dengan terjejaknya kaki aku kat Tawau minggu lepas, maka aku dah cukup jelajah seluruh negeri dalam Malaysia. walaupun bukan kat Kota Kinabalu, kurang-kurang Tawau pun dalam negeri Sabah juga, ye dok? Kota Kinabalu tu lain kali lah pulak.
trip kali ni aku pergi dengan budak kelas aku masa study dulu; Amir. sepatutnya 'budak-budak kelas', tapi disebabkan yang sorang lagi tu ada hal di saat-saat akhir, maka terpaksa batal. sampai kat Tawau, sorang lagi kawan masa study dulu dah tunggu kat sana since dia orang sana. jadinya ahli trip kali ni adalah 3 orang.
kami punya flight pukul 3.30 petang dari LCCT dan dia punya ETA pukul 6.10 petang kat Tawau. selepas kebosanan hampir 3 jam, pukul 6.30 petang kami touched-down kat Tawau. kami sampai pun dah gelap. biasa lah, Sabah kot. keluar je dari terminal terus naik kereta Don dan menuju ke Semporna. *whoosh*
sampai Semporna, terus check-in kat Dragon Inn; chalet terapung kat pekan Semporna tu. chalet ni ok lah sebab bilik dia besar dan murah. 3 hari 2 malam baru RM 50 sorang termasuk sarapan pagi. malam tu kami makan malam kat Anjung Lepar sebelah Hotel Seafest. dan CBA yang dicadangkan oleh Zulus (officemate aku) adalah terbayek!
pagi Sabtu tu lepas sarapan pagi goreng pisang, kami bertolak ke Pulau Mabul untuk snorkeling. perjalanan ke pulau ni takde lah lama sangat. lebih kurang sejam setengah je~
kami punya trip ke Mabul ni untuk 1 hari je. sempat lah snorkeling 2 kali; sebelum dan selepas lunch kat sana. gambar-gambar masa snorkeling semua aku rembat dari FB Don. gila apa aku nak angkut kamera aku masuk air. kamera Don takpe, boleh buat masuk air.
ini semua gambar dari kamera Lomo kepunyaan Don.
lebih kurang pukul 4 petang, kami gerak balik ke Semporna. kat hujung Dragon Inn ni dieorang ada bela ikan besau-besau. dengar cerita ikan kerapu kat situ makan orang. fuyyo! takut tak? takut tak? Don cakap ikan kerapu yang besau sangat tu nama dia ikan keratong. lepas maghrib aku pusing-pusing pekan Semporna sengsorang sebab dua makhluk tu masih belum bangun tidur. penat snorkeling gamaknya.
malam tu kami makan malam kat Tampi-tampi. kat tepi restoran ni lah Maya Karin kena kurung dalam citer Duyung tu. kalau dah datang tempat tepi laut, orang kata wajip lah makan seafood. tapi kat restoren tu udang dia yang frozen punya. bukan yang fresh. jadinya aku takut nak makan, kang tak pasal-pasal barang aku bengkak!
cuaca pagi di Semporna pada hari Ahad adalah hujan lebat. cadangnya mahu sarapan pagi di pekan Semporna, tapi terpaksa makan di restoran chalet sahaja. boleh tahan sedap jugak lah dia punya mee goreng seafood-takde-udang.
bila hujan dah berhenti, kami teruskan dengan rancangan mendaki Bukit Tengkorak. bukit ni bukit biasa je, cuma kat atas bukit ada tapak arkeologi zaman paleolitik ke zaman logam ke aku tak pasti. kat atas bukit ni, boleh nampak hampir seluruh pekan Semporna. dari atas bukit ni jugak boleh nampak Navy Base, bibir gunung berapi dan bukit-bukau macam Bukit Broga. heh. Bukit Broga pun ada kat Semporna aku cakap kau.
lebih kurang tengah hari kami gerak ke Tawau. masa nak gi Tawau ni lah aku baru perasan sepanjang-panjang jalan kiri kanan dia hanyalah ladang kelapa sawit. masa mula-mula sampai tak perasan sebab dah gelap, dan jalan raya Tawau-Semporna takde lampu jalan. nasib baik lah Don memandu dengan laju untuk mengurangkan masa perjalanan.
dah sampai Tawau apa lageyyy, beli mutiara lah. sebelum sampai lagi dah ramai orang kirim, jadi terpaksa lah beli. disebabkan bajet ketat, maka ole-ole hanya untuk ahli keluarga sahaja. ouh, tadi borong mutiara kat Central Market Tawau. untuk membeli pelang-pelang dan makanan laut yang lain, kita ke Pasar Tanjung Tawau.
sebelum Don hantar kami ke airport, sempat pekena nasi lalap dulu. nasi ni macam nasi biasa je cuma menurut Don, bahan wajib nasi lalap adalah 2 ketul ayam dan sambal. yer, 2 ketul. kalau seketul tak dikira sebagai nasi lalap lah kot.
pukul 5 petang sampai airport sempat lagi mencari baju I-heart-Tawau. tapi hampa, semua dah habis. agak-agak dah dekat pukul 6.35 petang, lepas salam-salam bubye-bubye Don, kami masuk balai pelepasan. terima kasih lah kepada Don kerana jadi pemandu pelancong untuk aku dan Amir. dan Don berterima kasih kepada kami jugak sebab kalau kami tak gi sana, dia pun tak jejak kaki kat Mabul tu. LOL.
notakaki : bosan dowh flite lama-lama.