Wednesday, September 8, 2010

2 hari sebelum raya (kalau raya hari Jumaat)

Photobucket

aku rasa sekarang ni dah ramai yang cuti dan dah ada kat kampung masing-masing. tapi ada jugak yang masih kat pejabat; macam aku ni. bukan berlagak rajin, tapi disebabkan kesempitan cuti, macam ni lah nasibnya. tapi takpe. yang penting pagi raya kita terpacak kat rumah berkumpul dengan sanak saudara. yang kena kerja pada pagi raya tu nak buat macam mana dah kan, nasib badan. padan lah muka korang. muahahaha.

tahun ni punya persiapan raya lebih kurang je dengan tahun lepas. beli ala kadar je untuk diri sendiri. cukup setakat sehelai jeans dan se______ (tolong isi penjodoh bilangan) wallet a.k.a beg duit lelaki. baju melayu? tak perlu kot. sebab aku dah ada 5 pasang baju-melayu-yang-aku-baru-pakai-sekali. 3 pasang pakai masa raya dan lagi 2 pasang lagi masa majlis kahwin kakak-kakak aku dulu. lagi pun fesyen baju melayu takde lah berubah sangat. macam tu juga.

sebelum aku balik kampung petang ni (lepas balik kerja terus balik), aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada kaum keluarga dan kawan-kawan dalam dunia blogging / silent reader (ada ke?) / fesbuk / twitterjaya. pendek kata kepada semua lah. pohon maaf zahir dan batin. sambut lah raya dengan meriah tetapi sederhana. jangan makan banyak. nanti seluar makin ketat. <-- peringatan untuk diri sendiri.

bye.

10 tukang komen:

zonaku said...

hati2 di perjalanan.....

rAmiZa.mY said...

balik kalu ade rezeki, ade kapkek..

selamat hari raya

Anonymous said...

jangan main mercub sangat

green said...

selamat hr raya juga :)
bj melayu jarangnyee pakai.Solat jumaat pakai apa?

ReActivate said...

::: salam k.e.r.i pekabar? eh nampaknyer sama plak lagu feberet.. the script, mmg best lagu tuh.. [huhu] kecoh gak khabar angin kata raya tak ikut kalendar as usual. satu malaya, sampai ke JB! nih mesti sorang kecoh, yg lain tambah2 lagi garam ler [hehehe]. nih kat mana ni? kampung ker bandar? [huhu] saya dah kat KL.

~ Selamat Hari Raya Aidilfitri bro, maaf zahir batin.

k.e.r.i. said...

zonaku ~
baek!

ramiza.my ~
yeah! kapkek!

fndrocka ~
bunga api pun aku tak main.

green ~
solat jumaat pakai baju melayu gak kadang-kadang.
tapi baju melayu lain.

ReActivate ~
selamat hari raya bro.
skang dah balik KL.

abigemok said...

selamat hari raya! :)

Kuwe said...

sebutir wallet.

selamat hari raya etek boh.

k.e.r.i. said...

Kyuubi_85 ~
selamat hari raya!

Kuwe ~
sebuter deh? bereh.

FarEast said...

wah! tak per raya setahun sekali ... masa ni kita nak celebrate puas2 ... tp dalam enjoy2, jaga diri juga bro ;)

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.