuba nak berhenti merokok selama seminggu. tapi tak berjaya sebab selama seminggu tu bocor juga 2 batang aku hisap.

tapi kali ni aku semacam nekad. aku semat dalam kepala otak, start 12 malam 1 Oktober 2011 aku nak berhenti. kebetulan pulak malam tu rokok aku tinggal sebatang je saki-baki rokok balik dari Surabaya/Jogjakarta itu hari. dan aku berjaya tak hisap rokok sampai 12 malam 31 Oktober 2011.

(4) tak susah ke nak berhenti?

macam aku cakap tadi lah. susah dia masa mula-mula tu je. tangan gatal je nak gi beli rokok. tapi bila dah berjaya kawal pembelian rokok, datang pulak godaan lain. aku ni hidup dikelilingi perokok-perokok. hampir semua housemate & officemate adalah perokok. bila time melepak kat rumah/pantry tahan je lah sangap tu. ada jugak yang pesen hulur-hulur rokok. saja je kasi goyah iman aku ni. tapi aku berjaya tepis tindakan keji mereka.


*banyak lagi soalan lain tapi aku lupa dah haha*


sepanjang 30 hari aku tak merokok, banyak benda berubah sebenarnya. paling jelas, yeah, aku makin gemuk. bila dah tak merokok, selera tu makin naik. adoiyai. makan aje kerja aku. sangap rokok boleh pulak aku tahan, tapi selera makan tak boleh. haha. takpe takpe. gemuk boleh dikuruskan *sedapkan hati sendiri*

selama 30 hari ni jugak, banyak dapat simpan duit. obvious sangat kot sampaikan dah dapat gaji bulan ni pun gaji bulan lepas ada lebih lagi. *muahahaha*. mana tak lebih, nak cecah MYR 200 jugak lah aku boleh simpan. (sorry lah tak dapat belanja, aku dah habiskan dengan bershopping kat The Curve semalam haha)

ini adalah anggaran kasar aku punya belanjawan rokok bulanan.

sekotak Winston Merah : MYR 8.50
purata kadar penghisapan rokok 3 hari : 2 kotak (MYR 17)
30 hari : MYR 170

banyak woh MYR 170 (banyak lah bagi orang miskin macam aku ni haa). itu kalau purata 2 kotak untuk 3 hari. kalau hujung minggu confirm lebih sebab biasanya kalau aku melepak aku boleh habiskan sekotak satu malam. *uhuk uhuk sakit dada*

banyak sebenarnya kebaikan dia selain dari menjimatkan duit. jadi kepada sesiapa yang rasa nak berhenti tu, kuatkan iman masing-masing lah yer. semoga berjaya.

ouh ye sebelum terlupa. terima kasih lah kepada semua yang ucap tahniah kat Twitter/Facebook tadi. siap ada yang nak kasi kek sebagai hadiah. *lap air mata terharu*

notakaki : pagi tadi masa kat pantry aku pow rokok officemate. dia punya feeling serupa macam mula-mula belajar hisap rokok dulu. tekak rasa pahit lain macam.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.