Sunday, May 10, 2009

entry untuk mak...

selamat hari ibu, mak.

orang tahu mak takkan baca entry ni. sebab kat rumah takde komputer atau laptop, apatah lagi internet. kalau ada semua tu pun, mak tak tahu nak buka blog saya. nak balas sms saya pun mak tak tahu, inikan pula nak tinggalkan komen atau tinggal jejak kat chatbox. takpe lah. orang nak buat jugak entry ni sebab esok hari ibu. nanti apa pulak kata blogger-blogger yang lain bila orang tak buat entry pasal hari ibu. tapi itu bukan sebab orang buat entry ni. orang buat semata-mata orang sayang mak.

walaupun orang tak pernah ucap yang orang sayang mak, tapi orang memang sayang mak. jasa, kasih sayang dan pitis mak memang tak terbalas. mak tak pernah nak minta balasan untuk semua tu. tapi orang tetap nak balas jasa mak. duit yang orang masukkan dalam bank mak tiap-tiap bulan tu, masih tak dapat membalas kasih sayang dan pitis yang mak kasi masa kecik-kecik dulu. sekurang-kurangnya dengan pitis tu, mak boleh beli baju lip lap lip lap, walaupun tak lepas nak beli gelang emas sampai ke siku. itu je yang orang mampu balas buat masa sekarang. nanti bila orang dapat kerja gaji cecah 3 ribu sebulan, orang ganti TV flat screen dengan TV LCD plasma yang mak mengidam tu.

bila perhatikan cara kakak#1 uruskan 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan, baru orang tahu mak dulu lagi susah nak besarkan orang dengan 8 lagi anak-anak. 9 orang anak, 9 jenis perangai mak kena handle. orang minta maaf kalau dulu orang ada buat mak terasa hati. ok, bukan kalau. memang orang pernah menyakitkan hati mak. orang minta maaf untuk setiap air mata mak yang jatuh kerana orang. orang minta maaf jugak untuk kenakalan orang masa kecik-kecik dulu. terima kasih sebab mak jarang mengasuh orang dengan tali pinggang ayah dan rotan ada bulu ayam tu. terima kasih untuk bebelan mak yang panjang-satu-kilometer dan pernah mencatat rekod sampai 3 hari 3 malam berturut-turut. kerana bebelan mak tu lah orang boleh agak berjaya macam sekarang.

orang ingat esok orang nak telefon mak nak ucap selamat hari ibu. tapi orang rasa segan lah pulak. sebelum ni orang tak pernah ucap pun. tambah lagi, orang tak pernah tahu pun bila tarikh sebenar hari ibu. itu pun semalam baru orang tahu masa lepak dengan hakim, joe, rijal, baang, semy, majin, mamu, mamat, ardy dan mat wey kat seksyen 7, shah alam.

walaupun orang tak tahu tarikh hari ibu, tapi orang ingat sokmo kat mak. walaupun orang telefon seminggu sekali, atau sebulan sekali, itu bukan bermakna orang tak ingat kat mak. bagi orang, selama mana orang masih bernafas, selama mana darah mak dan ayah masih mengalir dalam badan orang ni, selama mana orang hidup, selama itu lah hari-hari orang ni adalah hari ibu.

orang nak tempek gambar mak kat sini, tapi semua gambar mak ada dalam hard disk lagi satu. hard disk tu pulak dah korap. tsk. nanti bila orang dah beli benda-besar-tergantung-kat-leher tu, orang ambik gambar mak banyak-banyak. lepas tu orang tempek kat sini biar semua orang kenal dengan Hajjah Fatimah binti Jusoh, mak orang yang tersayang.

terima kasih untuk semua jasa, kasih sayang dan pitis mak.
selamat hari ibu, mak.

29 tukang komen:

terrarosa said...

Salam Kenal,
wah entri Hari Ibu ni,
jom ke blog saya , anda mampu memenangi barang baik untuk mak anda.
Serius .

sif said...

wah.baek keri nih jd anak..
ank yg baek kpd ibunye..
kepade kawan2-nye?????
Hajjah Fatimah xtaw,perangai ank die kt lua cam nerake!!


*oh ye.nant bjaye beli bende2 bsr gantung kt leher tuh,ujie pon nk join skali.terima kasih

Shepha said...

gile ah ni pestaim entri tacing

Lang Legar said...

em keri ni anak yang baek la..
bagus2..

Seyn Jukey said...

weh ko ne.buat aku sedih la plak.haish.

Tijah said...

selamat hari ibu buat mak ko jugak. ko bila nak kawen? ke dah kawen? hikhik. saja tanyer nih

sharamli said...

alahai..
bang..pinjam tisu....
s0b3..
sem0ga menjadi anak yg s0leh..
insyaallah..

k.e.r.i. said...

terrarosa ~
salam kenal.
selamat hari ibu.

missy suzi ~
mana boleh buat perangai neraka dengan mak, nanti masuk neraka.
haha.

shepha ~
sangat tacing ok.

lang legar ~
baru kau tahu siapa aku sebenarnya.
haha.

seyn ~
jangan nangis seyn.
aku tau ko jiwa sensitif.

tijah ~
belom kawen la kak.

sharamli ~
apa plak nak pinjam tisu.
dah pakai lap hingus, takkan nak kasi balik.
huhu.

Shepha said...

selamat hari ibu makcik

mugiwara said...

ala 'orang'~
comel nye~
mmg dah macam anak mak dah.

Abaan Pok Ya said...

giler tacing..mg ke ning keri..muke keras ati jiwang..hahahha

morninGlory~ said...

mmg tacing weh. menusuk ke lubuk hati btol. siyes.

BudAk hijAu said...

sedih la pulak aku kan!

k.e.r.i. said...

shepha ~
aku tolong jawab bagi pihak mak aku.
"terima kasih"
haha.

mugiwara ~
itu kata ganti diri gua guna kat rumah.

abaan pok ya ~
aku muka keras hati jiwang dengan mok dakpe.
deme tu, lepas nikoh jangan lupa ke mok deme.
haha.

morninGlory ~
jangan la tacing sangat.
nah ambek ni.
*sambil hulur tisu*

budak hijau ~
terserlah dah naluri kewanitaan kau.

Miyn Amin said...

rindu mak la baca entri nih..

ierma said...

tang pitih tu x tahan hahaahahaha!
pape pun...selamat ari ibu!

mrblind said...

peh..bab-bab ni gua tak campur..

hanie said...

org pn nk ucap slmt ari ibu..
hehehehe :P

paiseh said...

gua geng ngan mrbind..
takmo campur ah!

FarEast said...

selamat hari ibu aku ucapkan pada semua ibu-ibu dkt luar sana ... yang dah lama pergi, aku sedekahkan al-fatihah ... semoga mereka dilindungi oleh Nya

k.e.r.i. said...

miyn ~
kalau tak baca, tak rindu la ko yer.

ierma ~
pitih hok penting sekali.
hahaha.

mrblind ~
nanti untuk hari bapa, gua akan wish kat lu.

misz.hanie ~
nak berorang-orangan jugak dia ni.

paiseh ~
lu bajet lu hati keras ar tak nak campur.
haha.

fareast ~
nasib mak gua ada lagi.
fuh.

StingRay said...

oihh.....ZACK tu membe ko eh?...

ha ha ha....


aku serumah ngan dia kat TU dulu...satu rumah duduk 15 orang ke 18 orang ntah....hahaha...

macam bangla...

Unknown said...

sangat menyentuh perasaan...
selamat hari ibu utk mak ko ek keri...

dnasura said...

keri,

sampaikan salam hari ibu buat mama kamu ya. semoga hajat ko yang mahu membeli benda-besar-tergantung-kat-leher tu tercapai.

kalau free tgk la video kat youtube ni. pasal nak amik gambar mak juga.

http://www.youtube.com/watch?v=6Hna40X4fpk

hakim said...

jolo ko dok mu ni mudo?

hakim said...

mudo2.ish3

k.e.r.i. said...

stingray ~
aku satu rumah dengan zack, bukan classmate.
aritu kawan ko datang umah aku.

shoot_syuhada ~
selamat hari ibu jugak untuk ko shoot.
eh, ko belom jadi bini mael. hehe.

dnasura ~
dah tengok dah video.
veri de tacing la wey.

abdul ~
kawe la ni.
ni blog kawe. haha.

john ~
nok royak demo komen blog kawe via pda ko joe.
show off la demo.

dnasura said...

kamu org pantai timur. suka dengar loghat..haha

k.e.r.i. said...

dnasura ~
suka dengar loghat pulak bah.
:)

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.