Thursday, December 8, 2011

Surabaya/Jogjakarta : part #4

hari Rabu, seawal pukul 4 pagi kami dah check out hotel.

sepatutnya kami dapat sarapan pagi sekali, tapi dah time tu kami check out, mana ada sarapan lagi. tapi takpe, sebab malam tadi dieorang dah sediakan teh untuk kami sebab kami dah cakap awal-awal kami tak sempat nak bersarapan keesokan harinya.

masa tu Pak Sulis dah tunggu kat depan hotel. masuk mpv Suzuki, gerak.

menurut Pak Sulis, perjalanan ambil masa lebih kurang sejam. maknanya sempat lagi lah aku nak berdengkur. nak tengok pemandangan kiri kanan pun bukannya nampak apa. gelap gelita. tapi sempat singgah Indomaret untuk beli bekalan makanan sikit-sikit.

aku dengan Man berdengkur kat belakang, tinggal Amir je duk bersembang dengan Pak Sulis. gasak kau lah Amir.

kroh kroh kroh sampai.

masa bangun aku tak tahu tempat apa yang kami dah sampai. yer lah, dah nama pun 1st time, mana nak tahu. Pak Sulis kata, tu tempat yang kami akan tengok sunrise. dia kata ada 1 tempat lagi nak tengok sunrise dari belakang Borobudur, tapi tempat tu berbayar. patut lah dia bawa kami ke ceruk kampung mana entah ni.

keluar dari van kesejukan mencengkam sehingga ke dalam tulang (sekali sekala nak ayat skema). (1) sebab pagi (2) sebab atas bukit. tempat ni kat kawasan persendirian, jadinya kena lalu ikut celah-celah rumah orang.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

masa nak balik, ada sorang brader ni suruh singgah rumah dia. ajak minum kopi katanya. Pak Sulis suruh minum je sebab kami dah bayau cukai nak masuk tanah dia tu. lama jugak sembang sebab Candi Borobudur buka lambat lagi.

ada guest book juga. isi je lah. masa aku belek-belek tu, aku rasa kami je yang dari Malaysia. ke ada? entah aku lupa dah. lain-lain tetamu kebanyakan dari Eropah.

sembang pung pang pung pang, kami gerak ke Candi Borobudur. ayuh!

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

tempoh perjalanan dari situ ke Borobudur tu kejap je. lebih kurang 15 minit. masa ni lah kamera Man buat hal; bateri habis. 2nd bateri tak boleh guna pulak dan tak bawa charger. terbaik kan? pengajarannya, lain kali bawalah barang-barang yang sepatutnya dibawa ketika travel.

sekarang sudah sampai di depan Candi Borobudur!

*lompat keterujaan*

bayaran untuk masuk wisata (tempat pelancongan) Borobudur ni adalah IDR 120000 bagi pelancong asing, lebih kurang MYR 42. bapak mahal. kalau untuk pelancong tempatan cuma lebih kurang MYR 17 je. damn.

sebelum masuk kena pakai batik dulu. seluar tak payah tanggal, cuma ikatkan batik tu kat pinggang. bila aku tanya awek jaga kaunter tu kenapa kena pakai, dia jawab "kerana mahu melestarikan pemakaian batik sebagai hak milik Indonesia". whatever! *rolling eyes*

ouh, kat kaunter tu ada juga disediakan kiosk (komputer sebijik siap dengan internet) dan jugak wifi. apa lagi, check in 4square, update tuiter dan fesbuk lah dulu!

sekarang, penerokaan Candi Borobudur bermula!

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

turun dari candi, jenguk-jenguk Muzium Samudera dan kawasan sekitar pulak.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

keluar dari tempat wisata tu, macam biasa lah mesti ada tempat jual ole-ole. tapi kami tak beli apa-apa pun sebab mahal, takde bajet, takde bajet dan takde bajet.

dah jumpa Pak Sulis, kami gerak ke bandar Jogjakarta semula. mula-mula plan nak gi Prambanan, tapi macam erm tak payah lah. kami dah gugel siap-siap. tiket masuk wisata Prambanan lagi mahal dan yang ada cuma candi-candi kecil.

sampai Jogjakarta, terus ke Stasiun Tugu untuk beli tiket keretapi balik ke Surabaya.

tiket Sancaka Sore adalah berharga sama dengan semalam dan pada pukul 4 petang. makanya, kami ada masa lagi untuk dibunuh. eh, betul ke translate macam ni? lantak.

mula-mula kami ke Kraton.

apa benda Kraton ni? Kraton ni adalah istana bagi pemerintah wilayah Jogjakarta. istana tu sangat luas, ada tempat yang boleh dilawati dan ada yang tidak boleh. kami pusing pusing pusing nampak macam bosan so kami decided nak keluar. masa nak keluar tu terjumpa seorang akak pemandu pelancong ni. nama dia Mbak Chinta.

Mbak Chinta ni bawa kami pusing-pusing istana Kraton dan perkampungan Kraton sambil bercerita itu ini. Man dah macam pening sebab lapar. tapi aku paksa dia jalan jugak. HAHA

ouh btw, bayaran masuk ke Kraton ni IDR 12500, dan kena bayau IDR 10000 untuk setiap kamera. tapi kami sorokkan kamera-kamera kami dalam beg.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

akhir sekali, kami makan. masa tu dah pukul 2 lebih kurang. keluar dari perkampungan Kraton, nampak kedai makan terus terjah. buffet kau. mentekedarah semahu-mahunya.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

sebelum balik, Amir hulur sikit kat Mbak Chinta. makan dia pun kami yang bayaukan. heh!

agenda ke2; Jalan Malioboro.

apa yang boleh dibuat di sini hanyalah tengok tengok dan beli beli. Jalan Malioboro ni lah yang kami jalan-jalan malam tadi. sekarang dah siang, ramai lah penjualnya. jalan ni lurus sehingga ke Istana Kraton dan sepanjang-panjang jalan ni, kiri kanan orang duk menjual.

aku tak jumpa orang jual fridge magnet kat sini, jadinya takde ole-ole. *alasan kukuh* kalau korang tak cukup duit, jangan risau sebab ada ATM CIMB Niaga kat situ. dah beli sikit sorang, terus gerak ke Stasiun Tugu.

kecewa tak sempat ke Pantai Trangtitis. *menangis bersandar kat bahu Man* Man bersandar kat pintu keretapi sebab kecewa jugak.

Photobucket

lepas bayau apa yang patut kat Pak Sulis, bergambar kenang-kenangan sikit, kami masuk ke stesen. lebih kurang pukul 4 petang, Sancaka Sore bergerak menuju ke Surabaya.

dan kami; kroh kroh kroh.

Wednesday, December 7, 2011

Surabaya/Jogjakarta : part #3

sambung lagi.

masa mula-mula keretapi bergerak perlahan-lahan, kami pun perlahan-lahan tidur. tidur lebih kurang 2 jam, aku terbangun. tak lama kemudian Man pulak terbangun. lepas tu aku ngan Man gi hisap rokok kat kafe dia jap. dia punya kafe tu ada tingkap, jadi takde lah asap tu terkepung dalam tu. sambil minum air sambil hisap rokok sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa pergh layan beb sambil bersembang dengan orang-orang tempatan yang ada kat kafe tu. dieorang ok je, takde lah nampak sentimen anti-Malaysia. ramah macam kita jugak.

dah habis rokok 2, 3 batang sorang, kami balik ke seat.

Amir dah siap order makanan. sebab ada tren attendant sorong troli jual makanan/minuman macam dalam Air Asia tu. Amir hulurkan sekali selimut dan bantal. ingatkan dapat pakai percuma, sekali kena sewa daa. takde lah mahal pun, IDR 4000, lebih kurang MYR 1.30 je. perjalanan selama 5 jam lebih tu agak bosan ar sebab takde apa nak buat. TV yang terpasang depan kami tu kami tak berapa nak tangkap bahasanya.

pukul 8.30 malam, tren Sancaka Sore dari Surabaya sampai di Stasiun Tugu, Jogjakarta. wuhuu!

Photobucket
Photobucket
Photobucket

keluar dari stesen, cari hotel.

betul-betul depan Stasiun Tugu ni ada satu hotel besar, nama hotel aku tak ingat. mula-mula kami tanya-tanya kat situ dulu. lepas tambah tolak bahagi darab apa semua, tak jadi duk situ. sebabnya, kami rasa tak perlu lah hotel selesa sangat sebab kami cuma nak menginap untuk satu malam je.

lepas tu kami jalan lagi dan survey harga dan jalan lagi dan survey lagi. kat kawasan situ banyak je hotel murah. jadi jangan risau. depan sikit daripada stesen tu ada Jalan Malioboro. sepanjang jalan tu lagi lah banyak hotel-hotel bajet. lepas survey-survey, kami duk kat Hotel Mulia Kencana. IDR 215000 / MYR 75 untuk satu malam. kat bilik tu ada 1 katil single dan 1 katil besar, ngam-ngam lah untuk kami 3 orang.

Photobucket

mandi apa semua, siap-siap untuk keluar makan. sebelum tu, Man sempat borong baju 4, 5 helai kat makcik depan hotel sebab dia tak bawak banyak baju.

tapi masa kami jalan-jalan kat Jalan Malioboro tu dah takde orang jual-jual tepi jalan dah. yang ada cuma orang melepak dan warung-warung.

jalan-jalan, snap snap snap gambar, makan.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

perut dah kenyang apa lagi, tidur lah. esok pukul 4 pagi, pak supir a.k.a. Pak Sulis datang jemput kiteorang untuk tengok sunrise dari belakang Candi Borobudur. excited!

bersambung lagi.

Sunday, December 4, 2011

Surabaya/Jogjakarta : part #2

sekarang aku baru nak buat sambungan dari part ini. lantak lah walau dah basi pun. HAHA.

ok mula.

lepas kami sampai, Pak Wong bawa kami gi makan kat satu restoran ayam penyet ni kat tengah bandar Surabaya. nama kedai dia adalah Warung Bu Kris Spesial Penyet. kedai ni dua tingkat, disebabkan kat bawah dah penuh, jadi kami makan kat atas.

Photobucket

naik atas, duduk, pelayan kasi pen dan kertas suruh tulis sendiri. u know, kat Indonesia memang macam tu.

aku tak berapa ingat apa yang kami makan. tapi yang pasti ayam penyet lah. dia punya sambal tu ada 3 tahap kepedasan; biasa, sederhana dan super pedas. Pak Wong tak order ayat penyet, dia makan benda lain. Amir & Man masing-masing order ayam penyet pedas biasa. aku makan ayam penyet sederhana pedas. malas lah nak order pedas-pedas sangat sebab nanti konpem perut meragam. lepas tu nanti nak travel ke Jogjakarta pulak.

masa makan,

dia punya ayam penyet sederhana pedas tu pedas gila hoi! serius super pedas. aku ni jarang makan makanan pedas sampai berpeluh-peluh. tapi kali ni sampai basah kolar baju aku. nasib baik aku tak order yang super pedas punya. Pak Wong tengok aku dah tergelak-gelak. Man & Amir tak habiskan dieorang punya sambal. aku punya walaupun pedas gila, tapi tetaplah aku habiskan. pedas tapi sedap! nasib baik tak kena bertapa dalam tandas sekejap.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

dah habis makan apa semua, gerak ar. masa nak bayau tu Pak Wong yang bayaukan. belanja orang senegara katanya. ouh btw, Pak Wong ni orang Malaysia tapi dah lama menetap kat sana. dah kahwin dengan orang tempatan dan dah beranak-pinak dah pun.

next destination; Stasiun Gubeng!

cara baca Gubeng ni adalah 'Goo-burng' dan bukannya 'Goo-bank'. kat sini adalah tempat untuk beli tiket keretapi. tiket dari Surabaya ke Jogjakarta adalah berharga IDR 95000. lebih kurang MYR 33 jer. dan itu harga untuk business class.

Photobucket

lepas beli tiket, kami ada masa lagi sejam untuk pusing-pusing bandar Surabaya memandangkan keretapi ke Jogjakarta adalah pada pukul 3 petang. jadi Pak Wong bawa kami ke House of Semporna.

House of Semporna ni lebih kurang macam muzium untuk rokok Semporna. kat sana ada tunjuk sejarah rokok Semporna, macam mana dia dibuat, produk-produk dan dari tingkat 2, boleh tengok live cara dieorang buat rokok. makcik-makcik kat situ expert gila kot. dari gulung tembakau, kerat, susun, sampai lah ke masukkan dalam kotak. serius laju! aku punya kagum ke tahap tak sedar mulut dah ternganga sampai Pak Wong cakap 'tutup lah mulut tu, nanti masuk lalat'. heh!

apa-apa hal layan gambar.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

agak-agak dah dekat pukul 3, kiteorang gerak semula ke Stasiun Gubeng. ingat, 'Goo-burng', bukan 'Goo-bank'.

sebelum naik keretapi, Pak Wong kasi henset sebiji supaya senang kami nak contact dia & dia nak contact kami. pukul 3 lebih kurang, keretapi slow-slow gerak, aku slow-slow nak tidur. ayuh ke Jogjakarta!

sambung part depan pulak.

Monday, November 21, 2011

#zareNadiaDay

untuk tajuk di atas, sila baca sebagai 'Zaren And Nadia Day'.

aku lompat kejap kisah pasal Surabaya/Jogjakarta untuk memberi laluan kepada Majlis Akad Nikah Zaren & Nadia yang berlangsung di kediaman pengantin lelaki di Bangi pada hari Sabtu, 12 November 2011 yang lepas.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tuesday, November 8, 2011

Surabaya/Jogjakarta : part #1

aku sebenarnya dah mengantuk tapi tetiba rasa nak update pasal jalan-jalan ke Surabaya/Jogjakarta 2 bulan lepas. jadi aku update sikit je lah sebab melayan mood entah-apa-apa-entah duk semangat sangat nak buat entry ni.

trip a.k.a acara jalan-jalan ni berlangsung dari 27 hingga 29 September lepas. lebih kurang sebulan lepas raya lah senang cakap. kali ni aku gi dengan Amir & Man. sepatutnya kami gi empat orang termasuk Zizie, tapi disebabkan dia ada kerja yang tak dapat dielakkan, maka terpaksa lah batalkan sahaja. tiap-tiap kali travel mesti ada yang tak jadi last minute. tapi takpe, tak ralat sangat pun sebab harga tiket ni cuma MYR 42 return.

sebenarnya, Man ni kawan Zizie dan aku & Amir tak kenal pun siapa dak Man ni. nak dijadikan cerita, terpaksa lah kami jumpa dia kat LCCT ala-ala blind date sebelum gerak ke sana. walaupun baru kenal, tapi senang masuk kepala jadi takde hal lah. sempat sarapan kat M-Besau jap, kemudian 9.20 pagi *woosh* terbang ke sana.

lebih kurang 11 pagi waktu sana, kami sampai di lapangan terbang Surabaya.

Photobucket

macam biasa lah, dah sampai airport, snap snap snap dulu. tambah lagi bila semua bawak DiSeLaR. Man pakai Canon, Amir pakai Nikon. aku? pakai Sony jewww. kemain Amir siap beli kamera semata-mata nak jalan-jalan. dah rasa sedap travel lettew sejak balik dari Tawau/Semporna hari tu.

kemudian, jumpa dengan pak supir a.k.a Pak Wong yang si Amir dah deal siap-siap dari Malaysia. masukkan beg apa semua ke dalam kereta, gerak. tempat pertama Pak Wong bawak kami adalah tempat makan. tapi hal makan tu aku cerita lain kali lah dalam next entry sebab aku dah mengantuk gila ni.

zzz.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.