Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Sunday, November 29, 2009

Hari Raya Aidiladha tetap meriah walaupun...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

kesian betul keluarga sepupu aku ni. Hari Raya Haji tahun ni macam ni pesen cara sambutan. nasib baik lembu yang ditambat depan rumah tak lemas. habis 'kecut-berut' kaki aku berdiri dalam air sambil menggoreng daging.

tak sempat nak tembak upacara penyembelihan lembu sebab bateri kamera habis. lupa nak cas. sampai rumah dari Puchong pukul 11 malam. sampai je terus tidur. penat weh duk dalam kereta 11 jam.

harap-harap tetamu yang hadir takde kena taun ke apa. setakat ni aku rilek je, takde lagi kena serangan cirit-birit. kalau kena pun ok, esok MC. haha.

Tuesday, May 12, 2009

pernah makan kuih ni?

balik kampung adalah perkara yang sangat mengujakan. balik kampung hati jadi tenang. perut selalu penuh dengan makanan. tidur melebihi kadar hari-hari biasa. kat kampung pulak macam-macam ada. macam-macam boleh buat. bangun pagi matahari dah tegak atas kepala. tengah hari kait buah nyor. pekena air nyor campur ais, pehhh memang nikmat. lagi nikmat kalau makan isi nyor sekali. segar dari pokok lagi. petang-petang kalau tak ke pantai, lepak sambil makan kuih bakar, branang, akok. ah, aku sebut pun bukan kau kenal makanan pantai timur.

malam-malam aktiviti makin rancak. lepak di rumah lee daihatsun a.k.a. presiden kutu cawangan pulau kerengga sememangnya aktiviti wajib. kalau ekonomi meningkat, semua pakat lepak kat kedai pok long roti canai. kebetulan minggu lepas ekonomi jemaah kutu sangat tidak memberangsangkan. jadi aktiviti malam hanya dirancakkan dengan melepak di wakaf depan rumah mak-long-bini-duda-anak-lapan-cucu-36. biasanya aktiviti pengimarahan wakaf akan disertakan dengan aktiviti aku-bahan-kau, kau-bahan-aku sambil mendengar radio saluran Terengganu FM. sedang rancak membahan, terdengar satu perbualan DJ dengan seorang pemanggil.

DJ : hello. siapa di sana?
pemanggil : iwan ni. dari Ajil.
DJ : ok iwan. apa aktiviti malam ni?
pemanggil : takde buat apa-apa. duk rumah bersama keluarga je.
DJ : apa hidangan makan malam ni?
pemanggil : kami makan cengkodak je.
DJ : cengkodak???

hahahahaha. kami semua bantai gelak ramai-ramai. mizan dah terguling-guling sampai jatuh dari wakaf. bidin gelak sampai sesak-sesak nafas. aduh. seumur hidup, tak pernah lagi weh dengar nama kuih cengkodak. kat KL pun tak pernah jumpa. tahniah iwan. anda pencipta kuih baru malam ni!

notakakikiri : tengkiu semy banje donut JCo, the best kuih in town! haha.
notakakikanan : peta kedai paklong bukan aku yang letak. aku terjumpa je.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.