Saturday, April 11, 2009

sudah sampai seru...

tempoh menahan membeli rokok sudah berakhir.
sangat mencabar kau tahu.
tempoh bermula dari ahad malam lepas yakni selepas batang terakhir habis dihisap, sehingga tengah malam semalam.
dalam tempoh azab tersebut, hanya 2 batang berjaya dihisap.

1. mengepow budak enjin pada hari rabu malam. itu pun kerana merasa luga. aku tak tahu lah nak terjemahkan maksud 'luga' ke dalam bahasa kl. faham-faham sendiri lah.

2. selepas balik sembahyang jumaat. johan hulur
dunhill-dari-kotak-takde-gambar-neraka sebelum masuk pejabat. rezeki depan mata weh, tak baik ditolak. haha.

sekarang faham kan kenapa aku berbuat demikian? ye betul, aku dalam proses menghentikan aktiviti mengkayakan tauke winston. apabila tidak membeli, bermakna tiada apa untuk dihisap. betul?
pow saing-saing? oh tidak. muka aku masih tebal untuk mengepow banyak kali. berbudi bahasa kan aku?

tindak - tanduk ini diinspirasikan dari mrblind. haha.

11 tukang komen:

sheila said...

luga=mual=muak=lejuk(swak)

paiseh said...

pehh... insap nampak brader..
yang penting ikhlas.. kalu sebab awek suruh bulih beli stok skarang time murah2 ni.
hahahahaha...!!

mrblind said...

erk..gua pun dah tewas ni..hahahaha

azie said...

tsk. hisap rokok tu lapanploh batang skaligus. kan lebih afdal. kalau nak mati, tak hisap rokok pon boleh mati kan?

k.e.r.i. said...

sheila ~
tubek doh bahasa sarawak dia.
terima kasih btw.

paiseh ~
takde maknanya sebab awek.
gua bukan macam lu. haha.

w.hidney ~
ya. katakan tak nak membeli rokok.
orang hulur ambek.

mrblind ~
gua ingat lu lelaki sejati.

azie ~
hidup mati di tangan tuhan.
betul da tu.

Shepha said...

dah boleh stop dah kot.

hanie said...

tu ade la yg kunyah straw smp hancur tu..
hahahaha

tasekM said...

nak tanya juga.. luga tu menatang apa?


.

k.e.r.i. said...

shepha ~
hati mahu stop, mulut tak nak.

misz hanie ~
takde la sampai tahap azab macam tu.
melampau sungguh awak ni.

tasikmerah ~
luga a.k.a menatang yang duk dalam perut, membuatkan perut rasa nak muntah tapi takde benda untuk dimuntahkan.

Lang Legar said...

lau ko tgk kotak rokok skang sume psiko giler letak gambar2 scary..
lau xstat usaha brenti lagi tatau r hoho..

k.e.r.i. said...

lang legar ~
aku selalu beli dapat rokok yang takde gambar sarkas tu.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.