2 minggu lepas aku balik kampung. kampung mana lagi kalau bukan kat Terengganu . biasa balik sorang-sorang je. kali ni angkut 2 orang anak dara dan seorang anak teruna bawak balik rumah. haha. ini semua kenduri kahwin ba'ang a.k.a majlis sambut menantu punya pasal.
(zaren kata majlis sambut tetamu.) walaupun dalam
tentatif ni, kami merancang untuk gerak dari Puchong pukul 4 pagi, tapi terpaksa
delay setengah jam kerana kesesatan shepha mencari rumah aku. kecik punya hal. zaren kena memandu sebab dia dah tidur siang.
suasana dalam cik bibah sepanjang LPT a.k.a. Lebuhraya Pahang Terengganu hanya dipenuhi dengan aktiviti membahan. tershashul punya pasal, amek kau kena bahan. belum sampai terowong karak zaren dah siap ada cadangan untuk tajuk entry dalam blog. ni yang susah ni kalau dah jadi hantu blog dan hantu bergambar. berhenti tepi jalan semata-mata nak ambik gambar ni.
sampai di Kuantan, kami keluar ikut tol Gambang kerana mahu bersiar-siar di bandar Kuantan dulu. kesian shepha, tak pernah berlegar-legar di bandar Kuantan dan Teluk Chempedak. jadi zaren memandu ikut-sedap-tangan-pusing-stereng sambil bercerita mengimbau kenangan silam sebab dia dulu duk Kuantan.
kami singgah di Kemaman untuk bersarapan pagi di Hai Peng Kopitiam bersama-sama hakim dan joe. dicadangkan supaya tidak meminum air kopi Vietnam di sini. sangat pahit.
kami meneruskan perjalanan untuk memenuhi undangan perkahwinan #1 di Kuala Abang. setiba di Dungun, hakim memanfaatkan enjin V-tec nya lalu meninggalkan kami di belakang. biarkan dia kerana mereka ingin berjumpa
geng van yakuza di Masjid Kristal.
sampai di Pulau Kerengga, mandi, solat, gosok baju dan terus ke bandaraya Kuala Terengganu untuk mengambil ujie di stesen bas dan terus ke Bukit Payung. makcik ni join je terus bising seh. semua benda nak cerita. kambing dalam bandar Kota Bharu lah, Kota Bharu kotor lah, Kuala Terengganu cantik lah. macam-macam.
dengan sampai nya kami di rumah pengantin baru (ehem ehem), maka tercapai lah objektif utama road trip kali ni. pengantin baru bukan main lebar senyuman kat mulut, bersalam sana sini. siap lah malam tu kena basuh kawah periuk lah korang. haha.
habis makan makan, kedua-dua wanita tersebut mahu memenuhi objektif road trip yang kedua : membeli belah di kedai tudung 5 sen. ini aku dan zaren tak join la. aku tak tahu la banyak mana dieorang memborong tudung sampaikan aku dan zaren tertidur di dalam kereta. lagak seperti suami menunggu isteri membeli belah. fuh, nasib aku bujang. balik rumah terus tidur. aku sangat mengantuk sebab tak tidur sepanjang malam. tapi sempat melantak seekor ketupat sotong. sangat sedap. maveles.
pagi ahad, selepas ke pantai kami ke Chendering untuk makan nasi dagang. ini pun sangat maveles. habis makan sempat pulak zaren dan ujie kena temuramah dengan TV2. masing-masing dah perasan glemer sekejap. habis pung pang speaking scrumptious recommendations semua kedengaran.
singgah sekejap di Golden Pharos Berhad (tempat praktikal dulu) sebelum menuju ke Taman Tamadun Islam. kalau dah ke sini apa lagi nak dibuat kalau bukan untuk bergambar. kata hantu bergambar kan. haha. jadi sudah jatuh hukum wajib di situ untuk bergambar.snap snap snap lompat lompat lompat posing posing posing semua, semua dah kehausan dan kelaparan. lalu selaku pengarah program dan pemandu pelancong, aku membawa dieorang makan ikan dan makanan laut yang dicelup tepung di Teluk Ketapang, belakang airport. dan aku tak sangka shepha tak pernah makan ikan celup tepung.
masa ni dah petang dan semua tak sabar nak mandi laut. tapaukan sata dahulu untuk mandi di private beach. serius. pantai yang saaaaangat cantik dan sangat private. memang hati riang ria untuk mandi dengan gembira.
kepenatan mandi laut belum hilang, ditambah pula dengan kepenatan makan sotong bakar dan bersembang berbual sehingga larut malam. ba'ang dan isteri (jue) pun ada sekali pada malam tu.
kami gerak balik pagi hari isnin. orang kata kalau ke Terengganu tak sah la kan kalau tak beli keropok sampai berpuluh-puluh ringgit. dak-dak ni pun tak mahu kalah untuk bersesak-sesak di pagi hari. juara membeli keropok lekor jatuh kepada ujie dengan 6 plastik sangat berat Ya Allah sakit tangan aku nak angkat. singgah di Kuala Kemaman untuk beli sata dan otak-otak kat kedai mahal nak mampus. mati lah kau tuan kedai. dan sepanjang perjalanan balik ke KL, suasana dalam kereta dimeriahkan dengan persembahan lucah dari miss ujie. arr arr.
* semua gambar adalah objek dan pemandangan. klik
sini untuk lihat semua gambar. itu pun kalau kau kawan aku lah. haha