Wednesday, November 26, 2008

break my leg...

masuk opis, terus bukak sistem.
update mana2 yang patut.
sebab arini aku ada presentation ngan supervisor.
fuh, chuak jugak seketul dua.
bersiap sedia la anda keri.

nota kaki : kejadian seperti ini hampir berulang. nasib belum sampai havana.

Sunday, November 23, 2008

'baik'nya mak aku...

adesh, penat.
memang besh sekali sekala bersukan, keluarkan peluh jantan.
main volleyball, tangan sakit kaki pun sakit.
sakit macam mana pun kena balik jugak.

sampai rumah, gelap, berkunci.
owh, ni mesti mak bapak aku g masjid.
baiknya mak bapak aku macam tu.

mana dieorang letak anak kunci ni.
biasa letak atas tiang depan pintu ni je.
(amaran keras : jangan cuba2 nak datang mencuri rumah aku!)
ish, takde la atas tiang ni.
cari tiang sebelah.
takde jugak.

habis semua tiang dah digeledah, masih tak jumpa.
tiang seri tegak berlima tak termasuk, sebab dalam rumah.
dalam hati, mungkin dieorang terbawak g masjid kot.
takpe la, lepak la kejap.

selang beberepa minit, dieorang balik.
tolong bukakkan pintu pagau.

"bakpe dok masuk lagi?" mak tanya

"anok kunci takdok. mok bowok ke? kita cari atas tiang2 dok jupe."

"doh tu, cari atas tiang je? len kali cari la dalam kasut ke, dalam pasu bunga ke. kuali betol."

mak kata saya kuali???
=(

Thursday, November 20, 2008

noodle station dekat bus station...

maveles.
memang sedap makanan kat sini.
tambah lagi bila orang belanja, dia punya rasa jadi makin lazat dan nikmat.
haha.

sangat kenyang.
errpp.

Monday, November 17, 2008

penghisap yang sangap...

beberapa hari lepas, kat opis.

encik basir : keri, da lama kita tak g havana sama2
(havana = tempat berasap)

aku : ok, jum.

sampai kat havana

aku : aiseh encik basir, saya terbawak kotak rokok kosong la. cam mana ni?

encik basir : owh, takpe. amek rokok saya je. tapi saya punya texas je la.

aku : takpe, asalkan rokok.

encik basir : texas pun tinggal sebatang je keri oii.

aku : (mata terkebil-kebil menahan sangap)

Sunday, November 16, 2008

jalan-jalan masuk hutan, masuk sawmill

ni cerita da lama gila, tapi tak sempat dihapdet. jangka masa lebih kurang sebulan yang lepas. aku combine 2 tempat sekaligus untuk menyenangkan keje menghapdet.

ok, mula2 cerita pasal masuk hutan. sebelum masuk hutan, kita singgah kat Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu a.k.a. KPKKT dulu. da nama praktikal kat company balak kan, mesti la related ngan kayu2 balak ni semua.

owh, KPPKT ni letaknya di Bukit Besi. aku tak tahu bukit besi ni under daerah Dungun atau Hulu Terengganu. for sure, bukit besi ni kawasan jin bertendang tenduk. haha, orang bukit besi jangan terasa hati. nanti kena sumpah jadi besi.

lepas briefing bla bla bla kat opis dia, baru masuk hutan. since nak masuk hutan ni kena guna jalan lori balak, so kena ar naik 4wd. aku naik hilux.

aku ngan encik basir naik hilux 2nd last. bila da dok belakang, semua debu melekat. on da way, hilux kak has-nor-gee-ila ada problem. terpaksa la tumpang kan dieorang ni. gee-ila naik hilux aku-encik basir, kak has-nor naik hilux last sekali. da macam PATI kena seludup da aku tengok dieorang ni. haha.


selepas sesat jalan, patah balik, baru sampai ke compartment tu. sampai sini, ada sikit briefing bla bla bla untuk board directors. kami dengar sambil snap2 gambau. pastu ada la skit demo tebang balak. penah masuk hutan tengok orang tebang balak?


sebelum kuar, jum kita bergambau beramai2 dulu. bak kata orang putih, take nothing but pictures. bahaya woo amek benda2 dalam hutan. kang ada yang mengikut balik.


sebelum balik, kasi isi perut dulu. lauk gulai ikan patin + gulai ayam + gulai daging + ikan kering + sambal belacan + ulam-ulaman, perghh memang nikmat masuk perut. pastu sental pulak ngan air sirap sejuk. tambah lagi ngan layanan tip top dari abang dara dan pelayan-tangan-berbulu. haha!

------------------------------------------------------------------------

cerita ni pulak seminggu selepas cerita yang kat atas. yang ni takde masuk2 hutan ke apa, cuma masuk kilang papan a.k.a. sawmill je. ni sawmill Pesama kat Kemaman. yang ni dalam bandar, tepi sungai kemaman.

kat sini takde mende sangat pun, cuma nak tunjuk keadaan dalam sawmill je. mesti tak tahu macam mana rupa dalam sawmill kan, meh sini aku tunjuk.


macam biasa, sebelum balik mesti la kena penuhkan perut. mana tak gemuk fit badan aku, makanan semua sedap. uh la la. maveles.

Tuesday, November 11, 2008

ini jagung faidzul yang telah dibuang bulunya...

Sunday, November 9, 2008

pengalaman ngeri orang kampung masuk bandar

minggu lepas pergi tengok perasmian lumba kuda lasak kat stadium sultan mizan gong badak. memang syiok beb. boleh tengok ramai orang putih, boleh tengok bunga api secara langsung, boleh tengok konsert mawi dan banyak lagi yang boleh tengok.biasa lah, aku-bidin-pok-mizan-along bukan biasa tengok benda2 tu semua kat bandaraya kuala terengganu ni.masa ni la nak tengok.

tapi bukan tu yang aku nak cerita kat sini. disebabkan minggu lepas pergi stadium tu, teringat balik kisah memalukan a.k.a. mengerikan berkaitan stadium tu.aku rasa keMALUan aku da tak berapa besar, so meh aku cerita pasal minggu lepas.

al kisahnya bermula sebelum semayang jumaat, aku-bidin-mizan-lee-lee bercadang la naik main bowling.kalau ajak budak kl, memang da nak muntah da bila dengar bowling.tapi kami orang terengganu, tak penah main.so pukul 5 petang lebih kurang dieorang ambik aku kat rumah.wah,cool gila keta lee;daihatsun yang da layak jadi besi buruk.jangan pandang rendah, pergi johor pun boleh sampai tau.tu tuan punya kereta la yang kata,bukan aku yang kata.takpe, kita tengok performance dia.

sampai kat kuala ibai, gila ramai orang. owh, ada pameran kuda sokmo rupanya.ingatkan nak main bowling kat TER tu je, tapi da penuh sesak macam tu, tukar plan main kat diman's bowl, gong badak pulak.sampai kat lampu merah traffic light mydin, kereta mati. ah sudah, kereta lee sudah mula buat perangai. start enjin,nasib baik leh start balik.sampai atas jambatan, hujan pulak turun.mizan kat belakang hulur kain tuala untuk lap cermin depan.hampeh, viper pulak tak function.nak tak nak, lee drive dalam keadaan hujan lebat gila.sampai kat simpang bukit tunggal, kereta mati lagi.adush, berapa banyak kali mati daa.nasib baik sekali lagi, leh start balik.hujan still turun sampai ke stadium gong badak.

sampai kat stadium tertutup gong badak, kereta mati lagi. tapi kali ni memang betul2 mati. takleh start langsung. buka bonet depan, godek sikit2 sorang pun still takleh nak start."lupakan kereta, kita main bowling dulu." bidin kasi cadangan. weyh, jauh seyh dari stadium tertutup nak menapak ke stadium utama.(diman's bowl kat stadium utama)da la hujan renyai2.nak tak nak, jalan kaki la.

masuk tempat bowling, manusia melimpah ruah.time maghrib pun ramai orang jugak.da nampak macam setan2 berkumpul kat tandas pulak time2 maghrib macam ni.kami tunggu turn je la,sambil2 tengok skill orang lain.nanti leh praktikkan.yezza, lane 12 da kosong.apalagi, terus ke kaunter kasi sen-ambil kasut. lee-lee tak nak main.aku-mizan-bidin paksa jugak suh main.apa barang datang jauh2 meredah hujan dengan kereta daihatsun, sampai sini tak nak main.

masa main,tak perlu la nak bagitau aksi budak-1st-time-main bowling.bola masuk longkang, itu memang biasa bagi beginner. bola strike, itu tak berapa nak biasa. bola terpelanting ke belakang, euww, itu memang mengerikan.tapi takpe la, kami main bayau duit kami.lantak la nak baling macam mana kan.

abis main, kena pikir pasal kereta lagi.on da way ke kereta, tapak selipar aku pulak tertanggal.adush.apa malang nau nasib aku hari ni.sampai keta, tukau pakai kasut lee,setel.tapi masalah kereta tak setel lagi.godek punya godek punya godek, leh start.yahuu! boleh karok pulak.tapi kegembiraan yang disangka berpanjangan rupanya tak kekal lama, kereta mati lagi dekat simpang 4 bukit tunggal.godek godek lagi, kereta leh start balik.kali ni bidin pulak drive.sampai kat simpang 4 mydin ni lah kemuncak segala kemaluan a.k.a. kengerian berlaku.kereta bertuah tu mati kat traffic light yang gila banyak kereta.da la dok depan sekali, pastu mati takleh nak start balik.sekali lagi nak tak nak, terpaksa kuar kereta menolak kereta disaksikan mata2 yang memandang.rasa muka da macam takda je masa tu.nak buat macam mana kan, da nasib.

tolak sampai lepas traffic light tu, then sadaikan tepi jalan.kali ni memang da takde idea da macam mana nak godek kereta tu.solution, call semua member2 yang tinggal berhampiran.mujur la pokri ngan emmy ada kat mydin mall kat seberang jalan tu.harap2 dieorang datang ngan kereta.pokri sampai, kami swap bateri kereta.fuh, nasib baik leh start.lega yang amat.hajat nak berkarok da kendur sebab semua badan da tak bermaya.sambung len kali la karok.yang pasti, aku memang ngeri ngan kereta daihatsun lee.

Wednesday, November 5, 2008

uwek..uwek..

jap, jangan fikir yang aku pregnant.
sebab aku memang tak akan pregnant sampai bila2.
tadi aku muntahkan balik nasi + telur + kacang botol yang aku makan.sebabnya
ada ulat dalam nasi aku
celaka punya kedai mok ngoh depan sekolah sultan sulaiman tu.

Tuesday, November 4, 2008

aku ingatkan greenday nyanyi lagu melayu


bunkface - situasi

Sunday, November 2, 2008

menggeledah phonebook...

aku takde mood nak hapdet ape sekarang ni...
cuma layankan tag dari nad ni je...

senaraikan 10 nama dalam phonebook yang pelik/menarik

1. aaaaaaaaaaaaa
13 biji 'a' untuk short code check baki credit. aku malas nak taip *124#. korang memang pandai, aku pengguna celcom.

2. adli shiot *
budak fkekk ke fke entah, aku tak ingat. tapi aku paling ingat dia punya trademark shiot tu. kalau dia sebut 'siot', jadinya 'shiot'. lidah bercabang kot.

3. ayu sudah *
budak kelas fendy kot. kenal dia masa meeting pesta konvo tahun lepas. aku tanya nak letak nama ape, dia kata "ayu sudah".

4. budak poli kota asal kelantan
tak tahu mana aku dapat nombor ni. sampai sekarang tak bagitahu nama betul dia.

5. din babi
'kawan' paling baik pernah aku jumpa. tu pasal aku letak nama dia macam tu. baik perangai, baik rupa, sama je.

6. fiq konon
nama mak bapak kasi; zulfadli bin tahir. tapi macam mana dia boleh adjust nama dia jadi fiq padahal kat rumah dia pun panggil nama penuh.

7. flush tandas utm
kenal since matrikulasi,member satu aras. memula dia suruh panggil 'flash' tapi si asrul tukar jadi flush. jahat la ko rul!

8. ika kangkong *
BITDian, lain group ngan aku. aku pernah dengar ina panggil dia kangkong, terus aku save. takut tertukar ngan ika group aku.

9. kapten askar
abang ipar aku. dalam askar ada pangkat kapten ke??

10. tokey tuak nipah
dia ni anak sepupu aku. muda2 da jadi tokey tuak nipah. tak tahu tuak tu apa? air nira la.

notakaki : semua nama bertanda * akan menerima baucer sumbangan giant. percaya sangat, tu tandanya dieorang budak utem la.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.