Tuesday, March 31, 2009

dua keping ni bukan aku yang tangkap...

erina dan dak wan di dalam ke-oren-an

putihnya kak na. apa rahsianya? hahaha.

editing mood : Incubus ~ Love Hurts

Sunday, March 29, 2009

siapa kata putrajaya takde selut?

selepas ini dan ini mengupdate menggunakan tajuk entry yang sama,sekarang tibalah giliran aku. walaupun sebenarnya idea ini datangnya dari otak geliga aku,tapi takpe, aku tak mintak pampasan. haha.

minggu lepas, telah berlangsung APPAS bersempena pertunjukan belon panas di putrajaya yang panas. agak mengejutkan apabila abaan pok ya juga menyertai YSK untuk edisi kali ini.haha. bosan duk putrajaya barangkali.
* APPAS : Aktiviti Piknik Putrajaya Anjuran Shepha
* YSK : Yubiyu Sayap Kiri

aktiviti dimulakan dengan acara memenuhkan perut di alamanda.

Perhatikan muka Miss Exec yang bulat dan muka System Analyst yang blur

Abaan Pok Ya a.k.a bakal pengantin..haha

acara kedua adalah acara membakar lemak. tetapi hanya lemak di tangan yang berkurangan. sedikit di kaki dan lemak di perut langsung tidak terusik.

Ini baru permulaan

L untuk Lang Legar a.k.a. Lopan
L untuk Lalang
E untuk Encree
D untuk Darknight
S untuk Shepha

pertandingan kali ini pada asalnya adalah pertandingan bowling di antara YSK. kemudian bertukar sekejap kepada pertandingan di antara BITS dan BITD. tetapi akhirnya bertukar pula kepada battle of the sex apabila kedua-dua peserta wanita mengalami kemerosotan jatuhan pin. oh, mungkin kalah teruk kerana kehabisan tenaga. dan juaranya? ehem ehem.

sebelum menyaksikan pertunjukan belon panas, sempat menemani Miss Exec membeli seterika baru di Carrefour Alamanda. kemudian disusuli membeli barangan keperluan untuk APPAS. sedikit maklumat tambahan. bagi Miss Exec, Carrefour tu macam kedai runcit je. huish, dahsyat sungguh.

Siapa punya kaki berkasut hitam tu?

Belon panas sudah muncul!

akhirnya, belon panas yang ditunggu-tunggu sudah muncul.
bentuk belalai gajah pun ada.

Banyak lagi sebenarnya ni..

Burung merak baru nak naik

Shepha cuba merendah diri

ini adalah perkara wajib...err wajip dilaksanakan dalam mana-mana aktiviti YSK. mereka akan auto-melompat apabila berhadapan dengan lensa kamera.

Jangan tengok perut lopan!

kesian budak ni, terkial-kial menyelamatkan diri dalam belon atas tasik. saling tak tumpah macam hamster kena dera.

Anak siapa la ni?

tapi apa kaitan tajuk entry dengan belon panas?
oh, sebenarnya semasa sampai di presint 2 tempat pertunjukan belon panas berlangsung, cik bibah kepunyaan miss exec sudah pun lekat dalam selut. kami teruskan juga APPAS tanpa menghiraukan keadaan cik bibah. selesai APPAS baru menjalankan misi menyelamatkan cik bibah. sempat jugak cik bibah main-main renjis selut dengan lopan sebelum pulang. haha.

notakaki : kredit kepada kamera lopan. tu pasal lambat update.

Tuesday, March 24, 2009

3 dalam 1, tapi bukan nescafe instant...

cerita 1

pada suatu hujung minggu yang bertambah satu hari kerana cuti maulidur rasul.

saing 1 : wey, jum tengok wayang. takde apa nak buat ni. cuti 3 hari.
aku : nak tengok cerita apa?
saing 1 : cerita apa yang best sekarang?
aku : slumdog millionaire kut. kawan aku cakap cerita tu best.
saing 1 : bereh je. nak tengok kat mana?
aku : ioi takde tayang cerita tu aku rasa. one utama ada lah.
saing 1 : jauh kut. ko tahu ke jalan nak g sana?
aku : entah. google map sudah.
saing 1 : jalan ke one utama aku tak tahu. nak g OU aku tahu lah.
aku : ???

cerita 2

pada suatu pagi di hujung minggu yang biasa.
ini perbualan di laman sembang facebook.

budak enjin : apa cerita bro?
saing 2 : bereh je.
budak enjin : ada katne?
saing 2 : opis. eh, boleh chatting ke dalam menda alah ni?
budak enjin & aku : LOL!

cerita 3

ini kejadian waktu malam. bukan di hujung minggu.

saing 3 : watpe tak tidur lagi malam-malam ni?
aku : saje online. YM seketul dua sambil baca blog manusia-manusia hebat.
saing 3 : ah, cakap je la ko tengah update blog.
aku : biasa ar. haha. eh, mana ko tahu aku ada blog?
saing 3 : biasa la. aku pun celik it. sekarang aku tengah baca blog ko ar ni.
aku : oh, sila-sila.
saing 3 : ko nak makan secret recipe ke hujung minggu ni?
aku : saja je cakap. bukan best pun.
saing 3 : apsal nama dia secret recipe? kedai apa tu yang rahsia sangat?
aku : LOL! tu kedai jual kek lah.
saing 3 : mana la aku tahu.
aku : kata celik it. google je lah!

kamus : saing = kawan

Sunday, March 22, 2009

baru 2 minggu...

Selamat Pengantin Baru Wan & Erina

nota kepada kak erina : minta maaf la yer. tak dapat menghadiri majlis perkahwinan anda.

Thursday, March 19, 2009

perancangan...

sekarang perut mintak diisi.
budak-budak enjin pulak lambat bersiap.
itu la, pukul 11 malam baru balik kerja.
cepat la sikit mandi tu woi!!

hujung minggu ni dieorang kerja jugak.
ah, sangat bosan.
takde saing untuk dihasut ajak tengok wayang dan makan secret recipe.
kebetulan shepha ajak tengok belon panas kat putrajaya.
bak kata seorang saing,
"elok la buat pertunjukan belon panas kat putarajaya. sama panasnya macam putrajaya"
aku tak ingat siapa dia.
kalau kau orang itu, tolong tinggalkan jejak yer.

kalau belon panas terbakar kerana kepanasan putrajaya, nampaknya aku akan melihat matahari pada pukul 5 petang sabtu dan ahad ni.

shepha si-pengajak, zaren si-patah-hati-kut dan nughul si-patah-kaki-sebab-takde-kenderaan-sendiri, kalau betul jadi ahad ni, sila roger.

notakaki : aku tak letak link korang, ini entry sebelum pergi makan. lapau wey!!

Monday, March 16, 2009

aku penat nak update blog...

shepha, aku langsai akan hutang tag hang dengan mas kawen 3 sen tunai.
cukup tak?

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
entah la. mak bapak aku tak pernah pulak nak cerita benda-benda ni semua. yang pasti, dalam 5 orang anak jantan dieorang, aku seorang je ada MOHD. patut la perangai aku sangat terpuji.

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
semalam masa drive sorang-sorang dari rembau ke kuantan. budak lelaki tak menangis depan orang. hehe. ok, ini penipuan semata-mata. jangan percaya.

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
biasa saja, takde la suka sangat. tapi kawan-kawan selalu puji "cantik la tulisan ko keri..macam tulisan perempuan". pernah kena tuduh suruh budak perempuan tuliskan esei sebab cikgu ingat kawan perempuan saya yang tuliskan. tengok, bukti da ada.

4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
mestilah begedil a.k.a. pegedil. entah, aku tak tahu nama sebenar ketulan daging tu.

5. DO YOU HAVE KIDS?
ramai gila. 24 orang anak saudara. lagi sekor seorang nak keluar bulan 8 ni. habis bajet hari raya aku nanti.

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
tak nak. mohd khairi seorang yang super baik hati, tidak kedekut dan tidak kemut. lagi pun dia suka baca blog.

7. DO YOU USE SARCASM?
s.a.r.c.a.s.m? apakah? penyelia bahasa, tolong terjemahkan. terima kasih.

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
ada. sebab seingat aku, aku tak pernah buat operation buang tonsil. err, tonsil tu yang berjiran dengan anak tekak tu kan?

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
mesti la mahu. nak terjun dari jejantas KLCC. jumping syndrome da selalu sangat buat dengan spesies fotogedik.

10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
tak makan cereal. perut saya perut melayu.

11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
tak pernah untie semenjak hari pertama beli kasut tersebut.

13. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
aiskrim mekdi yang kawan-kawan belanja.

14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
tengok muka dia ada jerawat ke tak.

15. RED OR PINK?
blue film

16. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
isi melimpah ruah di bahagian abdomen yang melindungi 6 kotak saya.

17. WHO DO YOU MISS THE MOST?
kaum kerabat keluarga dan kawan-kawan. oh, rindu kepada manusia yang saya jumpa di seremban sudah hilang. alhamdulillah.

18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
paiseh. hahahaha. mung memang jadi mangsa tag aku sokmo!

19. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
seluar track warna biru gelap yang aku curi masa duk asrama dulu. kat dalam, boxer warna hitam ada bentuk love warna pink. tengah pakai kasut kulit kaki.

21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
mesti lah jai ho! my current favourite song. kata lah nak kata aku hantu hindustan pun.

22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
coklat. sebab warna ni jarang budak-budak guna.

23. FAVOURITE SMELLS?
pewangi nautika. sangat wangi. aku mesti beli 14 botol.

24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
kakak aku yang tengah mengandung. dia bagitahu dia da sampai rembau. sempat lagi mengadu anak dia duk tendang-tendang pundi kencing dia. mengadu la kat laki kau.

25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
entah, siapa pun aku tak kenal. teringin nak jadikan dia bola tampar. boleh digging, boleh spike sebab dia bulat. haha.

26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
semua sukan aku layan tengok. tapi satu haram pun aku tak reti main. termasuk bola sepak.

27. HAIR COLOUR?
sah-sah la hitam!

28. EYE COLOUR?
aku perasan mata aku jadi warna coklat kalau kena cahaya matahari. hebat kan?

29. DO YOU WEAR CONTACTS?
tak nak pakai tapi akan pakai kut. sebab sepanjang opis hour aku mengadap monitor.

30.FAVOURITE FOOD?
satay pak mezah kat kelulut. nasi dagang makcik pak him masa hari raya. mee goreng kakak aku yang beranak empat.

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
apa kes tengok scary movies. tak ilmiah langsung. happy endings boleh layan la.

32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
Dragonball Evolution. kena hasut dengan budak-budak enjin.

33. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
coklat gelap. orang putih kata dark brown. baru beli semalam. lalala~

34. SUMMER OR WINTER?
sesekali ku teringin nak merasa winter. mana tahan tengok kawan-kawan dalam facebook duk main salji. ini boleh mendatangkan kejelesan beb!

35. HUGS OR KISSES?
hugs la. lagi-lagi la musim hujan sekarang ni. dalam selimut pulak tu. adushh, hangatnya lebih dari biasa.

36. FAVOURITE DESSERT?
winston 14. merah punya ya.

37. MOST LIKELY TO RESPOND?
kalau dengar orang cakap "kawan kita si polan jantan dengan si polan betina kena tangkap basah semalam kat dalam semak". konpem aku orang pertama yang respon. nasib setakat ni takde lagi dengar orang cakap macam tu.

38. LEAST LIKELY TO RESPOND?
"bila nak belanja aku?". boleh blah la lu! haha!

39.WHAT BOOK ARE YOU READING?
utopia. kipas-susah-mati ni.

40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
takde pad-tikus. pakai pad-sentuh saja.

41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
konsert pertama akademi fantasia musim ke 7. ramai yang berstatus mak budak. suara nak rare. kunun-kunun nya la. nyampah i!

42. FAVOURITE SOUND(S)?
banyak. teeetttttttt. tut tut. "mat kool mat kool kawanku." tiap-tiap hari mesti dengar pakcik india tu lalu depan opis. yang ni paling best. preeeeeeeeetttttttt. diikuti dengan bau kasturi dari syurga.

43. ROLLING STONES OR BEATLES?
errr, haram tak suka lagu orang-orang tua ni.

44. WHERE IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
alaska. in my dream la. ok ok, dunia nyata. bahagian utara, negeri perlis, bahagian selatan, negeri johor. nanti nak pergi singapura dengan ujie. hahaha. kepada boipren-ujie-yang-aku-tak-tahu-apa-nama-kau, kami bukan pergi 2 orang saja ok.

45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
boleh layan tidur sampai pukul 5 petang. ada beran celen gua?

46. WHERE WERE YOU BORN?
tranung la weyh. ambe tranung pior!

47. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
paiseh!

notakaki : puchong - shah alam - seremban - rembau - kuantan - shah alam - puchong = sangat penat.

Thursday, March 12, 2009

budak lelaki - keluar - malam


notakaki : akak baju pink bukan geng kami.

Sunday, March 8, 2009

Slumdog Millionaire : bukan hindustan tipikal.


Jai Ho - Slumdog Millionaire OST

jai ho
jai ho

aaja aaja jind shamiyane ke tale
aaja jariwale nile aasman ke tale

jai ho
jai ho

ratti ratti sachi maine jaan gavayi hai
nach nach koylo pe raat bitayi hai
akhiyon ki neend maine phoonko se uda di
neele tare se maine ungli jalayi hai

aaja aaja jind shamiyane ke tale
aaja jariwale nile aasman ke tale

chakh le ha chakh le ye raat shahad hai chakh le
rakh le ha dil hai dil aakhri had hai rakh le
kala kala kajal tera koi kala jadoo hai na

kala kala kajal tera koi kala jadoo hai na

aaja aaja jind shamiyane ke tale
aaja jariwale nile aasman ke tale

jai ho
jai ho
jai ho
jai ho

kab se ha kab se tu lab pe ruki hai kah de
kah de ha kah de ab aankh jhuki hai kah de
aisi aisi roshan aankhe roshan dono bhi hai hai kya

aaja aaja jind shamiyane ke tale
aaja jariwale nile aasman ke tale

jai ho
jai ho
jai ho
jai ho

notakaki : ni rasa macam nak menari ni.
notakakitempang : adegan menari hanya di akhir cerita.

Friday, March 6, 2009

bagai kambing menanduk bukit...

2 minggu lepas aku balik kampung. balik semata-mata nak ambil exam. exam apakah? exam yang sama je dengan shepha dan nughul. nama rasmi exam tersebut; Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam - Pegawai Tadbir dan Diplomatik. pergh, gila panjang nama exam. nama nak gempak kan. memang ler, jawatan tu bukan calang-calang weyh. keje dengan menteri tu. siapa-siapa yang dapat memang bertuah la. tambah lagi budak-budak baru habis belajar. pakcik-dalam-tenet amek exam 5 kali pun tak lulus-lulus.

balik pun bukan semata-mata exam tu jugak la. since exam tu buat kat hometown, (ceh tak nak reveal kampung kat mana kunun), jadi nawaitu dalam hati balik sebab nak jenguk kaum kerabat keluarga je la. lagi satu, nawaitu sebab nak amek IQ test dan pengalaman.(sebab da tahu memang takkan lepas punya) nanti kalau orang tanya kau pernah amek exam PTD, dengan bangganya aku jawab, "pernah, ko pernah?". ceh, amek exam je pun. haha!

soalan dia takde la susah mana. cuma kepala otak memang kena penuh dengan segala benda pasal Malaysia la, tu saja. kalau kau orang bangla, lain cerita la. semua sekali ada 5 bahagian. bermula dari pukul 9.30 pagi sampai 4 petang. ada soalan matematik, karangan bahasa inggeris, karangan bahasa melayu, pengetahuan am dan pemahaman. dalam bahagian pengetahuan ni la kau kena tahu pasal malaysia. sukan, hiburan, undang-undang dan segala macam lagi. senang cerita dari A sampai Z la.

dalam soalan pemahaman, banyak peribahasa pelik-pelik yang akan keluar. dia punya peribahasa memang sangat dahsyat. sebagai contoh, tu tajuk kat atas. memang rare. disyorkan untuk merujuk kepada Karam Singh Walia untuk bahagian ni. tapi tak perlu nak belajar gaya angkat tangan macam dia tu.

owh, lupa nak bagitahu. bahagian karangan ada 3 soalan je, perlu pilih 1. bahagian lain ada lebih kurang 60 soalan, dan perlu dijawab dalam masa 45 minit. mana sempat beb!

Terengganu Equestrian Resort - tempat kejadian.

notakaki : sampai sekarang aku tak tahu apa maksud bagai kambing menanduk bukit.
notakakipalsu : aku pakai handset cap ayam. takleh snap gambau dalam dewan exam.

Monday, March 2, 2009

aku nak tanya pendapat pasal ni...

klik untuk tumbesaran gambar.
tak payah susah-susah nak kecikkan mata.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.