Sunday, June 28, 2009

2 minggu lepas balik kampung, tapi lagak macam pelancong...

2 minggu lepas aku balik kampung. kampung mana lagi kalau bukan kat Terengganu . biasa balik sorang-sorang je. kali ni angkut 2 orang anak dara dan seorang anak teruna bawak balik rumah. haha. ini semua kenduri kahwin ba'ang a.k.a majlis sambut menantu punya pasal. (zaren kata majlis sambut tetamu.) walaupun dalam tentatif ni, kami merancang untuk gerak dari Puchong pukul 4 pagi, tapi terpaksa delay setengah jam kerana kesesatan shepha mencari rumah aku. kecik punya hal. zaren kena memandu sebab dia dah tidur siang.

437

suasana dalam cik bibah sepanjang LPT a.k.a. Lebuhraya Pahang Terengganu hanya dipenuhi dengan aktiviti membahan. tershashul punya pasal, amek kau kena bahan. belum sampai terowong karak zaren dah siap ada cadangan untuk tajuk entry dalam blog. ni yang susah ni kalau dah jadi hantu blog dan hantu bergambar. berhenti tepi jalan semata-mata nak ambik gambar ni.

signboard

sampai di Kuantan, kami keluar ikut tol Gambang kerana mahu bersiar-siar di bandar Kuantan dulu. kesian shepha, tak pernah berlegar-legar di bandar Kuantan dan Teluk Chempedak. jadi zaren memandu ikut-sedap-tangan-pusing-stereng sambil bercerita mengimbau kenangan silam sebab dia dulu duk Kuantan.

lpt

kuantan

kami singgah di Kemaman untuk bersarapan pagi di Hai Peng Kopitiam bersama-sama hakim dan joe. dicadangkan supaya tidak meminum air kopi Vietnam di sini. sangat pahit.

hai peng

kopi kowww

kami meneruskan perjalanan untuk memenuhi undangan perkahwinan #1 di Kuala Abang. setiba di Dungun, hakim memanfaatkan enjin V-tec nya lalu meninggalkan kami di belakang. biarkan dia kerana mereka ingin berjumpa geng van yakuza di Masjid Kristal.

sampai di Pulau Kerengga, mandi, solat, gosok baju dan terus ke bandaraya Kuala Terengganu untuk mengambil ujie di stesen bas dan terus ke Bukit Payung. makcik ni join je terus bising seh. semua benda nak cerita. kambing dalam bandar Kota Bharu lah, Kota Bharu kotor lah, Kuala Terengganu cantik lah. macam-macam.

big hill

sambut tetamu

kad kad kad

dengan sampai nya kami di rumah pengantin baru (ehem ehem), maka tercapai lah objektif utama road trip kali ni. pengantin baru bukan main lebar senyuman kat mulut, bersalam sana sini. siap lah malam tu kena basuh kawah periuk lah korang. haha.

habis makan makan, kedua-dua wanita tersebut mahu memenuhi objektif road trip yang kedua : membeli belah di kedai tudung 5 sen. ini aku dan zaren tak join la. aku tak tahu la banyak mana dieorang memborong tudung sampaikan aku dan zaren tertidur di dalam kereta. lagak seperti suami menunggu isteri membeli belah. fuh, nasib aku bujang. balik rumah terus tidur. aku sangat mengantuk sebab tak tidur sepanjang malam. tapi sempat melantak seekor ketupat sotong. sangat sedap. maveles.

ketupat sotong

pagi ahad, selepas ke pantai kami ke Chendering untuk makan nasi dagang. ini pun sangat maveles. habis makan sempat pulak zaren dan ujie kena temuramah dengan TV2. masing-masing dah perasan glemer sekejap. habis pung pang speaking scrumptious recommendations semua kedengaran.

nasi dagang yang sedap

singgah sekejap di Golden Pharos Berhad (tempat praktikal dulu) sebelum menuju ke Taman Tamadun Islam. kalau dah ke sini apa lagi nak dibuat kalau bukan untuk bergambar. kata hantu bergambar kan. haha. jadi sudah jatuh hukum wajib di situ untuk bergambar.snap snap snap lompat lompat lompat posing posing posing semua, semua dah kehausan dan kelaparan. lalu selaku pengarah program dan pemandu pelancong, aku membawa dieorang makan ikan dan makanan laut yang dicelup tepung di Teluk Ketapang, belakang airport. dan aku tak sangka shepha tak pernah makan ikan celup tepung.

TTI 2

TTi

kristal punya masjid

air asia

masa ni dah petang dan semua tak sabar nak mandi laut. tapaukan sata dahulu untuk mandi di private beach. serius. pantai yang saaaaangat cantik dan sangat private. memang hati riang ria untuk mandi dengan gembira.

pantai Pulau Kerengga

C902 zaren

sungai Pulau Kerengga

sata

kepenatan mandi laut belum hilang, ditambah pula dengan kepenatan makan sotong bakar dan bersembang berbual sehingga larut malam. ba'ang dan isteri (jue) pun ada sekali pada malam tu.

kami gerak balik pagi hari isnin. orang kata kalau ke Terengganu tak sah la kan kalau tak beli keropok sampai berpuluh-puluh ringgit. dak-dak ni pun tak mahu kalah untuk bersesak-sesak di pagi hari. juara membeli keropok lekor jatuh kepada ujie dengan 6 plastik sangat berat Ya Allah sakit tangan aku nak angkat. singgah di Kuala Kemaman untuk beli sata dan otak-otak kat kedai mahal nak mampus. mati lah kau tuan kedai. dan sepanjang perjalanan balik ke KL, suasana dalam kereta dimeriahkan dengan persembahan lucah dari miss ujie. arr arr.

kepok lekor kelulut

terowong karak

* semua gambar adalah objek dan pemandangan. klik sini untuk lihat semua gambar. itu pun kalau kau kawan aku lah. haha

15 tukang komen:

Lang Legar said...

hehe pasni lek kg bukan sebagai pelancong la kot kan..

no name said...

bapak best giler...kalu aku hahahaha..pulun akan hingga lupa donia....wutever pun keri...enjoy your holiday pun aku tak sempat cakap sebab aku tak tahu ko nak balik sebegitu lama...patut r..lame ko tak apdet blog...ngeh3x

paiseh said...

royalti gua mana?? nama kg gua ada tu.. jgn wat2 culas..

hanie said...

haishhh..
gile nyesal aku bukak blog dia time nih..
sata tu..sedap weh...
godaan btullah!!

terrarosa said...

oh tidakkkk !!!
mengapa mesti ada gamba ketupat sutung disini ,paling cepat buleh makan , time bulan PUASA sket lagi
huhuhu :P

k.e.r.i. said...

lang legar ~
balik sebagai anak lah, apa lagi. haha

mun_mradz ~
banyak sebab lagi aku lama tak apdet blog.
nanti aku bagitahu.

paiseh ~
lu menumpang dalam kampung tu pun tak bayau royalti. haha.

hanie ~
kat kl ada jual sata gak weh.

terrarosa ~
bulan puasa je ke sotong banyak kat laut?

nis n4d (*_~) said...

singgah hai peng dok roger! hihi

Shepha said...

berjaya buat entry tanpa muka aku di dalamnya.tahniah haha

k.e.r.i. said...

nis nad ~
aku roger doh mung.
tapi mung keje ari sabtu. haha.

shepha ~
kan aku dah cakap.

sif said...

entry yg laen dr mereka-mereka yg suke buh gambar sendrik..tunggu entry aku lps aku sehat..hahaha
*tp mmg best dowh trip ni.gelak aku bace entry ko.

mrblind said...

hoi..lepak hai peng hello la sepatah dua..

n u t t said...

tgk simpang ke tc dan kuantan buat aku jeles!
lame weh tak blek kuantan
da lama tak minum kt hai peng!

zaren tak bawak korang makan planet curry ke?

Dilla Abu Bakar said...

uikss.. ko dah de dslrrr keee..???? :D

k.e.r.i. said...

missy suzi ~
sekali sekala letak gambar objek je.
asyik-asyik muka zaren dengan shepha. haha.

mr.blind ~
gua nak hello thru facebook ke blog?

n u t t ~
kami lalu sahaja. tak singgah pun.

dilla ~
belum lagi. gambar tu sume dari compact camera dan henset aku.

SEEPOT SEEDOT said...

yie, memang mu hantu blog la..semua gmbr ada tuh...aku pun dok terdaya nak bergambor sebegitu rupa...

tp se je aku dok lupa, tulisan mu dok beruboh sejok dari SHAMS..haha.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.