Showing posts with label tulis panjang-panjang. Show all posts
Showing posts with label tulis panjang-panjang. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Family Trip: Bandung. Part Last

Dah habis raya haji pun entry aku ni masih tak habis-habis lagi. Haha. Baik aku sambung entry last ni sebelum raya mat saleh pulak yang habis.

...

Hari kedua : Ahad 30 Jun 2013.

Plan hari ni nak ke Kawah Putih. Bosan juga asyik shopping saja. Jadi lepas pung pang pung pang dengan Pak Wawan, dia kata ok je. Tapi sebelum nak ke sana, singgah Rumah Mode kejap. Singgah lah sangat.

Pak Wawan park van kat luar. Bergambar dulu apa-apa hal.




Dah masuk Rumah Mode apa lagi. Shopping je lah kerjanya. Masing-masing berpecah. Ramai gila orang kat Rumah Mode masa tu. Lagi seminggu nak puasa kot. Hujung-hujung minggu macam ni lagi ramai sebab orang Jakarta datang shopping kat Bandung. Gila apa pepagi buta dah ramai macam ni.

Aku sempat rembat sehelai baju. Sehelai sahaja.

Dah setel ukur saiz baju Ayah, aku bawak Ayah, Mak & Makcik keluar. Sesak sangat lah gila. Depan tu ada kafe, jadi kami lepak situ je lah sementara menunggu Kakak #1, Kakak #2 & Kakak #4 shopping. Asal lepak je makan, asal lepak je minum. Apa lagi benda yang best dibuat masa lepak selain makan dan hisap rokok.

Selepas lebih kurang sejam menunggu 3 makhluk tu, kami sambung plan nak ke Kawah Putih. Sampai kat van, Pak Wawan kata jalan ke Kawah Putih tengah repair. Kalau biasa 3 jam pergi balik. Ni dia kata 5 jam satu hala.

Demmm. Pak supir yang lepak sekali pun cakap macam tu sebab dia dah gi sehari sebelum tu. Jalan under construction kat sana bukan elok macam kat sini. 5 jam tu lama kot. Sebelum-sebelum ni aku gi yang 3 jam return tu pun sempat juga lah berdengkur sebelum sampai.

Jadi kami decide nak gi tengok show angklung kat Saung Angklung Udjo je. At least ada juga aktiviti selain shopping. Tapi show angklung tu start pukul 2 petang. Sempat lagi nak lunch dan solat. Aku suruh Pak Wawan cari Restoren Sederhana. Dari malam sampai aku duk mengidam nak makan kat situ. Dia kata ok.

Sekali jalan jem. What the ....

Seminggu sebelum puasa ni, segala acara-acara lagho dieorang setel dulu. Tu pasal jalan jem sebab ada festival apa jadah entah. Bandung tu dah memang sedia kala jem, tambah pulak ada acara-acara sebegitu, macet bangat bangat bangat pak!

Kempunan lagi. Pak Wawan kata ada restoren Sunda juga area situ tapi mahal sikit lah. RM 200 ++ untuk 7 orang makan. Tapi puas hati gila siakkk. Kenyang. Sedap. Perut penuh, gerak. Disebabkan jalan nak ke Saung Angklung Udjo pun jem juga, aku suruh je Pak Wawan bawa kami ke Jalan Dago since tempat tu dah dekat dan tak jem.

Nasib malang betul datang kali ni. Dieorang lah. Aku takde hal. Haha. Takpe lah, pitih ada lagi berjuta-juta.

Jalan Dago, apa lagi kalau bukan factory-factory outlet yang bersusun di kiri kanan jalan. Atau dalam erti kata lain, shopping lagi. *rebah* Geng-geng wanita berkeliaran kat FO, aku ajak ayah mengopi kat kafe area situ.

*skip part shopping kat FO*

Habis shopping, masing-masing mula lah kelaparan. Untuk dinner malam tu, aku ajak makan kat Kampung Daun. Tahu Kampung Daun? Yesss, Kampung Daun yang famous itu.

Ayuh Pak Wawan, terus aja ke Kampung Daun!





Kampung Daun masih sama macam dulu. Tapi sayang, air terjun dia makin banyak sampah. Mungkin sebab kami gi lewat dan orang-orang sebelum ramai buang tisu dalam air terjun tu. Tapi suasana kat gazebo celah-celah pepohonan tu masih mantap.

Makan makan, sembang sembang, bergambar apa semua, balik. Semua dah penat.

...

Hari ketiga a.k.a hari terakhir : Isnin 1 Julai 2013.

Aku tak larat nak cerita dah. Sebab sebelum balik ni pun sempat lagi shopping kat Pasar Baru. Rupiah habis, tukar RM kat sana. Cash habis, cucuk ATM / pakai kad kredit. Macam mana lah tak penuh satu van tu hoi!




Memandangkan aku ni penggemar tegar pastry dan Bandung ni famous dengan dia punya kek kukus, adalah menjadi satu kemestian untuk kami singgah ke kedai Amanda. Terbaik baqhiang! Hari last ni baru lah impian aku tercapai nak makan kat Restoren Sederhana. Sedap dan murah.

Sebelum ke airport, singgah IndoMaret dulu tapau rokok murah. Muahaha.

Sampai airport, kebetulan hujan. Airport dah ramai orang. Dah lah airport kecik. Unload barang dulu apa-apa hal. Nak check in luggage awal lagi, lagi pun kaunter belum buka. Lepak lah kat luar dulu.

Agak-agak timing dah ngam, kami masuk. Since Kakak #3 tak jadi ikut, so dah kurang 20 kg kat situ. Tapi total semua 4 orang yang ada luggage adalah 80 kg. Aku ingatkan macam alah mesti cukup punya ni. Sekali timbang hamekau sikit lagi nak cecah 100 kg!

Aku dah pening.

Nasib baik pitih RM aku ada lagi. Fuh. Petang tu kami fly balik KL. Sampai LCCT, ambil kereta, drive balik ke rumah Kakak #3. Malam tu aku tak sedar apa dah. Dieorang duk agih-agih hasil shopping, aku layan dengkur.

Penat. Tapi layan.

Kira-kira balik, total expenses lebih kurang 12K. *PENGSAN*

notakaki: Gambau tak sempat snap. Tangan kiri kanan penuh barang.

Monday, June 11, 2012

BA-HOW

Sebenarnya nak cakap Sabtu minggu lepas gi kenduri kahwin Wafa & Iyan kat Bahau.
Itu je.

Siapa Wafa?

Wafa adalah seorang ahli The Memuah Blogger. Jangan tanya aku macam mana mereka boleh letak nama sebegitu rupa sebab aku pun tak tahu. Sedar-sedar aku dah ditarik masuk ke dalam kumpulan tu. Tapi lantak lah apa nama kumpulannya pun, yang penting ahli-ahlinya adalah awesome. Dan Wafa adalah seorang pembuat kek coklat yang sangat sedap. *drooling*

Bahau kat mana?

Bahau kat Negeri Sembilan lah bai. Bahau ni adalah tempat aku outing masa belajar kat matrikulasi Kuala Pilah dulu.

Setelah berhari-hari duk sembang kat dalam group fesbuk duk plan itu ini, maka hari Jumaat malam kami semua berkumpul kat rumah Hemy kat Bangi. Dah tuan rumah offer, kami semua setuju saja. Lagi pun renyah pulak aku nak gi kutip sorang-sorang pagi Sabtu tu. Lepas Masy, Bella & Zona layan Seoul Garden kat IOI Mall malam tu, kami terus tuju ke Bangi.

Dah sampai, bungkus hadiah apa semua, tidur. Esok pepagi katanya nak gerak ke Bahau.

Pagi Sabtu, tuan rumah dah siap belikan nasi lemak untuk kami. Aku makan lepas gi ambil Jard kat Stesen KTM Bangi. Perut semua dah kenyang, semua dah berbaju biru kecuali sorang dari Penang itu berbaju ungu, mula gerak ke Bahau. Aku, Zona, Masy & Bella satu kereta, Hemy, Cembam (bini Hemy), Xiyad (anak Hemy & Cembam) & Jard satu kereta. Menurut Hemy, perjalanan ke Bahau akan mengambil masa selama sejam 40 minit. Masuk tol Putra Mahkota, nak ambil tiket, akak tol tu tanya;

"Ke mana dik? Selatan?"
"Ha'ah, Bahau"
"Jem dik. Kau keluar tol ni, masuk highway terus jem"
"Ooo"

Memang betul jem. Keluar tol masuk selekoh ke arah selatan, humang aih, memang dah jem dah. Nak tak nak redah je lah. Terpaksa lah Vios & Swift main selit-selit kat PLUS itu hari. Nak buat macam mana, dah aku & Hemy adalah OP untuk kenduri Wafa ni. Selit punya selit akhirnya sampai kat Exit Senawang. Erina, Amir (suami Erina) & Aqil (anak Erina & Amir) dah siap tunggu kami lepas exit. Konvoi ke Bahau diteruskan dengan kemasukan sebijik Mercedes Benz pulak.

Untuk sampai ke Bahau, kena lalu Kuala Pilah dulu. Nak sampai Kuala Pilah, kena rentas Bukit Putus dulu. Tapi jalan Bukit Putus sekarang dah tak macam dulu. Dulu dia punya jalan melingkau-likau macam ulau atas pagau. Kalau tak silap aku, Bukit Putus tu ada 32 selekoh. Biasa lah, dulu kalau tak outing ke Bahau, pelajar-pelajar matrik Kuala Pilah ni akan outing ke Seremban.

Tapi sekarang ni, jalan dia dah elok dah, lurus saja. Siap ada jambatan kedua tertinggi kat Malaysia ni katanya. Jambatan tertinggi tak tahu lah pulak kat mana.

Sebelum sampai Pekan Kuala Pilah, ambil simpang ke kiri untuk shortcut ke Bahau. selit lagi selit lagi akhirnya sampai kat rumah Wafa lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Apalagas, capai alat menembak, terus buat kerja. Aku sebenarnya dah lama tak pegang benda alah tu. Seingat aku last sekali masa gi Bandung itu hari (entry bawah). Oh. Sebenarnya kenduri si Wafa & Iyan ni sekali gus dengan adik dia si Anshari & Khasanah. Hemy OP untuk Wafa & aku OP untuk Anshari.

Tembak, tembak, makan, tembak, tembak, makan aiskrim, tembak, makan aiskrim, makan aiskrim, makan aiskrim.

Best woh dapat makan aiskrim Paddle Pop free banyak kali. Terbaik kenduri kau Wafa. Tak main lah aiskrim 20sen, aiskrim Malaysia ke apa. Kenduri kau ada bagi aiskrim Paddle Pop? haha!

Hala ke petang sikit, rehat kejap. kununnya nak baring-baring kejap. Sekali terbabas tidur jugak. Dak-dak ni cakap aku berdengkur macam kapal api tapi aku rasa aku tak tidur lena pun. Tidur-tidur ayam je rasanya. Lantak lah. Mungkin ini adalah sindrom Semakin Tua.

Bangun tidur, basuh muka, jamak apa semua, kembali meneruskan agenda. Keluar rumah cari kek. Dak Keri ni, kalau tak makan kek kat kenduri kahwin kawan-kawan memang tak kena. Habis kek, Paddle Pop pulak. Oh! Nikmatnya dunia!

Agak-agak dah takde tetamu yang datang, kami semua gi buat outdoor photoshoot. Lokasi; Stesen Keretapi Bahau.

Tembak lagi, tembak lagi, tembak lagi, penat sudah.

Bila tang outdoor ni, aku memang respect dengan photog yang cari makan dengan bisnes ni. Penat kau tahu. Nak ambil angle situ, sini, bawah, atas, kiri, kanan. Bak kata orang Nogori, hongeh den ni haa. Maklum lah, aku ni kan *ehem* perut *ehem* berlipat *ehem*. Jadi cepat penat.

Matahari dah nak terbenam, kami pun slow-slow gerak. Masa gerak balik, Aima, Jack (suami Aima) & Aiman (anak Aima & Jack) cakap dieorang lagi 37 kilometer nak sampai Bahau. Disebabkan kami dah terlalu penat (aku dah basah lencun peluh hoi), maka tak sempat lah nak jumpa sorang lagi ahli The Memuah itu.

Salam salam, cium cium, terus tuju Bangi. Hala balik kami guna LEKAS yang sememangnya sesuai untuk orang yang nak lekas. Sampai Bangi, ambil barang kat rumah Hemy kemudian berpecah ke sarang masing-masing.

Nah, sekeping gambau sebagai bukti. Ini aku cilok Hemy punya. Aku belum sampai seru lagi nak edit gambau. HAHA.

Photobucket

notakaki: items dalam goodies bag memang sedap.

Sunday, January 1, 2012

entry cliche sempena tahun baru 2012...

hari ni: 1 Januari 2012.
hari pertama untuk tahun baru.
(lupakan filem 2012 yang sekadar hiburan itu)

bila sebut pasal tahun baru, benda-benda cliche yang selalu datang on the spot dalam kepala otak adalah (1) sambutan tahun baru, (2) azam tahun baru & (3) memori tahun sebelumnya. setakat ni, itu je yang terfikir dalam fikiran aku.

bercakap pasal sambutan tahun baru, yeah, biasanya ramai yang eksaited nak sambut.
pesen yang eksaited terlebih ni biasanya golongan #BBNU.
takpe lah, biarkan mereka menikmati zaman remaja.
aku dulu pun sama jugak. sanggup redah The Curve yang maha sesak tu.
first time ever lah katakan.

semalam punya sambutan, err bukan sambutan pun sebenarnya.
aktiviti malam tadi adalah makan-makan bersama keluarga Zaren sempena birthday dia 17 Disember tahun lepas.
(cewah. tulis tahun lepas bunyi macam dah lama gila je)
sembang sembang cerita itu ini sambil layan bola Blackburn vs padan-muka-MUrah-kalah-haha!
makan lagi sembang lagi sedar-sedar dengar bunyi bunga api dari The Curve sebab kami makan kat Rasta TTDI.
ada yang kata sambutan tahun baru paling bermakna adalah bersama keluarga.
dah keluarga sendiri jauh sangat, tumpang keluarga orang lain pun jadi lah.

bila bercakap pasal azam pulak, hah! yang ini paling popular.
soalan ni sangat selalu digunakan oleh wartawan-wartawan untuk diajukan kepada artis-artis; cliche.
nak makin itu lah, nak makin ini lah.
kat facebook/twitter pun banyak je yang post pasal azam tahun baru masing-masing.
(termasuk lah aku. tapi aku cakap satu je. hihi)

tapi kan, tak ramai yang aku kenal/tahu, yang betul-betul capai azam masing-masing.
ada yang berazam nak berhenti merokok, sampai sekarang pun masih merokok.
ada yang berazam nak tamatkan zaman bujang, sampai sekarang pun masih bujang.
ada yang berazam nak kurus, sampai sekarang pun tak kurus jugak.
ada yang berazam nak itu ini, sampai sekarang pun itu ini jugak.
jawapan yang cliche: kita yang merancang, Tuhan yang menentukan. agreed!

aku?

tak pernah ada azam kot. ke ada? lupa dah.
kalau ada, azam aku untuk 2012 adalah untuk ingat balik apa azam aku untuk tahun-tahun sebelum ni.
(yang masih belum terlaksana sahaja)

perkara paling last : memori tahun sebelumnya, or to be exact, memori 2011.
kalau nak selak balik satu-satu, banyak woh.

tahun lepas, macam orang lain, banyak benda dah berlaku.
kehidupan peribadi adalah normal. kenal kawan-kawan baru, bertukar-tukar status, ahli keluarga bertambah, normal things, u know.
lagi, jatuh motor lagi.
lagi, tukar kerja lagi. (15 hari sebelum tahun baru)
yang paling aku ingat; vacation. haha!
Krabi checked, Mabul checked, Bandung checked, Jakarta checked, Surabaya checked, Jogjakarta checked & Singapura checked untuk kali kedua.
dan untuk tahun ni, vacation akan dikurangkan. kot?

tahun lepas jugak ramai kawan-kawan yang dah kahwin/ada anak.
Alhamdulillah. untung lah dah boleh potong satu matlamat hidup.
ada jugak yang dah beli kereta. yang tukar kereta pun ada, yang dah beli rumah puuunnn ada.
uish, kaya kaya.

drama Melayu toksah cakap lah, berlambak, bersiri-siri.

senang kata, banyak bebenor perkara yang berlaku disekeliling sepanjang 365 hari yang lepas.
pahit, manis, masam , masin, pahit nepang, tawor heber, kelat, pedas dessik, semua ada.
bila dah campur semua rasa, baru lah kehidupan namanya.
Life is a story, aite?

eh, panjang pulak aku duk taip entry ni.
biasalah, sekali sekala taip entry ikut sedap jari, macam ni lah jadinya.
padahal tengah demam + sakit tekak + batuk + selsema ni <-- ayat mintak simpati.

pape hal, SELAMAT TAHUN BARU 2012. *cliche*
semoga menjadi manusia yang boleh digunakan pada masa hadapan.

notakaki: damn! tahun ni aku dah suku abad.

Thursday, July 22, 2010

henti berhenti terhenti Perhentian

hampir-hampir 2 minggu lepas aku gi Pulau Perhentian. pulau ni kat Terengganu, negeri gua beb. tapi ni baru kali pertama aku jejak kaki kat pulau ni. usahkan pulau ni, Pulau Kapas yang nampak dari depan rumah pun aku tak pernah jejak kaki lagi. sebab, aku sendiri pun asal dari pulau ; Pulau Kerengga. tapi pulau atas darat je lah. haha.

petang Jumaat aku, Joe, Shipa dan Ramiza sampai kat Lapangan Terbang Kota Bharu. nama rasmi dia aku tak ingat lantaklah. keluar dari airport naik teksi ke stesen bas kat Kota Bharu dulu. stesen bas ni pun aku tak ingat nama dia lantaklah sekali lagi. tambang teksi ni RM 27 ke stesen bas tu. tiket flight pergi balik kami pun baru RM 19. lepak jap kat sana sementara menunggu kawan Joe datang amek untuk ke Kuala Besut.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

malam tu kami tidur kat Kuala Besut dulu. kat sini ada stesen bas sebelah jeti. senang lah untuk siapa-siapa yang naik bas. awal pagi Sabtu kami dah terpacak kat jeti untuk ke pulau. sebelum masuk pulau kenalah bayar cukai pulau dulu RM5 bai. tambang bot pun agak murah, RM60 untuk pergi balik. ouh, kawan Joe si Amin pun join kami sekali.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

kami gi pulau kecik punya version, stay kat Long Beach. masa nak sampai, semua dah whoah cantik gila air jernih nak mampus air laut lawa siot kaler turqoise. memang betul cantik. laut kat kampung aku pun tak jernih macam ni. sampai kat pantai angkat beg apa semua, terus ke chalet. kami duk kat Matahari Chalet (Medil, kawe promote chalet demo ni). lama jugak menunggu masuk chalet sebab orang ramai. sementara menunggu bilik, tukar baju gi mandi laut dulu lah. dah tak sabar kot.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

dah dapat chalet, simpan barang apa semua terus gi snorkeling. gila ah comel ikang-ikang dan karang ni. kalerful. lepas tengok ikan, gi kejar penyu pulak. tapi penyu ni pesen malu-malu, tak nak naik atas. nampak kelibat sekor, semua pakat kejar. berhenti rehat jap untuk makan tengah hari. perut dah penuh, masa untuk main kejar-kejar dengan jerung. nasib baik jerung tu tak kejar kami balik. jadinya balik ke chalet masih bertangan 2 dan berkaki 2.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

petang tu kami jalan-jalan kat Long Beach. nama nak international mentang-mentang mat saleh minah saleh bersepah sana sini. nama asal Pasir Panjang kot. dengar cerita Long Beach ni pantai paling panjang kat Perhentian Kecil ni. sebab tu nama dia Long Beach. bukan sebab pasir dia panjang-panjang macam beras Faiza tu.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

agak-agak nak senja kami naik bukit rentas pulau untuk ke Coral Bay a.k.a Pantai Romantik. kat sini boleh tengok sunset. tapi tak berapa nak sunset sebab ada awan. malam-malam takde aktiviti sangat untuk dibuat. lepas makan lepak kat pantai layan open pub tengok orang main api. nak telefon ibu-ibu bapak-bapak pun boleh lah sebab kat pantai je ada coverage.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

pagi Ahad tengok sunrise lepas tu terus mandi laut. nikmat woh mandi laut pagi-pagi. matahari dah tinggi baru naik breakfast. lepas Amin balik, kami gi kat kincir angin atas bukit belakang chalet. haha padan muka Amin tak sempat naik bukit.

semalam dah main laut, hari ni kita main darat pulak. mak aih, penat kut naik bukit ni. penat sikit dari naik Broga. berbaloi lah naik bukit ni sebab boleh tengok view laut cantik gila. pantai bawah kincir tu pantai Lagun nama dia. Joe kata tu tempat shooting iklan Peter Stuyvesant dan filem Berlari Ke Langit. Air laut kat Lagun lagi jernih woh. sanggup turun 571 anak tangga ke jeti pastu celup-celup kaki kat jeti pastu terus ke pantai pastu *kebush* mandi laut. berapa banyak pastu aku taip ni.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

tengah hari balik makan nasi putih tomyam daging paprik telur dadar minum Snickers ice blended terbayek woh. petang tu lepak-lepak sambil ushar souvenir. mahal kot sourvenir kat pulau. jadi tak ada sourvenir untuk kawan-kawan. harap maaf. keesokkan semua bangun lambat sebab malam tu tengok Final World Cup. kemas-kemas barang terus naik bot balik Malaysia eh balik tanah besar.

sampai darat masing-masing melilau cari nasi berlauk sebab kat pulau banyak makan western aje. kemudian Joe dengan rela hati menghantar ke Kota Bharu. sempat ah pusing-pusing derap-derap dalam Bandaraya Islam tu kejap. diulangi Bandaraya Islam.

Photobucket
Photobucket

malam tu tidur kat Kota Bharu. sempat lepak ngan kawan kami, Muadz yang kerja sana. dia bawak kami jalan-jalan kat Wakaf Che Yeh last-last dia sendiri yang shopping beratus-ratus. jalan punya jalan punya jalan terserempak pulak dengan Ajip. jauh nau tempat terserempak. Muadz dan Ajip ni dua-dua kawan dari UTeM dulu.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Pagi Selasa Muadz datang ambil pastu terus ke airport. naik flight 50 minit tidur sedar-sedar dah sampai LCCT. balik dari pulau ni biasa lah kalau sunburn. tapi aku tak heran pun sebab aku dah sedia kala sunburn. sunburn tak sunburn, janji puas hati.

notakaki : penat tak baca/tengok gambar entry panjang? haha
penghargaan : terima kasih kepada Joe selaku pemandu pelancong dan pemurah kos percutian. LOL

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.