Showing posts with label panggung bukan punggung. Show all posts
Showing posts with label panggung bukan punggung. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

dah macam tengok tv...

Adnan Sempit


filem ni tak payah lah nak cakap apa-apa. rasanya semua orang dah tengok kut. masuk panggung, gelak gelak gelak, habis. memang sekadar bahan gelakan sahaja. trademark dia 'dalam hati ada taman' tu semua orang tahu aku rasa. dengar cerita dia punya kutipan cecah RM 5.5 juta. mana tak cecah RM 5.5 juta, aku gi tengok sampai 2 kali.

Percy Jackson and The Lightning Thief


agak terbaik. kenapa ada perkataan agak di situ? sebab kurang ciri-ciri tahyul yang ditonjolkan. si Percy ni kurang guna dia punya kuasa yang dia warisi dari ayah dia. kata anak dewa Poseidon kan, apa kes tak nak guna kuasa. manusia yang ada kuasa sikit pun selalu salah guna kuasa. err, maaf yer kepada yang terasa. rasanya filem ni macam filem Harry Potter jugak, ada sambung-sambung.

Lu Pikirlah Sendiri de Movie


abaikan cara dia mengeja 'Pikirlah' dan 'de'. merosakkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekali harung. tapi takpe, jalan cerita filem ni masih boleh diterima. walaupun lawak dia macam haram peringkat tengah-tengah, tapi ada jugak moral-of-the-story dari cerita ni yang boleh diaplikasikan kepada diri sendiri.

Valentine's Day


sebab utama nak menonton cerita ini adalah Taylor Swift. tak kenal? apa punya katak lah kau ni. penyanyi yang bertukar! menjadi pelakon ni menang Grammy Awards kut hari tu. tengok gambar dia kat desktop wallpaper housemate aku macam cun. rambut ropol-ropol macam Barbie. sekali tengok dalam filem ni, erkk! worst than expected. hampa dan kecewa.

My Name is Khan


cerita ni belum tengok. brader ni cakap macam best. kena tengok dulu baru boleh kutuk.

notakaki : malas nak reviu panjang-panjang. kang jadi blog filem plak.

Saturday, May 23, 2009

pengulas tak bertauliah...

esok hari sabtu. eh silap. hari ni dah hari sabtu. esok hari ahad.
kepada siapa-siapa yang berhajat nak tengok wayang cerita
Angels and Demons, meh aku ulas sikit. kasi bocor.
(ceh, padahal cerita ni dah tayang sejak minggu lepas)

ada beberapa perubahan yang pengarah ni buat secara suka hati.
hasilnya tidak lah se-best seperti dalam novel tulisan Dan Brown.

1.
dalam novel : ini yang aku paling tunggu. Robert Langdon naik benda-terbang-bentuk-empat-segi-takde-tingkap dari Amerika ke CERN, Switzerland dalam masa sejam sahaja.
dalam filem : dia naik helikopter biasa je dan penerbangan terus Amerika - Vatican City.

2.
dalam novel : projek anti-matter hanya Vittoria Vetra dan ayah angkat dia, Leonardo Vetra je yang tahu. si camerlengo tahu sebab Leonardo yang bagitahu.
dalam filem : mak aih, ramai gila pakar-pakar terlibat masa nak hasilkan anti-matter tu.

3.
dalam novel : rakan kajian Vittoria sepatutnya adalah ayah angkat Vittoria, Leonardo yang mati dibunuh, mata dicungkil dan dada dicop 'Illuminati' oleh assasin Illuminati.
dalam filem : kawan Vittoria yang kaji anti-matter adalah Silvana, mati sebab mata kena cungkil. assasin tak sempat nak cop dada kut.

4.
dalam novel : orang besar CERN, Maximillian Kohler yang jumpa mayat Leonardo. dan dia jugak yang telefon Robert Langdon pagi-pagi buta.
dalam filem : watak Maximillian Kohler langsung takde. watak Leonardo Vetra pun takde.

5.
dalam novel : Cardinal ke 4 (Cardinal Baggia) yang kena culik mati jugak akhirnya. tsk. mati sebab lemas dalam kolam air pancut.
dalam filem : sempat kena selamat. liat nyawa orang tua tu.

6.
dalam novel : Mortati, the elector yang uruskan conclave (pemilihan Pope baru) akan jadi Pope yang baru.
dalam filem : Cardinal Baggia yang selamat jadi Pope baru. calon kegemaran lah kunun.

7.
dalam novel : ada adegan 'gojoh' @ 'gomo' @ lawan antara assasin dengan Robert Langdon masa kat tempat pembunuhan ke-4, kolam air pancut Piazza Navona dan dalam Castle of Angles.
dalam filem : takde lawan-lawan.

8.
dalam novel : Pope yang mati kena bunuh tu sebenarnya ayah kandung camerlengo. kat akhir novel rahsia tu terbongkar.
dalam filem : langsung takde bagitahu apa-apa.

9.
dalam novel : Robert Langdon naik helikopter sekali dengan carmelengo. lepas tu jatuh dalam sungai Tiber.
dalam filem : camerlengo naik helikopter sorang-sorang sambil bawak canister yang berisi anti-matter. si Robert Langdon duk melanguk tengok dari bawah.

10.
dalam novel : akhir cerita, Robert Langdon dapat Illuminati Diamond sebagai hadiah.
dalam filem : Robert Langdon dapat Diagramma, buku tulisan Galileo Galilie. satu muka surat dah kena koyak dengan Vittoria.

Illuminati Diamond : Earth. Air. Fire. Water.
apa kau nampak kalau kau tengok gambar ni terbalik 180 darjah?

selamat menonton yer. sekian sahaja ulasan untuk kali ini. sebut betul-betul, skriiiiiiiinnnnnnnn.

notakakikanan : cerita ni tak lah bosan sangat. boleh lah layan.
notakakikiri : aku ceduk dari
sini sikit. dah seminggu tengok. lupa lah.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.