Sebenarnya nak cakap Sabtu minggu lepas gi kenduri kahwin Wafa & Iyan kat Bahau.
Itu je.
Siapa Wafa?
Wafa adalah seorang ahli The Memuah Blogger. Jangan tanya aku macam mana mereka boleh letak nama sebegitu rupa sebab aku pun tak tahu. Sedar-sedar aku dah ditarik masuk ke dalam kumpulan tu. Tapi lantak lah apa nama kumpulannya pun, yang penting ahli-ahlinya adalah awesome. Dan Wafa adalah seorang pembuat kek coklat yang sangat sedap. *drooling*
Bahau kat mana?
Bahau kat Negeri Sembilan lah bai. Bahau ni adalah tempat aku outing masa belajar kat matrikulasi Kuala Pilah dulu.
Setelah berhari-hari duk sembang kat dalam group fesbuk duk plan itu ini, maka hari Jumaat malam kami semua berkumpul kat rumah Hemy kat Bangi. Dah tuan rumah offer, kami semua setuju saja. Lagi pun renyah pulak aku nak gi kutip sorang-sorang pagi Sabtu tu. Lepas Masy, Bella & Zona layan Seoul Garden kat IOI Mall malam tu, kami terus tuju ke Bangi.
Dah sampai, bungkus hadiah apa semua, tidur. Esok pepagi katanya nak gerak ke Bahau.
Pagi Sabtu, tuan rumah dah siap belikan nasi lemak untuk kami. Aku makan lepas gi ambil Jard kat Stesen KTM Bangi. Perut semua dah kenyang, semua dah berbaju biru kecuali sorang dari Penang itu berbaju ungu, mula gerak ke Bahau. Aku, Zona, Masy & Bella satu kereta, Hemy, Cembam (bini Hemy), Xiyad (anak Hemy & Cembam) & Jard satu kereta. Menurut Hemy, perjalanan ke Bahau akan mengambil masa selama sejam 40 minit. Masuk tol Putra Mahkota, nak ambil tiket, akak tol tu tanya;
"Ke mana dik? Selatan?"
"Ha'ah, Bahau"
"Jem dik. Kau keluar tol ni, masuk highway terus jem"
"Ooo"
Memang betul jem. Keluar tol masuk selekoh ke arah selatan, humang aih, memang dah jem dah. Nak tak nak redah je lah. Terpaksa lah Vios & Swift main selit-selit kat PLUS itu hari. Nak buat macam mana, dah aku & Hemy adalah OP untuk kenduri Wafa ni. Selit punya selit akhirnya sampai kat Exit Senawang. Erina, Amir (suami Erina) & Aqil (anak Erina & Amir) dah siap tunggu kami lepas exit. Konvoi ke Bahau diteruskan dengan kemasukan sebijik Mercedes Benz pulak.
Untuk sampai ke Bahau, kena lalu Kuala Pilah dulu. Nak sampai Kuala Pilah, kena rentas Bukit Putus dulu. Tapi jalan Bukit Putus sekarang dah tak macam dulu. Dulu dia punya jalan melingkau-likau macam ulau atas pagau. Kalau tak silap aku, Bukit Putus tu ada 32 selekoh. Biasa lah, dulu kalau tak outing ke Bahau, pelajar-pelajar matrik Kuala Pilah ni akan outing ke Seremban.
Tapi sekarang ni, jalan dia dah elok dah, lurus saja. Siap ada jambatan kedua tertinggi kat Malaysia ni katanya. Jambatan tertinggi tak tahu lah pulak kat mana.
Sebelum sampai Pekan Kuala Pilah, ambil simpang ke kiri untuk shortcut ke Bahau. selit lagi selit lagi akhirnya sampai kat rumah Wafa lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Apalagas, capai alat menembak, terus buat kerja. Aku sebenarnya dah lama tak pegang benda alah tu. Seingat aku last sekali masa gi Bandung itu hari (entry bawah). Oh. Sebenarnya kenduri si Wafa & Iyan ni sekali gus dengan adik dia si Anshari & Khasanah. Hemy OP untuk Wafa & aku OP untuk Anshari.
Tembak, tembak, makan, tembak, tembak, makan aiskrim, tembak, makan aiskrim, makan aiskrim, makan aiskrim.
Best woh dapat makan aiskrim Paddle Pop free banyak kali. Terbaik kenduri kau Wafa. Tak main lah aiskrim 20sen, aiskrim Malaysia ke apa. Kenduri kau ada bagi aiskrim Paddle Pop? haha!
Hala ke petang sikit, rehat kejap. kununnya nak baring-baring kejap. Sekali terbabas tidur jugak. Dak-dak ni cakap aku berdengkur macam kapal api tapi aku rasa aku tak tidur lena pun. Tidur-tidur ayam je rasanya. Lantak lah. Mungkin ini adalah sindrom Semakin Tua.
Bangun tidur, basuh muka, jamak apa semua, kembali meneruskan agenda. Keluar rumah cari kek. Dak Keri ni, kalau tak makan kek kat kenduri kahwin kawan-kawan memang tak kena. Habis kek, Paddle Pop pulak. Oh! Nikmatnya dunia!
Agak-agak dah takde tetamu yang datang, kami semua gi buat outdoor photoshoot. Lokasi; Stesen Keretapi Bahau.
Tembak lagi, tembak lagi, tembak lagi, penat sudah.
Bila tang outdoor ni, aku memang respect dengan photog yang cari makan dengan bisnes ni. Penat kau tahu. Nak ambil angle situ, sini, bawah, atas, kiri, kanan. Bak kata orang Nogori, hongeh den ni haa. Maklum lah, aku ni kan *ehem* perut *ehem* berlipat *ehem*. Jadi cepat penat.
Matahari dah nak terbenam, kami pun slow-slow gerak. Masa gerak balik, Aima, Jack (suami Aima) & Aiman (anak Aima & Jack) cakap dieorang lagi 37 kilometer nak sampai Bahau. Disebabkan kami dah terlalu penat (aku dah basah lencun peluh hoi), maka tak sempat lah nak jumpa sorang lagi ahli The Memuah itu.
Salam salam, cium cium, terus tuju Bangi. Hala balik kami guna LEKAS yang sememangnya sesuai untuk orang yang nak lekas. Sampai Bangi, ambil barang kat rumah Hemy kemudian berpecah ke sarang masing-masing.
Nah, sekeping gambau sebagai bukti. Ini aku cilok Hemy punya. Aku belum sampai seru lagi nak edit gambau. HAHA.
notakaki: items dalam goodies bag memang sedap.
Just keep swimming!
7 years ago