Wednesday, September 26, 2012

Bangkok & Ayutthaya: Part #1

Selepas 3 kali trip aku tak jadi, akhirnya trip ke Bangkok ni menjadi kenyataan. Mula-mula Bali. Tak jadi sebab aku accident motor 4 jam sebelum terbang. Kedua adalah percutian bersama keluarge ke Brunei. Yang ni disebabkan kekangan kerja. Last minute batal. Ketiga; Kota Kinabalu, sebab cuti tak lepas.

*bakar 3 boarding pass*

Selepas berdebar-debar tunggu bos approve cuti, seminggu sebelum terbang, akhirnya lepas jugak cuti aku. Yeay! Maka bermula lah segala mak nenek persiapan, gugel sana-sini.

Kali ni aku gi dengan Haziroh & Adilak. Tak tak, dua-dua bukan awek aku. Dieorang punya flight gi pukul 8.30 pagi, aku punya pukul 11.30 pagi. Jadi tak perlu lah nak tidur kat airport malam sebelum tu macam dieorang. Pukul 7.30 pagi, Arel datang ambil kat rumah lepas tu terus tuju ke LCCT.

Sampai, breakfast nasi lemak, lepak-lepak, masuk departure hall. Ni kali pertama naik flight sorang-sorang untuk international punya. Domestik punya pernah lah. Boleh lah feeling solo traveler kejap ye dok. Muahaha.

Hari Khamis, 13 September 2012, 11.30 pagi, terbang lah aku ke Bangkok sorang-sorang.


Lebih kurang pukul 1.30 petang waktu Malaysia, pukul 12.30 tengah hari waktu Bangkok, flight selamat touch down kat Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Bangkok.
(baca: Suvarnabum).

*skip scene masuk terminal & imigresen*

Keluar dari balai ketibaan, melilau cari meeting point. Oh, kami dah buat meeting point kami siap-siap. (1) Mekdi (2) KFC (3) Burger King. Kalau tak jumpa jugak, tunggu kat Gate #1. Puas aku melilau, tak jumpa semua semua fast food tu. Macam pelik, tak tahu lah kalau aku cari guna lubang hidung kappeee. Sambung melilau lagi.

Tetiba dari kejauhan nampak sorang minah pakai tudung duk tengok kiri kanan. Masa ni agak drama sikit. Konon-konon macam 2 orang yang dah lama tak jumpa lepas tu masing-masing berlari ke arah satu sama lain *insert slow motion*.

Kah kah kah!

Tapi masa jumpa tu takde lah peluk cium bagai kappeee. Cuma dengar si Haziroh tu membebel "lama tunggu tau dak blablabla penat tunggu blablabla cari Mekdi tak jumpa blablabla" *rolling eyes*

Tanpa melengahkan masa, mari menuju ke Kota Bangkok!

Dari airport, kami naik tren. Tren airport ke Bangkok sampai kat Bangkok City Air Terminal a.k.a Makasan. Tren airport-Makasan = 35 Baht. Matawang Baht ni lebih kurang seringgit kita 10 Baht dia lah senang kira. Sampai Makasan, jalan kaki sikit tuju ke Stesen Petchaburi.



Dari Petchaburi, ambil tren lain ke Stesen Queen Sirikit (18 Baht) untuk sampai ke tempat penginapan malam tu. Dah sampai Stesen Queen Sirikit, call hostel. Dia kata akan datang jemput. Sekali, sorang amoi datang naik basikal bawak kertas "I don't speak English. Please follow me". Menapak lagi lah nampaknya.

Hostel De Talak yang dibook siap-siap ni lebih kurang 5 minit jalan kaki dari Queen Sirikit. Lalu celah setinggan mana entah, tup tup sampai. First impression; boleh tahan. Check in apa semua, masuk bilik. Senang kata, kawasan setinggan, dalam kondo!






Dia punya bilik boleh tahan lah, bersih & luas. Sebilik 5 orang (tak campur eh lelaki perempuan), bilik air dalam bilik, aircond siap. Harga satu malam lebih kurang MYR 20/seorang. Cumanya tilam dia tidak lah seempuk tilam Ikea.

*gambar dalam bilik aku lupa nak ambil*

Petang tu kami keluar. Perut dah lapar kot. Lepas riki-riki dengan awek-Siam-jaga-kaunter, dia kata tak banyak tempat makan halal kat Bangkok. Tapi dia ada suggest satu tempat nama Terminal 21. Aku ingatkan serupa dengan Terminal 1 Seremban, rupanya tidak. Jauh lagi cantik kot. *orang Nismilan jangan marah den yo*

Queen Sirikit - Stesen Sukhumvit (15 Baht)

Sampai Sukhumvit (bukan kat Kampung Baru tu), keluar tren, masuk Terminal 21.




Sambung lain kali. Lalala~

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.