pada malam kejadian, seorang kawan showty yang agak hot datang menempel berdekatan khairi dan showty ketika mereka sedang enak menjamu selera. secara tiba-tiba, kawan showty yang agak hot itu membaling gelas di tangannya ke udara lalu air sirap selasih tumpah ke atas semua hadirin.
lalu, ayah khairi datang menasihatkannya supaya bersabar. tiba-tiba ketua kampung khairi pun datang menenangkan khairi sambil menepuk-nepuk belakang bahunya. entah dari mana datang ketua kampung pun khairi tak tahu, kerana tiba-tiba sahaja tempat makan menjadi dewan tari menari.
selepas itu khairi pulang ke rumahnya dan amat terkejut kerana showty sedang melakukan aksi yang tidak baik untuk kesihatan dengan seorang kawan mereka. khairi berasa tidak selesa lalu terus ke tandas untuk melunaskan hajat besar. tetapi hajatnya tidak kesampaian kerana terserempak dengan kawan showty yang agak hot itu.
maka tercetuslah pergaduhan dengan kawan showty yang agak hot itu. khairi sangat marah lalu menampar kawan showty yang agak hot itu, tetapi malangnya kaki kawan showty yang agak hot itu pula yang patah.
khairi kebingungan. tanpa arah tujuan, khairi berjalan keseorangan berlatarbelakangkan matahari yang sedang terbenam.
"Somebody call 911..." lagu jam loceng di henset berbunyi.
****************************************************
haha. ini mimpi pelik aku semalam.
sampai hari ni aku masih ingat jalan cerita dia.
dan disebabkan mimpi ni lah semalam aku masuk kerja lambat.
setan betul.





