Thursday, April 21, 2011

encree-dible.

Photobucket

ef-wai-ai gambar di atas adalah HTC Incredible S. cun? menawan? rasa macam nak rembat sebiji kan. yeah, mula-mula aku tengok pun rasa macam nak rembat sebiji. hari tu DiGi ada buat promosi satu-hari-dan-untuk-300-unit-sahaja dan dia jual henpong ni dengan harga RM559 sahaja. tapi takde lah aku sanggup beratur kat depan mana-mana DiGi Store. skang dah jadi mahal dah, tapi masih affordable lagi untuk dibeli.

selepas digugel-gugel, dikaji-kaji, dan kelmarin telah dibelek-belek dan dipegang-pegang kat DiGi Store Sunway Pyramid, aku rasa macam tak best pulak. rasa macam ada something wrong somewhere. *spiking siak*

ke aku patut bersabau dan tunggu Samsung Galaxy S2 kat bawah ni yang dengar kata akan masuk Malaysia bulan 6 ni?

Photobucket

notakaki : Samsung Galaxy Tab pun cun jugak. iPhone4 pun menawan jugak. arghhh~

Tuesday, April 19, 2011

saya suka main buih sabun...



saya suka main buih sabun
,
gelembung bulat cantik berkilat
,
bila di tiup angin berkawan
,
terbang tinggi sampai ke awan
,

sabun taruh air kocak kocak
,
jadi buih
hey hey,
ambil buluh celup
,
tiup buih terbang sayup......



*amacam, layan tak lagu ni?

Wednesday, April 13, 2011

wedding yang kompius.

pagi Sabtu wikend lepas lepas, aku dapat SMS dari Aima;
"nak gi tak wedding Erina?"

aku menjawab dengan bertanya balik "bukan esok ke?"
lepas tu dia call. bla bla bla entah apa makcik tu membebel aku tak ingat dah. jadinya, cepat-cepat pergi mandi sebab nanti dia dan suaminya; Encik Jack akan datang ambil aku kat rumah dan terus ke tempat kejadian a.k.a majlis perkahwinan Erina.

dalam kepala otak aku kompius lagi sebab seingat aku wedding Erina hari Ahad dan hari Sabtu tu adalah wedding Pokcik; budak kelas aku.

dieorang sampai, naik kereta, tuju Shah Alam, dan berjumpa dengan mereka ini.

Photobucket
Photobucket

sambil makan sambil mengumpat sambil cer citer cer citer sambil SMS budak-budak kelas.
"korang gi tak wedding pokcik?"

haram. sorang pun tak reply. alang-alang aku dah kat Shah Alam, ingatkan nak gi wedding Pokcik terus.

tak lama lepas tu Liki telefon.

"wedding Pokcik esok lah gilo, bukey arini"
"eh, bukang arini eh? seingat aku arini sebab aku tulis dalam organizer hari ni wedding Pokcik, esok wedding saing aku"
"mung tertukar tu. aku tengoh tengok fesbuk ni. dio royak esok"
"ouh. esok eh? haha. bereh. esok mung amek aku"
"demo ri, tok sabar nok tengok Pokcik nikoh"
"haha. Liki gilo"

dengan rasminya aku telah tersalah tarikh. makanya, keesokan harinya yakni hari Ahad aku ke Batu 3 menghadiri wedding Pokcik pulak.

bila masing-masing dah masuk alam tiap-tiap-bulan-dapat-gaji, masa wedding saing-saing lah masa nak berjumpa saing-saing yang lain. hari-hari lain semua sibuk kerja kot. orang lain pun sibuk kumpul duit nak kahwin jugak dok?

Photobucket
Photobucket
Photobucket

tahniah diucapkan kepada Pokcik & Syakirah dan juga Erina & Amir. tak sangka Pokcik dah jadi laki orang. haha. dan bak kata Erina "dah boleh pegang tangan dah!"

notakaki : kita tengok siapa punya turn lepas ni. yang pasti turn aku last sekali. muahahaha!

Tuesday, April 5, 2011

serius kompius.

semalam seperti yang dijanjikan dengan kawan-kawan, pukul 8.45 malam aku dah terpacak kat depan dewan badminton usj 23. seboleh-bolehnya aku tak nak lah buat janji melayu sebab booking main pukul 9. tapi yang lain-lain lambat jugak. pompuan 2 orang tu sampai pukul 9.05 malam dan lelaki 3 orang tu sampai pukul 9.15 malam.

sementara menunggu dieorang sampai, aku cucuh winston dulu sebatang. untuk mengisi masa lapang orang kata. kat bangku sebelah ada 2 orang brader tengah smokok jugak. tengok dari segi pemakaian memang gaya ready nak main dah tu. pastu datang seorang pakcik bersembang dengan brader-brader tu.

"datang main jugak ye kome. ingatkan tak jadi"

"jadi lah haji. kan dah janji" salah seorang brader tu membalas.

"bagus korang main badminton ni. bukan macam main bola sepak. dia sepak, dia kejar. pastu dia sepak lagi, dia kejar lagi. entah apa-apa."

brader 2 orang tu mengangguk seraya gelak-gelak kecil.

dalam hati aku "bukan ke lebih kurang bola sepak dengan badminton? shuttlecock tu sampai kat kau, kau pukul. dapat lagi, pukul lagi"

kompius jugak aku dengan statement pakcik tu. kompius sampai masuk ke dalam dewan. tapi takde lah sampai mengganggu performance aku. banyak menang daripada kalah lah senang cakap. tapi memang kompius ah dengan statement pakcik tu. serius kompius.

Saturday, April 2, 2011

Kisah Ali

Assalamualaikum and Hi Guys;


Ini lawak orang IT. Kalau orang bukan IT tak paham buat buat paham la ye :D

Scene: ketika student demo mini projek database kepada lecturernya

Lecturer : Ok Ali (bkn nama sebenar) cuba awak buat SELECT ALL untuk data-data dalam table awak tu

Ali : Senang je cik. Sambil tekan CTRL+A

Lecturer : ALIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!! apa yang kamu buat ni!!

Ali: Cik suruh SELECT ALL. CTRL+A la..

Lecturer : ??? (pengsan)

ok jawapan yang lecturer tu nak adalah SELECT ALL untuk query data dari database. Dan ia adalah satu syntax. Seperti contoh SELECT * FROM STUDENT. So akan keluar la output data data yang terdapat dalam table STUDENT.

Tapi pelajar yang bernama Ali tu p tekan CTRL+A which is dia p highlight semua perkataan yang dia dah taip dalam ruangan SQL Command tu. uhuhu. Sabor je laaaaaaaa


***

ini entry yang dicilok dari blog Kak Mun (watak lecturer dalam kisah di atas)
yeah, ini adalah lawak orang IT.
bagi orang tak IT, mungkin tak berapa nak faham dengan benda alah syntax ni.
sepanjang 4 tahun aku belajar IT dan lebih kurang 2 tahun lebih bergelumang dengan IT, aku sendiri tak pernah terfikir pasal CTRL+A ni.
budak Ali ni betul-betul buat aku gelak terguling-guling ROFL. haha!

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.