Lebih kurang 2 bulan blog ni tak ber-update. Saja. Malas. Siang kerja, malam kat rumah internet slow nak meninggal. Jadi sementara aku tengah stuck nak buat kerja yang mana satu ni, boleh pulak aku terfikir nak update blog. Maka ter-update lah blog ini selepas 2 bulan. Itu pun last entry pasal trip ke Bangkok bulan 9 tahun lepas.
Dalam masa 9 bulan ni, takde apa yang berubah sangat. Badan je lah makin semangat. Bila aku cakap semangat, sendiri imagine lah. Kah kah kah! Biasa lah manusia, resminya makin membesau, bukan makin mengecik.
Hal kerja, macam biasa memang takkan pernah habis. Tahun baru, leader baru, team baru, client baru, work station baru. Tapi perangai tetap tak berubah. Kerja sambil ber-twitter. Baru lah tahu cerita semasa orang sekeliling. Boleh tahu kawan-kawan check in 4sq kat mana, boleh tahu kawan-kawan makan apa (sebab dia bubuh dalam Instagram).
Hal keluarga dan kawan-kawan, ada yang gembira ada yang berduka. Hidup ni kan cerita, ada scene happy happy gelak ketawa sakan, ada jugak sebaliknya. Apa-apa hal, semangat kena kuat. Orang kata tak hidup dek puji, tak mati dek keji.
Apa lagi aku nak mengarut sebelum turun lunch ni? Nanti lah aku sambung. Mungkin lepas 2 bulan lagi. HAHA
Tuesday, June 18, 2013
2 bulan.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 1:05 PM 4 tukang komen
Labels: capcai, dari dalam diri, taip laju-laju
Sunday, January 1, 2012
entry cliche sempena tahun baru 2012...
hari ni: 1 Januari 2012.
hari pertama untuk tahun baru.
(lupakan filem 2012 yang sekadar hiburan itu)
bila sebut pasal tahun baru, benda-benda cliche yang selalu datang on the spot dalam kepala otak adalah (1) sambutan tahun baru, (2) azam tahun baru & (3) memori tahun sebelumnya. setakat ni, itu je yang terfikir dalam fikiran aku.
bercakap pasal sambutan tahun baru, yeah, biasanya ramai yang eksaited nak sambut.
pesen yang eksaited terlebih ni biasanya golongan #BBNU.
takpe lah, biarkan mereka menikmati zaman remaja.
aku dulu pun sama jugak. sanggup redah The Curve yang maha sesak tu.
first time ever lah katakan.
semalam punya sambutan, err bukan sambutan pun sebenarnya.
aktiviti malam tadi adalah makan-makan bersama keluarga Zaren sempena birthday dia 17 Disember tahun lepas.
(cewah. tulis tahun lepas bunyi macam dah lama gila je)
sembang sembang cerita itu ini sambil layan bola Blackburn vs padan-muka-MUrah-kalah-haha!
makan lagi sembang lagi sedar-sedar dengar bunyi bunga api dari The Curve sebab kami makan kat Rasta TTDI.
ada yang kata sambutan tahun baru paling bermakna adalah bersama keluarga.
dah keluarga sendiri jauh sangat, tumpang keluarga orang lain pun jadi lah.
bila bercakap pasal azam pulak, hah! yang ini paling popular.
soalan ni sangat selalu digunakan oleh wartawan-wartawan untuk diajukan kepada artis-artis; cliche.
nak makin itu lah, nak makin ini lah.
kat facebook/twitter pun banyak je yang post pasal azam tahun baru masing-masing.
(termasuk lah aku. tapi aku cakap satu je. hihi)
tapi kan, tak ramai yang aku kenal/tahu, yang betul-betul capai azam masing-masing.
ada yang berazam nak berhenti merokok, sampai sekarang pun masih merokok.
ada yang berazam nak tamatkan zaman bujang, sampai sekarang pun masih bujang.
ada yang berazam nak kurus, sampai sekarang pun tak kurus jugak.
ada yang berazam nak itu ini, sampai sekarang pun itu ini jugak.
jawapan yang cliche: kita yang merancang, Tuhan yang menentukan. agreed!
aku?
tak pernah ada azam kot. ke ada? lupa dah.
kalau ada, azam aku untuk 2012 adalah untuk ingat balik apa azam aku untuk tahun-tahun sebelum ni.
(yang masih belum terlaksana sahaja)
perkara paling last : memori tahun sebelumnya, or to be exact, memori 2011.
kalau nak selak balik satu-satu, banyak woh.
tahun lepas, macam orang lain, banyak benda dah berlaku.
kehidupan peribadi adalah normal. kenal kawan-kawan baru, bertukar-tukar status, ahli keluarga bertambah, normal things, u know.
lagi, jatuh motor lagi.
lagi, tukar kerja lagi. (15 hari sebelum tahun baru)
yang paling aku ingat; vacation. haha!
Krabi checked, Mabul checked, Bandung checked, Jakarta checked, Surabaya checked, Jogjakarta checked & Singapura checked untuk kali kedua.
dan untuk tahun ni, vacation akan dikurangkan. kot?
tahun lepas jugak ramai kawan-kawan yang dah kahwin/ada anak.
Alhamdulillah. untung lah dah boleh potong satu matlamat hidup.
ada jugak yang dah beli kereta. yang tukar kereta pun ada, yang dah beli rumah puuunnn ada.
uish, kaya kaya.
drama Melayu toksah cakap lah, berlambak, bersiri-siri.
senang kata, banyak bebenor perkara yang berlaku disekeliling sepanjang 365 hari yang lepas.
pahit, manis, masam , masin, pahit nepang, tawor heber, kelat, pedas dessik, semua ada.
bila dah campur semua rasa, baru lah kehidupan namanya.
Life is a story, aite?
eh, panjang pulak aku duk taip entry ni.
biasalah, sekali sekala taip entry ikut sedap jari, macam ni lah jadinya.
padahal tengah demam + sakit tekak + batuk + selsema ni <-- ayat mintak simpati.
pape hal, SELAMAT TAHUN BARU 2012. *cliche*
semoga menjadi manusia yang boleh digunakan pada masa hadapan.
notakaki: damn! tahun ni aku dah suku abad.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 12:59 PM 7 tukang komen
Labels: capcai, dari dalam diri, taip laju-laju, tulis panjang-panjang
Monday, October 31, 2011
#30HariTanpaRokok
baca tajuk pun dah tahu isi entry dia ye dok? lagi-lagi lah kalau korang yang sedang baca ni adalah pengikut aku dalam Twitter dan/atau kawan dalam Facebook. dari pagi tadi aku duk bagitahu pasal benda alah ni. sekarang aku bagitahu dalam blog pulak. haha! *kalau menyampah sila gi buang sampah LOL*
sehingga semalam, genap lah 30 hari aku tak hisap rokok. tak percaya? aku sendiri pun tak percaya aku boleh tak sentuh rokok sampai 30 hari. seksa kau tahu tak perasaan menahan sangap? tapi untuk 3,4 hari pertama je sangapnya sangat kuat. lepas tu dah boleh control dah.
bila aku start kempen #30HariTanpaRokok aku ni dulu, banyak soalan yang aku dapat. antaranya;
(1) kenapa nak berhenti merokok?
aku percaya semua perokok tegar ada keinginan nak berhenti merokok. dan aku percaya semua perokok tahu keburukan merokok. so atas sebab tu lah aku cuba nak berhenti.
(2) tapi kenapa 30 hari je? kenapa tak berhenti terus?
kau ingat senang ke nak berhenti secara mengejut. nak berhenti 3 hari tu pun susah woi. ini bukan auta, ini pengakuan kawan-kawan aku ler. aku dulu pun susah jugak nak berhenti walaupun 3 hari. 30 hari tu adalah tempoh percubaan untuk diri sendiri dan nampak gayanya aku berjaya.
lagi pun bulan lepas aku berjaya mencabar diri sendiri dengan cabaran #30HariTanpaAis. so bulan Oktober ni cuba cabaran lain pulak.
berhenti terus? boleh je. ni sekadar nak tengok kemampuan diri je.
(3) macam mana kau boleh berhenti? apa petua?
soalan ni berbalik kepada perokok tu sendiri. macam brader opis aku a.k.a Adam cakap "walau banyak mana pun nasihat/petua orang kasi kat kau, tapi kalau kau tak nak ikut tak guna jugak. semua tu berbalik kepada diri sendiri". bernas, padat & tepat.
dulu pun aku pernah cuba nak berhenti merokok selama seminggu. tapi tak berjaya sebab selama seminggu tu bocor juga 2 batang aku hisap.
tapi kali ni aku semacam nekad. aku semat dalam kepala otak, start 12 malam 1 Oktober 2011 aku nak berhenti. kebetulan pulak malam tu rokok aku tinggal sebatang je saki-baki rokok balik dari Surabaya/Jogjakarta itu hari. dan aku berjaya tak hisap rokok sampai 12 malam 31 Oktober 2011.
(4) tak susah ke nak berhenti?
macam aku cakap tadi lah. susah dia masa mula-mula tu je. tangan gatal je nak gi beli rokok. tapi bila dah berjaya kawal pembelian rokok, datang pulak godaan lain. aku ni hidup dikelilingi perokok-perokok. hampir semua housemate & officemate adalah perokok. bila time melepak kat rumah/pantry tahan je lah sangap tu. ada jugak yang pesen hulur-hulur rokok. saja je kasi goyah iman aku ni. tapi aku berjaya tepis tindakan keji mereka.
*banyak lagi soalan lain tapi aku lupa dah haha*
sepanjang 30 hari aku tak merokok, banyak benda berubah sebenarnya. paling jelas, yeah, aku makin gemuk. bila dah tak merokok, selera tu makin naik. adoiyai. makan aje kerja aku. sangap rokok boleh pulak aku tahan, tapi selera makan tak boleh. haha. takpe takpe. gemuk boleh dikuruskan *sedapkan hati sendiri*
selama 30 hari ni jugak, banyak dapat simpan duit. obvious sangat kot sampaikan dah dapat gaji bulan ni pun gaji bulan lepas ada lebih lagi. *muahahaha*. mana tak lebih, nak cecah MYR 200 jugak lah aku boleh simpan. (sorry lah tak dapat belanja, aku dah habiskan dengan bershopping kat The Curve semalam haha)
ini adalah anggaran kasar aku punya belanjawan rokok bulanan.
sekotak Winston Merah : MYR 8.50
purata kadar penghisapan rokok 3 hari : 2 kotak (MYR 17)
30 hari : MYR 170
banyak woh MYR 170 (banyak lah bagi orang miskin macam aku ni haa). itu kalau purata 2 kotak untuk 3 hari. kalau hujung minggu confirm lebih sebab biasanya kalau aku melepak aku boleh habiskan sekotak satu malam. *uhuk uhuk sakit dada*
banyak sebenarnya kebaikan dia selain dari menjimatkan duit. jadi kepada sesiapa yang rasa nak berhenti tu, kuatkan iman masing-masing lah yer. semoga berjaya.
ouh ye sebelum terlupa. terima kasih lah kepada semua yang ucap tahniah kat Twitter/Facebook tadi. siap ada yang nak kasi kek sebagai hadiah. *lap air mata terharu*
notakaki : pagi tadi masa kat pantry aku pow rokok officemate. dia punya feeling serupa macam mula-mula belajar hisap rokok dulu. tekak rasa pahit lain macam.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 3:40 PM 16 tukang komen
Labels: dari dalam diri, taip laju-laju
Thursday, August 18, 2011
suku abad - 1
muda lagi kan?
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 1:48 AM 9 tukang komen
Labels: capcai, dari dalam diri, taip laju-laju
Monday, July 25, 2011
checklist sebelum menjadi suku abad - 1...
Bulan OGOS
* Suka berlawak. TAK PASTI
* Mudah tertawan padanya. YA
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. TEPAT SEKALI
* Berani dan tidak tahu takut. TEPAT BANYAK KALI
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. MUNGKIN
* Pandai memujuk orang lain. KADANG-KADANG
* Terlalu pemurah & bersikap ego. YER KOT
* Nilai harga diri yang sangat tinggi. YA
* Dahagakan pujian. FITNAH NI
* Semangat juang yang luar biasa. SANGAT TEPAT
* Cepat marah & mudah mengamuk. TERPAKSA SETUJU
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan. NI PUN TERPAKSA SETUJU
* Sangat cemburu. TAKKKKK
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti. MEMANG BETUL
* Cepat berfikir. TAK PASTI
* Fikiran yang berdikari. BETUL BETUL BETUL
* Suka memimpin & dipimpin. YEZZA
* Sifat suka berangan. JARANG-JARANG
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. SEBAHAGIAN
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. TIDAKKK
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. BETUL
* Belajar untuk bertenang. SETUJU
* Sikap kelam kabut. SUPER SETUJU
* Suka mencari kawan BOLEH LAH
* Romantik, pengasih dan penyayang. SUPER DUPER SETUJU
babai kerja yang mentensenkan gua. gua nak blah dari Malaysia sekejap.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 9:07 PM 7 tukang komen
Labels: benda gila, dari dalam diri, ke'puah'san, taip laju-laju
Thursday, April 21, 2011
encree-dible.
selepas digugel-gugel, dikaji-kaji, dan kelmarin telah dibelek-belek dan dipegang-pegang kat DiGi Store Sunway Pyramid, aku rasa macam tak best pulak. rasa macam ada something wrong somewhere. *spiking siak*
ke aku patut bersabau dan tunggu Samsung Galaxy S2 kat bawah ni yang dengar kata akan masuk Malaysia bulan 6 ni?
notakaki : Samsung Galaxy Tab pun cun jugak. iPhone4 pun menawan jugak. arghhh~
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 11:24 AM 8 tukang komen
Labels: capcai, dari dalam diri
Tuesday, April 5, 2011
serius kompius.
sementara menunggu dieorang sampai, aku cucuh winston dulu sebatang. untuk mengisi masa lapang orang kata. kat bangku sebelah ada 2 orang brader tengah smokok jugak. tengok dari segi pemakaian memang gaya ready nak main dah tu. pastu datang seorang pakcik bersembang dengan brader-brader tu.
"datang main jugak ye kome. ingatkan tak jadi"
"jadi lah haji. kan dah janji" salah seorang brader tu membalas.
"bagus korang main badminton ni. bukan macam main bola sepak. dia sepak, dia kejar. pastu dia sepak lagi, dia kejar lagi. entah apa-apa."
brader 2 orang tu mengangguk seraya gelak-gelak kecil.
dalam hati aku "bukan ke lebih kurang bola sepak dengan badminton? shuttlecock tu sampai kat kau, kau pukul. dapat lagi, pukul lagi"
kompius jugak aku dengan statement pakcik tu. kompius sampai masuk ke dalam dewan. tapi takde lah sampai mengganggu performance aku. banyak menang daripada kalah lah senang cakap. tapi memang kompius ah dengan statement pakcik tu. serius kompius.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 1:17 PM 8 tukang komen
Labels: dari dalam diri
Thursday, March 10, 2011
Persatuan Salah Cakap
lepas makan gi balik pejabat pos. ngam-ngam pulak aku sampai kena dengan nombor giliran aku. terus gi ke brader kat kaunter.
"yer encik"
"nak renew saman" sambil buka dompet ambil lesen.
"huh? nak bayar saman kena gi kaunter khas sebelah sana"
"eh silap. nak renew lesen"
aku buat muka tak tahu jer. lantak lu lah brader kaunter nak gelak ke apa. susah betul kalau dah tercampur-adukkan kerja dengan kehidupan seharian ni.
notakaki : lagi salah cakap di Persatuan Salah Cakap.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 2:49 PM 10 tukang komen
Labels: dari dalam diri
Monday, March 7, 2011
pengaruh rakan serumah...
gua bukan peminat fanatik MU seperti yang digembar-gemburkan sebelum ni.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 11:33 AM 8 tukang komen
Labels: capcai, dari dalam diri
Tuesday, September 21, 2010
Snippet Syawal
1. lepas raya perut makin kembung sebab banyak makan. poket pulak makin kempis sebab pitih banyak habis.
2. walaupun poket kempis, tapi rezeki makin murah. ada je jemputan ke rumah terbuka. yang tak buka pun, kita bukakan aje.
3. walaupun makan dengan kuantiti yang banyak, seluar still maintain pakai macam biasa.
4. maaf lah kepada tuan rumah open house yang aku hadiri kerana menghabiskan kuih raya korang terutamanya almond london. maklumlah, saya hantu kuih raya.
5. maaf jugak kepada kawan-kawan yang nak datang beraya ke rumah aku. hari raya pertama aku sibuk beraya ke rumah saudara-mara. hari raya kedua menyibukkan diri di rumah terbuka kakak #1. hari raya ketiga aku dah blah ke Temerloh.
6. perasan tak, nak tunggu raya rasa macam bapak lama gila. lepas raya tak sedar dah raya ke 12.
7. masjid-masjid akan kembali lengang, tak macam awal Ramadhan dulu.
8. eh kejap. kalau namanya 'rumah terbuka', maknanya semua orang boleh datang lah kan?
9. lepas raya ni aku bet semua pekerja jadi lemau dan malas. cuti seminggu lebih, mana tak malas kan.
10. sebab malas lah aku buat entry pakai format snippet jer. idea nak update sokmo tak mari.
notakaki : aku belum start puasa 6 ni.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 12:30 PM 15 tukang komen
Labels: dari dalam diri
Thursday, May 13, 2010
susah betul jadi bongsu...
ini gigi bongsu aku. ya, aku punya. nama aku terpampang kat bawah xray tu. 2 hari lepas aku gi xray kat HKL sebab mesin xray kat Hospital Serdang rosak dah setahun lebih.
kalau kau tengok barisan gigi bawah hujung belah kiri, gigi bongsu ni sekor jer tumbuh melintang. berserenjang pulak tu. maka, ada gaung di antara dua gigi. itu pasal lah setiap kali lepas makan daging gusi kat situ akan berdenyut-denyut. kadang-kadang boleh cecah 7.3 skala richter jugak dia punya denyut.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 11:06 AM 27 tukang komen
Labels: dari dalam diri
Thursday, April 29, 2010
halwa telinga...
jangan salahkan aku kalau aku asyik ulang lagi ni dari pagi sampai pagi esok nya. ni semua salah John. asal naik kereta dia je dengar lagu ni. dengar lagu ni je mesti dalam kereta John.
nak dengar? meh sini.
aku pun anti jugak dengan lagu indon kadang-kadang. err, lagu ni terkecuali lah kut.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 9:50 AM 15 tukang komen
Labels: dari dalam diri
Thursday, April 22, 2010
2 jenis pesen...
iteww pesen taip kecik besar kecik besar. adew jugak pesen tambah dabel-u kat belakang. penambah rasa agaknyew. kalau baca ikut cara ejaan, tak ke muncung mulut jadinyew? kat manew-manew pun boleh jumpa. dalam facebook pun adew. kalau baca dalam blog takde lew menyampah sangat, tapi kalau tengah chatting pun nak guna ayat-ayat macam iteww, nak jew aku ketuk atas kepalew.
notakaki : ada pesen lain yang aku tak tahu?
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 10:18 AM 24 tukang komen
Labels: dari dalam diri
Tuesday, March 23, 2010
snippets pasal diri sendiri...
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 1:32 AM 14 tukang komen
Labels: dari dalam diri
Friday, December 11, 2009
memang takde pengalaman!
sekarang aku tengah atas-talian kat rumah Johan.
sebab? sebab rumah aku takde internet.
ini semua P1 W1max punya pasal.
gebang dalam iklan tv pung pang pung pang.
bila dah ramai orang pakai, mula lah konjested.
sudahnya, aku tak boleh atas-talian kat rumah.
macam haram.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 6:25 PM 20 tukang komen
Labels: dari dalam diri
Tuesday, November 24, 2009
1 perkataan...
sibuk.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 2:32 AM 15 tukang komen
Labels: dari dalam diri
Wednesday, October 21, 2009
ini mungkin sekali seumur hidup...
sebelum raya masa semua orang duk teruja nak sambut raya, budak-budak UTeM kebanyakannya lebih teruja membuat persiapan untuk berkonvo bila kad jemputan konvo sampai di rumah masing-masing. sekali seumur hidup kut. yang dah diploma lain cerita lah. cuti raya pun semua stok ambil sikit-sikit je sebab nak simpan untuk konvo.
hari Khamis dan Jumaat semua menuju ke Melaka untuk urusan pengambilan jubah apa semua. hari Sabtu bermulanya majlis konvokesyen sesi pertama pada sebelah pagi dan sesi kedua pada sebelah petang. aku, Shipa dan Zaren juga menyibukkan diri untuk menunggu Mija, Melur dan kawan-kawan yang lain keluar dari dewan dengan muka yang berseri-seri.
hari Ahad, pagi-pagi lagi sudah terpacak di Dewan Besar. menunggu giliran menerima skrol dari TYT Melaka. sumpah bosan duk dalam dewan. ketika ini, aksi-aksi camwhore mula berlaku walaupun sebarang kamera tidak dibenarkan. sempat mengupdate status Facebook dan membalas sms daripada Encik Basir, Kak Erina, Zara, ex-kapel dan lain-lain yang mengucapkan tahniah. lebih kurang pukul 1 tengah hari baru keluar. terima kasih kepada keluarga untuk jambangan bunga, Zaren untuk teddy flower, Mija untuk teddy bear dan mak Shipa untuk bunga ros merah.
terima kasih kepada ahli keluarga yang datang dari Terengganu.
terima kasih juga kepada Mija kerana menjadi jurugambar rasmi pada hari itu. aksi-aksi melompat terlentang atas rumput baling jubah semua aku dah upload kat Facebook.
notakaki : sebelum cerita konvo jadi basi, baik aku update cepat-cepat walaupun mood mengupdate langsung tak mari.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 12:49 AM 16 tukang komen
Labels: dari dalam diri
Saturday, September 19, 2009
esok atau lusa, kita tetap akan raya...
ramai orang kata esok akan raya.
tapi kalau esok raya, maknanya kita puasa tak cukup 30 hari.
tak kira esok atau lusa, kita semua tetap akan beraya jugak.
kepada yang pertama kali beraya sebagai manusia bergaji, ya kita berada dalam kasut yang sama.
raya punya pasal, kepala pening memikirkan bajet.
raya punya pasal, badan penat ulang alik Sogo untuk beli handbag, purse, kasut, seluar apa semua untuk ahli keluarga.
raya punya pasal, hati risau takut-takut bos tak luluskan cuti.
kepada yang terpaksa bekerja pada 1 Syawal, pandai-pandai la korang melaksanakan tugas masing-masing sambil makan kuih raya (itu pun kalau ada) dan mengesat air mata. haha.
di kesempatan yang ada ni, (malam nanti kang akak aku nak guna broadband dia ni) aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kawan-kawan yang ada.
kawan yang pernah kenal muka, atau kawan yang langsung aku tak pernah jumpa muka, aku nak mintak maaf kalau ada salah silap.
semoga Hari Lebaran yang tiba akan memberi keberkatan dan kegembiraan kepada kita semua. InsyaAllah.
psst : banyak kerja menanti di rumah, tak sempat nak design kad raya elektronik. ni je idea paling kreatif aku boleh fikir. haha.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 3:56 PM 10 tukang komen
Labels: dari dalam diri
Thursday, August 27, 2009
sabor aje lah...
pukul 6 petang, hakim mesej bagitahu dia dan budak-enjin lagi sorang berbuka di rumah bos mereka. secara auto nya aku menerima ajakan mija dan shipa. terpaksa. gila apa nak berbuka sorang-sorang kat rumah bujang. jiran-jiran semua kebanyakannya bukan bumiputera, apatah lagi nak mengamalkan sistem barter bertukar-tukar kuih.
sampai rumah, tukar baju apa semua, start motor terus menuju ke Sunway. langit dah gelap. bukan kelabu lagi dah, dah gelap gelemat dah. haish, sempat ke tak sampai ni? takpe, langit yang gelap itu mungkin langit di atas Menara KL, atau langit antara dua menara KLCC. aku pecut lagi dan lagi dan lagi. tiba di depan Tesco Puchong, sangkaan aku salah rupanya. T_T
siapa sangka, siapa menduga, (sekali keluar lagu liza hanim apsal?) hujan turun dengan lebatnya. ah tidak. untuk teruskan ke Sunway, memang tidak sekali-kali. terpaksa patah balik ke rumah. nak singgah param pun tak boleh. hujan memang lebat. tak tipu.
jadi semalam terpaksa berbuka dengan air masak, kurma dan winston sahaja. budak-budak enjin balik baru dapat makan mee goreng. tsk tsk tsk.
notakaki : dah 3 hari tak makan nasik. patut lah raba-raba perut macam dah kempis.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 1:45 PM 27 tukang komen
Labels: dari dalam diri
Sunday, May 10, 2009
entry untuk mak...
orang tahu mak takkan baca entry ni. sebab kat rumah takde komputer atau laptop, apatah lagi internet. kalau ada semua tu pun, mak tak tahu nak buka blog saya. nak balas sms saya pun mak tak tahu, inikan pula nak tinggalkan komen atau tinggal jejak kat chatbox. takpe lah. orang nak buat jugak entry ni sebab esok hari ibu. nanti apa pulak kata blogger-blogger yang lain bila orang tak buat entry pasal hari ibu. tapi itu bukan sebab orang buat entry ni. orang buat semata-mata orang sayang mak.
walaupun orang tak pernah ucap yang orang sayang mak, tapi orang memang sayang mak. jasa, kasih sayang dan pitis mak memang tak terbalas. mak tak pernah nak minta balasan untuk semua tu. tapi orang tetap nak balas jasa mak. duit yang orang masukkan dalam bank mak tiap-tiap bulan tu, masih tak dapat membalas kasih sayang dan pitis yang mak kasi masa kecik-kecik dulu. sekurang-kurangnya dengan pitis tu, mak boleh beli baju lip lap lip lap, walaupun tak lepas nak beli gelang emas sampai ke siku. itu je yang orang mampu balas buat masa sekarang. nanti bila orang dapat kerja gaji cecah 3 ribu sebulan, orang ganti TV flat screen dengan TV LCD plasma yang mak mengidam tu.
bila perhatikan cara kakak#1 uruskan 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan, baru orang tahu mak dulu lagi susah nak besarkan orang dengan 8 lagi anak-anak. 9 orang anak, 9 jenis perangai mak kena handle. orang minta maaf kalau dulu orang ada buat mak terasa hati. ok, bukan kalau. memang orang pernah menyakitkan hati mak. orang minta maaf untuk setiap air mata mak yang jatuh kerana orang. orang minta maaf jugak untuk kenakalan orang masa kecik-kecik dulu. terima kasih sebab mak jarang mengasuh orang dengan tali pinggang ayah dan rotan ada bulu ayam tu. terima kasih untuk bebelan mak yang panjang-satu-kilometer dan pernah mencatat rekod sampai 3 hari 3 malam berturut-turut. kerana bebelan mak tu lah orang boleh
orang ingat esok orang nak telefon mak nak ucap selamat hari ibu. tapi orang rasa segan lah pulak. sebelum ni orang tak pernah ucap pun. tambah lagi, orang tak pernah tahu pun bila tarikh sebenar hari ibu. itu pun semalam baru orang tahu masa lepak dengan hakim, joe, rijal, baang, semy, majin, mamu, mamat, ardy dan mat wey kat seksyen 7, shah alam.
walaupun orang tak tahu tarikh hari ibu, tapi orang ingat sokmo kat mak. walaupun orang telefon seminggu sekali, atau sebulan sekali, itu bukan bermakna orang tak ingat kat mak. bagi orang, selama mana orang masih bernafas, selama mana darah mak dan ayah masih mengalir dalam badan orang ni, selama mana orang hidup, selama itu lah hari-hari orang ni adalah hari ibu.
orang nak tempek gambar mak kat sini, tapi semua gambar mak ada dalam hard disk lagi satu. hard disk tu pulak dah korap. tsk. nanti bila orang dah beli benda-besar-tergantung-kat-leher tu, orang ambik gambar mak banyak-banyak. lepas tu orang tempek kat sini biar semua orang kenal dengan Hajjah Fatimah binti Jusoh, mak orang yang tersayang.
terima kasih untuk semua jasa, kasih sayang dan pitis mak.
selamat hari ibu, mak.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 5:07 AM 29 tukang komen
Labels: capcai, dari dalam diri, tulis panjang-panjang