sambung lagi.
masa mula-mula keretapi bergerak perlahan-lahan, kami pun perlahan-lahan tidur. tidur lebih kurang 2 jam, aku terbangun. tak lama kemudian Man pulak terbangun. lepas tu aku ngan Man gi hisap rokok kat kafe dia jap. dia punya kafe tu ada tingkap, jadi takde lah asap tu terkepung dalam tu. sambil minum air sambil hisap rokok sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa pergh layan beb sambil bersembang dengan orang-orang tempatan yang ada kat kafe tu. dieorang ok je, takde lah nampak sentimen anti-Malaysia. ramah macam kita jugak.
dah habis rokok 2, 3 batang sorang, kami balik ke seat.
Amir dah siap order makanan. sebab ada tren attendant sorong troli jual makanan/minuman macam dalam Air Asia tu. Amir hulurkan sekali selimut dan bantal. ingatkan dapat pakai percuma, sekali kena sewa daa. takde lah mahal pun, IDR 4000, lebih kurang MYR 1.30 je. perjalanan selama 5 jam lebih tu agak bosan ar sebab takde apa nak buat. TV yang terpasang depan kami tu kami tak berapa nak tangkap bahasanya.
pukul 8.30 malam, tren Sancaka Sore dari Surabaya sampai di Stasiun Tugu, Jogjakarta. wuhuu!
keluar dari stesen, cari hotel.
betul-betul depan Stasiun Tugu ni ada satu hotel besar, nama hotel aku tak ingat. mula-mula kami tanya-tanya kat situ dulu. lepas tambah tolak bahagi darab apa semua, tak jadi duk situ. sebabnya, kami rasa tak perlu lah hotel selesa sangat sebab kami cuma nak menginap untuk satu malam je.
lepas tu kami jalan lagi dan survey harga dan jalan lagi dan survey lagi. kat kawasan situ banyak je hotel murah. jadi jangan risau. depan sikit daripada stesen tu ada Jalan Malioboro. sepanjang jalan tu lagi lah banyak hotel-hotel bajet. lepas survey-survey, kami duk kat Hotel Mulia Kencana. IDR 215000 / MYR 75 untuk satu malam. kat bilik tu ada 1 katil single dan 1 katil besar, ngam-ngam lah untuk kami 3 orang.
mandi apa semua, siap-siap untuk keluar makan. sebelum tu, Man sempat borong baju 4, 5 helai kat makcik depan hotel sebab dia tak bawak banyak baju.
tapi masa kami jalan-jalan kat Jalan Malioboro tu dah takde orang jual-jual tepi jalan dah. yang ada cuma orang melepak dan warung-warung.
jalan-jalan, snap snap snap gambar, makan.
perut dah kenyang apa lagi, tidur lah. esok pukul 4 pagi, pak supir a.k.a. Pak Sulis datang jemput kiteorang untuk tengok sunrise dari belakang Candi Borobudur. excited!
bersambung lagi.
Gagal
5 months ago
2 tukang komen:
excited gak!
hahaha. sila sila.
jangan over excited sudah.
Post a Comment