Saturday, August 15, 2009

di kala monophobia melanda...

1. Anda rasa anda hot?
serba salah lah nak jawab soalan ni. nak jawab Ya, nanti orang kata aku perasan pulak. nak jawab Tak, orang-orang tua kata tak baik menipu. muahahaha.

2. Upload gambar kegemaran anda.
Photobucket

3. Kenapa anda suka gambar ini?
bukan kerana nak menunjuk benda-empat-segi kaler kelabu tahi anjing tu yer. abaikan objek di dalam gambar. itu bukan sebab utama kenapa aku suka gambar ni. aku suka sebab aku suka.

4. Bila kali terakhir kamu makan pizza?
2 minggu lepas kat Pizza Hut, Mahkota Parade. sedap woh. sedap sebab dah lama tak makan pizza. lagi sedap sebab Acit selaku kapten Hybridz belanja. makan pizza pun tak rasa palsu. hahahahaha. (abaikan kenyataan ini kepada yang tidak memahami)

5. Lagu terakhir yang anda dengar.
tak ada istilah yang terakhir. sebab masa setel tag ni, aku tengah dengar lagu dari C902 yang ada 268 lagu. jadi aku tak tahu lagu mana yang terakhir.

6. Apa yang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
kejap-kejap duk 'congok'. kejap-kejap sendawa bau satay. kejap-kejap meniarap. kejap-kejap berangan esok nak makan apa. kalau monophobic ni datang, semua jenis makanan masuk dalam senarai mengidam. lagi-lagi lah sebelum puasa ni kan. rasa nak melantak je semua makanan sedap-sedap.

7. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
dulu masa matrikulasi perasan ada nama mat saleh ; Patrick. jadi semua kawan-kawan cina dan india panggil dengan nama Patrick. nama tak boleh blah. hahahaha. masa ni Patrick kawan Spongebob tu belum glemer lagi. aku tak tiru nama dia tau!

8. Tag lagi 6 org.
Tag ni dah berkurun lamanya aku dapat dari Nad. aku rasa semua orang dah buat tag ni, malas ah nak tag siapa-siapa lagi. bila aku tak jawab soalan ni, secara automatiknya aku tak perlu jawab soalan 9 sampai 14. pintar sungguh. muahahahaha.

notakaki : gigih aku korek blog nad tu semata-mata nak cari tag ni. itu lah, siapa suruh tag aku.

11 tukang komen:

momentinlife said...

sendawa bau satay??
heheh ko kenyang ke smlm?
amik pic je byk..huhu


eh! aku kire smlm, mmg 37...=)

GRuNGe said...

Wakakakaka. Bagus kau ni. Aku pun banyak tag tak berbuat. Hehehehehe. Tak ada masa mahu buat tag. Wei, rugi kau tak pow aku ari tu.

sharamli said...

k0rek bl0g si nad tu xp0..jange k0rek lubang idung di0 sud0h...

hanie said...

ahk...
tag aku pn ade yg ko xjwb..
lg nk byk bunyik..
hahahahahaha!!

Kuwe said...

kawe pun nok oyak wi.
kawe pun hot.
x becaro eh ore kato gapo.
kawe hot.

kihkih

Jard The Great said...

ku singgah dari blog wafa..oo.. tak dpt nk jumpa ko ari tuh.. ehehehe...

HEMY said...

kalau ko lomokan itu gambar mcm cun beb..

aku segan nk kuar flash la ari tu mkn sate..kau nye sony noise kurang..aku nye lebey noise..tp segan nk bwk kuar flash beb..hehehe

tp mmg besh leh jumpa korang2

FarEast said...

dia la org paling wajib jawab tag ;) hehe ...

Liliyuli said...

kalo ada org yang belanja kita..makan ape pun kita tak rasa palsu...kan? kan?
hahaha

k.e.r.i. said...

momentinlife ~
takde la kenyang sangat sebab john banyak makan. haha.
lain kali aku kira lagi.

grunge ~
aku memang selalu jadi mangsa tag.
ko dah balik selangor ke? meh sini aku nak pow.

sharamli ~
korek hidong besh woh.

hanie ~
tunggu la makcik.
ikut giliran lah.

kuwe ~
hot n spicy.

jarg the great ~
lain kali jumpa lagi.

hemy ~
apa nak segan.
tembak je lah guna flash.
aku tak beli lagi flash. huhu.

FarEast ~
terus jatuhkan hukum wajip ke atas aku. haish~

liliyuli ~
anda memang benar.

::: ReActivate ::: said...

::: [hehehe] kena tag jugak ker?
::: sama laa kita.. bila baca blog
::: org lain jawab tag sonok ajer
::: kita baca.. tapi bila kita kena
::: tag, liat plak nak jawab [huhu]
::: takper kena tag, maksudnyer ada
::: jugak org lain ingat kat kita..
::: kira femes jugaklaa kita nih di
::: kalangan member alam maya ini..
::: apa2pon aku sukee tengok gambar
::: handphone tuh.. [hehehe]..

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.