*lepas sebulan baru sambung muahaha*
Hari kedua dimulakan dengan cergas err tak berapa nak cergas sebab pukul 9 pagi (waktu Thailand GMT+7) baru kami gerak dari hostel.
Layan kopi dulu satu round sebelum gerak.
Gambar di atas menunjukkan 2 orang bekpeker
Sebenarnya hostel De Talak ni jauh sikit dari tepi jalan. Kena redah kawasan setinggan (kot) selekoh sana selekoh sini baru sampai tepi jalan besar. Atau senang kata baru sampai Stesen Queen Sirikit.
Tapi takpe lah, exercise sikit pepagi hari orang putih kata.
Hari ni yakni hari Jumaat kami punya plan nak ke Ayutthaya, atau nama panjangnya Phra Nakhon Si Ayutthaya. Tempat ni jarak dia lebih kurang 80 kilometer ke utara Bangkok. Kalau nak lagi jelas, gugel maps lah.
Untuk ke Ayutthaya ni, (macam panjang pulak aku nak taip Ayutthaya ni, shortform jadi Ayu je boleh dok?), kami kena naik keretapi dari Stesen Keretapi Hua Lamphong. (Sirikit - Hua Lamphong 24 Baht).
Pukul 9.45 pagi, kami sampai Stesen Hua Lamphong ni, terus beli tiket. Kebetulan pulak, tren ke Ayutthaya akan gerak pukul 10 jap lagi.
Stesen Hua Lamphong ni agak besar jugak lah. Kami tak sempat nak menjelajah pelusuk stesen ni sangat.
Sempat snap sana sikit, sini sikit, terus naik tren. Tren dia takde lah dhaif sangat. Dah nama pun tiket harga THB 20, nak selesa macam mana lagi. Ada tempat duduk pun dah kira ok.
Naik, letak beg, lap-lap seat sebab ada kebocoran, lepas tu duduk.
Tak berapa lama lepas tu, tren mula bergerak. Sembang pung pang pang pung pang, ada orang datang nak duduk seat kami. Check punya check, rupanya tiket kami open ticket, takde nombor. Pui. Patut lah murah. Takpe takpe. Kami angkut barang semua gi duk tempat lain. Lebih kurang lepas 2 jam, here we come, Ayutthaya!
Sambung lagi next entry. Muahaha!
notakaki: Lahanat betul Celcom punya internet ni. Siam punya mobile internet lagi laju.
6 tukang komen:
Akhirnya! Ber'update' jugak. :D
Adik yiyis, basi sudah..haha
Zara AB ~
haha. sibuk.
lagi pun rumah dah takde internet.
Siti ~
biar ar. kenangan di sanubari tak pernah basi.
bwahahaha!
ibarat nk beromen,baru nk bukak butang baju, partner dh tertido
ayat anul mcm harom betei hahahaha
Hemy ~
hahahaha. perumpamaan macam sial.
Masy ~
ayat dia memang selalu harom. dah pesen perangai harom. hahahaha!
Post a Comment