Thursday, November 22, 2012

Bangkok & Ayutthaya: Part #4

Selepas 2 jam lebih, kami sampai kat Ayutthaya. Turun dari tren, mula-mula cari tandas dulu. Pesen senang bocor macam tu lah. Lepas tu baru melilau mana nak cari tempat yang boleh landing atas katil.

Kami sampai sana lebih kurang pukul 12 tengah hari. Panas kot, matahari terpacak atas kepala. Masuk 7e kejap cari air. Sambil tu tanya arah nak ke pekan sebab kami dah siap-siap target satu guest house ni. Kejap lagi aku cerita pasal guest house tu.

Pekerja 7e situ kurang pandai cakap omputeh sikit. Internet kat henpong Adilak pun lembab. Tak boleh nak gugel lokasi. Keluar 7e, main terjah saja lah. Tanya sana sini. Sebelum nak ke Pekan Ayutthaya, kena naik sampan menyeberang sungai dulu. Bayar THB 2 je.

*ketar-ketar tanda dah lama tak naik sampan*

Sampai sebelah sana, jalan lagi cari lagi melilau lagi. Cari punya cari jumpa jugak Ayutthaya Guesthouse ni.



Haa, ni la guest house tu. Murah je, lebih kurang MYR 19 satu malam. Aku dapat satu bilik besar untuk sorang. Whoah! *lompat atas tilam*

Check in, merebahkan diri atas tilam ah sedapnya sedapnya, lepas tu aku turun bawah lepak dengan tuan punya guest house.

Aku lupa dah apa nama orang tua ni.

Sembang punya sembang bla bla bla Thailand minyak mahal bla bla bla untung lah orang Malaysia minyak murah bla bla bla dulu guest house ni banjir paras leher aku cakap kau bla bla bla sambil aku pakai wifi free main tuiter.

Lebih kurang pukul 3 budak 2 orang tu turun sebab pukul 4 kami nak naik sampan lagi pusing-pusing Sungai Chao Phraya! Weehoo! Sebelum tu ada masa lagi nak jenguk pekan ni kejap.



Pusing-pusing pekan dia kejap. Tak besar sangat pun. Ada lah lebih kurang 1 kilometer je kami jalan dari guest house tu. Lepas tu patah balik guest house sebab ada tuk-tuk akan datang jemput kami untuk hantar ke jeti.

Dah sampai jeti, naik lah apa lagi duk terhegeh-hegeh!

















Banyak jugak tempat kami singgah sepanjang Sungai Chao Phraya ni. Tapi bosan lah jugak sebab semua kuil Buddha saja. Kalau singgah masjid ke surau ke boleh jugak singgah solat sunat. *betulkan kopiah*

Masa kami sampai Ayutthaya ni, musim hujan baru nak mula. Ada rumah-rumah kat tepi sungai ni yang dah naik air.

Sedar tak sedar, 3 jam jugak keliling sungai ni.

Masa sembang dengan tuan punya guest house tadi, dia kata nanti suruh brader-bawak-bot tu hantar kat pasar malam lepas habis river tour. Jadi aku pun cakap kat lah brader-bawak-bot tu suruh hantar kami kat pasar malam. Sedang elok perut masing-masing dah lapar.

Sampai pasar malam, ah nanti lah aku sambung lagi dalam next entry.

7 tukang komen:

Siti said...

rumoh 2 tingkat tu memang duk bergenang dlm air gitu ke yiyis?

Siti said...

oh...cpt sgt komen. banjir rupanya...hahaha...

hzrh said...

aku tau dah sapa yang pesen senang bocor tu! kahkahkah

k.e.r.i. said...

Siti ~
peseng derah nok komen, jadi gini lah.

hzrh ~
selain aku dengan kau, siapa lagi kalau bukan Najwa Latip. haha!

syieda said...

hi salam kenal,

cepat2 sambung entry jenjalan ni...tetiba teringin gitoo nak g thailand. tiru itinerary bule?

Jard said...

Ehhhhhhh..ingatkan ko dok Street Lamp. LOL

k.e.r.i. said...

Syieda ~
Sila lah tiru. Jangan lupa letak sekeping 50 hengget tepi tu. Haha.

Jard ~
Bukan sama je ke Guest House tu dengan Street Lamp tu.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.